Tiada apa yang cukup menggembirakan hati ibu dan ayah bila dapat melihat anak-anaknya berjaya. Begitulah apa yang dirasai oleh Dato Awie dan Arni Nazira Anua apabila puteri sulung mereka telah pun menamatkan pengajiannya di peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Acara daripada institusi Management & Science University (MSU).

Meskipun antara Awie dan Arni Nazira telah pun membawa haluan masing-masing, namun perihal Puteri Aleeya Antasha, 22 dan Puteri Aleefa Antasha, 20 tetap menjadi keutamaan bagi mereka berdua.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Sekali gus menjadikan momen majlis konvokesyen ini lebih bermakna apabila Awie dan Arni turut ada di sana sebagai memberi tanda sokongan di hari bermakna buat puteri mereka.

Awie & Arni Saksikan Puteri Sulung Terima Skrol Diploma & Anugerah Akademik Terbaik!

Bercerita lanjut di atas kejayaan tersebut, Arni Nazira meluahkan rasa syukur. Bukan sahaja kerana anaknya tamat belajar malah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik pada majlis konvokesyen tersebut.

Awie & Arni Saksikan Puteri Sulung Terima Skrol Diploma & Anugerah Akademik Terbaik! “Saya bersyukur dan bangga dengan Aleeya kerana impiannya untuk membuktikan dia boleh berjaya dalam pelajaran termakbul.

IKLAN

“Mummy dan Daddy doakan moga kakak dan semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Mudah-mudahan kakak dan semua adik-adik terus cemerlang di dunia dan akhirat. Syukur ya Allag di atas segala kurnia”, ujarnya.

 

Awie & Arni Saksikan Puteri Sulung Terima Skrol Diploma & Anugerah Akademik Terbaik!

Penyanyi lagu Cinta Antara Benua turut menitipkan doa agar anak-anak terus mengukir kecemerlangan dalam pelajaran dan bidang yang diceburi.

Warga maya menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dicapai Putri Aleeya Antasha. Bahkan tidak kurang juga yang tertarik dengan kejelitaan dan wajah seiras dua beranak itu.

IKLAN

Awie & Arni Saksikan Puteri Sulung Terima Skrol Diploma & Anugerah Akademik Terbaik!

“Alhamdulillah. Tahniah buat untuk Mummy Arni dan Kakak. Semoga ilmu diperoleh kakak selama ini bermanfaat di dunia dan akhirat, aamiin.”

“Tahniah Kakak Putri dan mummy @arninazira.”

“Tahniah, ingatkan Arni tadi. Copy paste mamanya”

“Seiras dengan mummy.”

IKLAN

“Subhanallah, salin tidak tumpah muka Arni semasa muda.”

“Mula-mula ingat Arni. Apabila tengok gambar yang lain baru tahu. Copy and paste betul. Alhamdulillah dan tahniah.”

Sumber : Sinar Harian

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Awie & Arni Saksikan Puteri Sulung Terima Skrol Diploma & Anugerah Akademik Terbaik!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI