Perkongsian daripada Doktor ini mungkin ramai yang tidak tahu berkenaan buah betik yang mana WHO nobatkan sebagai Raja Buah.
Betul ke raja buah adalah durian? Ikut WHO raja buah bukan durian. WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.
Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.
Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.
Antaranya
1. Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal. Lebih bagus dari ambil
Susu lembu untuk dapatkan kalsium.
Ads
Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.
2. Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nenas.
Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.
3. Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nenas.
Ads
Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.
4. Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstra dari nenas.
Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan eoteoporosis.
5. Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids
Ads
Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.
6. Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosporus, Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E. Kesuruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).
Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik. Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong sebelum sarapan, makan tengahari atau makan malam. Masukkan nutrisi penting dalam tubuh.
Betik juga snek yang baik untuk minum petang. Jom membetik! Sihat itu jihad! Jom!
P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
SESI persekolahan baharu bagi sekolah menengah untuk Penggal 1 2022/2023 akan dimulakan dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bermula 21 Mac ini.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam Facebook beliau.
menerusi perkongsian tersebut, pelajar akan memulakan pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran di sekolah, mulai 4 April.
“Dari 21 Mac 2022 hingga 4 April 2022, pelajar sekolah menengah akan melaksanakan PDPR. Bermula 4 April, semua pelajar akan masuk ke sekolah menengah tanpa penggiliran.
“Pelajar yang terlibat dengan adalah murid berkeperluan khas (MBK), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),” katanya.
Mohd Radzi berkata, pelajar lain yang turut terlibat dengan PdPR termasuk peralihan, tingkatan satu hingga tingkatan enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan peperiksaan antarabangsa setara.
Tambah beliau, bagi pelajar tingkatan satu yang berjaya memasuki sekolah berasrama sepenuhnya, mereka boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan sekolah berasrama diumumkan.
“Bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan keseluruhan pelajar juga boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu tingkatan satu.
“Bagi kolej vokasional, sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing termasuklah untuk sijil vokasional Malaysia dan diploma vokasional Malaysia.
“Bagi kolej matrikulasi pula, semua pelajar akan hadir tanpa penggiliran. Bagi sistem empat semester yang akan hadir adalah pelajar semester dua dan empat, manakala bagi sistem dua semester yang akan hadir ialah pelajar semester dua.
“Untuk Institut Pendidikan Guru (IPG), penggiliran mengikut takwim kalendar akademik,” katanya lagi.
"Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun menanti kini dia sudah tiada" - Isteri Koperal Amiruddin Zabri. Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan, namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama.