Boleh dikatakan penggunaan minyak angin begitu lazim buat kita sekeluarga, pantang rasa pening, sakit lenguh-lenguh badan, selesema dan sebagainya akan dicapai minyak angin atau balm untuk melegakan rasa yang tidak selesa di badan.

Pun begitu, kita perlu beringat tidak semua peringkat umur sesuai menggunakan minyak angin tersebut. Malah boleh mengundang bahaya!

Ini seperti pengalaman yang dikongsikan oleh seorang ibu ini berlaku tahun lepas gara-gara menyapu minyak angin pada hidung anaknya.

Mengimbau semula detik cemas, Faranem Rosmadi akui ada menyapu sejenis minyak angin yang diberikan oleh seorang bidan kepadanya. Namun dalam sekelip mata sahaja, bila disapu minyak tersebut, muka bayinya bertukar merah dan mulutnya berbuih.

Meskipun telah mencuci wajah bayinya untuk menghilangkan kesan minyak angin tersebut, namun tubuh kecil anaknya itu yang diberi nama Ayad Fayaash terus lemah dan semakin longlai sekali gus dikejarkan ke klinik berdekatan.

INGAT, JANGAN SAPU MINYAK ANGIN DEKAT HIDUNG BABY! HATTA BATANG HIDUNG SEKALIPUN.

“Ayad Fayaash Si Bongsuku. Maafkan ibu…”-Gara-gara Sapu Minyak Angin, Ibu Ni Panik Wajah Anak Jadi Merah & Mulut Berbuih!

Dekat setahun aku simpan kekuatan nak cerita tentang ni. Tentang pengalaman sendiri. Perit bagi aku, tapi ilmu bagi korang sebagai ibubapa. Trauma sungguh aku. Ye jadi dekat aku, yang kerja misi ni.

Ayad Fayaash ni lahir dengan sangat mudah. Alhamdullilah atas rezeki.

Tapi start dia umur 20 hari, pernafasan dia macam berbunyi. Bunyi macam hidung tersumbat tu. Jadi aku memang ada sapu beberapa jenis minyak dekat batang hidung dia. Malam, siang aku akan sapu sikit, kekadang spray sterimar, kononnyaa nak bagi dia lega.

Nak jadikan cerita, aku bersalin di Kelantan, taip balik pantang kat kuantan. Dekat Balok, rumah umi abah. Ni je masanya boleh rentas negeri. Nak balik sesaja, memang tak dapat la, musim PKP ketat masatu. Kiranya suami aku hantar dan dia balik sana semula untuk kerja.

Muka Merah, Mulut Berbuih & Suara Tercekik

Rutin biasa baby, Khamis, jam 0130 petang, masa tukar pampers ayad. Sambil tu aku pun sapu minyak telon dari 1 jenama ni. Sebelum ni aku memang tak pernah guna minyak tu. Tapi kalini aku nak try, mana tahu ok. Bidan yang bagi, kata dia minyak ni bagus dan sesuai untuk baby.  Yee aku pecaya.

Lepas sapu dekat hidung tu, aku pun pusing badan nak letak minyak kat tepi dan masa aku paling ke Ayad, tak sampai sesaat pun, ALLAH!!!!

Aku tengok muka Ayad merah. Mulut dia berbuih. Suara dia macam tercekik.

Aku terus jerit panggil umi, abah sambil lari pergi sinki dekat dapur. Aku basuh muka Ayad.

Umiii. umiii. tolongg umii. nape ayad nii.

Umi ambil Ayad. Ayad lembik. Suara tak keluar bunyi, muka ayad merah. Mulut ada buih lagi.

Abah ambil Ayad, tepuk-tepuk belakang dia. Masih sama.

Ko buat apa ni kak. Allah. Lembik anak ni.

Abah jerit panggil kday(adik aku). kdayy! cepat start kereta, bawak kak pergi klinik. cepat.

Terdetik Buat CPR

IKLAN

Masuk dalam kereta, aku tepuk-tepuk belakang Ayad. Adik adik jangan macam ni dik. Ibu sorry..

Aku masuk jari kelinking dalam mulut ayad, nak clearkan mulut dia dari air liur berbuih tu.

Pusing belakang tepuk-tepuk belakang badan, pusing kedepan semula, mulut Ayad still berbuih lagi dan darah.

Cepat kday, ada darah ni. Kenapa ni Ayad.

Tiba-tiba terdetik dalam hati aku, eh CPR!

Aku terus buat mouth to mouth breathing.

Sekali buat, aku dengar suara Ayad merengek.

kdayyyy, mu dengar tak suara Ayad tadi. dengar!

Aku angkat Ayad, tepuk-tepuk lagi. Ok aku buat lagi sekalii, aku hembus sekali di hidung dan mulut Ayad, (cara CPR baby dan dewasa lain ye. boleh google)

HUWAAAAA. WAAAA. suara ayad menangis kuat. Muka dia yang merah tadi, slow-slow dah jadi pink semula.

ALLAHUUUU ANAK AKU. Aku pelok Ayad kuat.

kdayy, ayad nangis dah, ayad nangis ni.

Aku? Dari awal, setitis air mata pun tak menitis. yang aku tahu, aku nak anak aku hidup. Aku yang buat salah, aku kena berrtanggungjawab.

2 minit lepas tu, aku sampai di klinik Balok.

Aku lari masuk kecemasan dengan Ayad yang tak sempat pakai pampers, keadaan aku pulak? hmm aib sangat kalau nak cerita. Kata staf, selalunya kalau baby datang macam tu, jarang yang dapat dengar bunyi nangis. Alhamdullilah anak ibu kuat.

IKLAN

Ohh jarak rumah aku ke klinik Balok dalam 7 minit je. Sampai dekat klinik, Ayad dah ok. Muka dah jadi pink semula. Tapi doktor masih pasangkan oxygen incase dia ada masalah lain, so Ayad kena refer ke HTAA.

“Ayad Fayaash Si Bongsuku. Maafkan ibu…”-Gara-gara Sapu Minyak Angin, Ibu Ni Panik Wajah Anak Jadi Merah & Mulut Berbuih!

Masa ni baru aku call suami. ‘thank you yang sebab selamatkan anak kita’.. masa ni baru aku menangis.

Ayad admit HTAA untuk 3 hari. Bila orang tanya anak sakit apa, segan aih nak jawab. admit sebab hidung tersumbat. Tapi aku kena marah teruk dengan specialist. Mak misi tapi boleh sapu minyak angin dekat hidung anak. Awak tahu tak, BABY BAWAH DARI UMUR 3 BULAN, TIDAK BOLEH DISAPU SEBARANG MINYAK ANGIN/TELON.

Baby pada umur ni cuma bernafas dari hidung. bila awak sapu minyak angin, minyak ni akan block saluran pernafasan dia. Sebab tu mulut dia berbuih, dia tengah berusaha sedaya upaya bernafas dengan mulut dia. Take note ye.

Lagi satu, tak semestinya minyak yang baby orang lain guna, selamat untuk baby awak. jangan jadikan baby bahan ujikaji. Elakkan sebarang minyak/balm kepada baby.

Maafkan ibu, Ayad.

Lepas kejadian tu, lama aku trauma. Aku pantang dengar Ayad bernafas lain sikit, Ayad tercungap sebab susu banyak pun aku akan berlari cari sesapa dekat rumah tu. Aku takot!

Tapi jauh dalam hati aku, aku bersyukur benda ni jadi..jadinya waktu petang, bukan waktu malam masa aku tengah mamai, bukan dalam bilik tidur yang lampunya malap dan bukan waktu klinik tutup. Tapi cukup lah sekali.

Kata umi, kalau ingat balik lembiknya Ayad masa dia pegang waktu tu. boleh meremang satu badan.. dia tak dapat nak luah, dia cuma geleng kepala. ALLAHHUU

terima kasih ALLAH sebab bagi aku ilmu CPR dan terdetikkan hati aku untuk buat CPR. Terima kasih sebab bagi aku peluang lagi untuk terus jaga amanat ini.

lastly: APA YANG BAGUS UNTUK BABY LAIN TAK SEMESTINYA BAGUS UNTUK BABY KITA. TAKE NOTE YA. Buat Ayad Fayaash si bongsuku. Maafkan ibu.

Sumber : Faranem Rosmadi

Saksikan sepanjang minggu ini bermula 7 hingga 11 Februari di fb keluargamagazine setiap jam 2.30 petang.

IKLAN

Bersama kita tambah ilmu berkenaan kesihatan keluarga #rawatdiri bersama  doktor pilihan.

“Ayad Fayaash Si Bongsuku. Maafkan ibu…”-Gara-gara Sapu Minyak Angin, Ibu Ni Panik Wajah Anak Jadi Merah & Mulut Berbuih!

 

Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Ayad Fayaash Si Bongsuku. Maafkan ibu…”-Gara-gara Sapu Minyak Angin, Ibu Ni Panik Wajah Anak Jadi Merah & Mulut Berbuih!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI