Mencipta kejayaan di dalam pembelajaran tentunya suatu kenangan yang manis, namun tidak dinafikan setiap kejayaan yang diperolehi punya cabaran dan dugaan yang tersendiri.

Apatah lagi andai dilahirkan di dalam keluarga yang serba kekurangan dan dalam masa yang sama diuji pula dengan kesihatan orang tua, pasti perjalanan hidup terasa begitu sukar.

Namun semua itu bukan halangan bagi anak kelahiran Muar, Neo Siew Rou, 19 untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat (AS) menjadi kenyataan selepas menerima tajaan Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), berikutan memperoleh keputusan cemerlang – 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Memetik berita di myMetro, difahamkan Siew Rou yang berasal dari Muar, Johor tidak menyangka panggilan telefon yang diterima pada lewat petang itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

“Kini saya boleh melanjutkan pelajaran tanpa risau yuran yang mahal mahupun perbelanjaan menyara diri kerana yuran ditanggung sepenuhnya dan dapat elaun juga,” kata Siew Rou yang merupakan seorang daripada 301 pelajar tajaan PESP di seluruh negara.

Sepanjang hidupnya, Siew Rou sentiasa percaya bahawa keadaan keluarganya yang serba kekurangan akan sentiasa membayanginya.

“Ayah sudah diberhentikan kerja ketika pandemik. Ibu pula menghidapi penyakit saraf otot atau Muscular Dystrophy yang tiada penawar. Mereka adalah pendorong semangat untuk saya berjaya,” luah Siew Rou yang melihat pendidikan sebagai satu-satunya jalan keluar.

Sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Tun Dr Ismail (SMKTDI), Siew Rou sangat aktif menyertai aktiviti kokurikulum sehingga dinobatkan pelajar terbaik di sekolahnya.

“Saya mula berjinak dengan pengucapan awam bahasa Melayu sewaktu di tingkatan dua. Sebelum ini saya seorang yang agak introvert dan pengucapan awam dapat meningkatkan keyakinan diri saya.

IKLAN

“Saya tidak pernah menyangka dapat mengatasi kegugupan di atas pentas dan bercakap di hadapan ratusan orang, apatah lagi guru saya.” kata Siew Rou yang juga ketua pelajar serta Presiden Persatuan Bahasa Melayu sekolahnya.

“Ayah Diberhentikan Kerja & Ibu Hidap Penyakit Saraf..” Anak Kelahiran Johor Ni Lega Dapat Tajaan Belajar!

Pencapaian paling membanggakan Siew Rou adalah apabila diumumkan satu-satunya pelajar di sekolahnya yang mencapai Kecemerlangan Tinggi (O Level) dalam Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2020 atau Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) anjuran Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ia merupakan kuiz yang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan menguji kefahaman kimia dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Selain itu, beliau turut dianugerahkan Anugerah Nilam dan mewakili sekolahnya dalam pertandingan itu.

Memiliki kebolehan untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya bagi setiap perkara merupakan bakat semula jadi yang ada pada dirinya.

IKLAN

Ini dapat dilihat daripada kebolehannya mewarisi bapanya bermain Xiangqi dan Go – catur tradisional Cina. Beliau juga mendalami kesusasteraan tradisional Cina serta seni mempertahankan diri Wushu.

“Jika kita ingin belajar sesuatu, ia akan jadi mudah bila kita dapat fokus sepenuhnya,” katanya yang berasa sangat bertuah selepas berpeluang mendalami budaya yang semakin dilupakan ini.

Keupayaan untuk fokus di dalam kelas adalah kunci kejayaan Siew Rou.

“Sentiasa fokus dalam kelas dan dengar kata guru. Saya juga tidak suka memaksa diri untuk belajar dan menganggap proses pembelajaran adalah satu perkara yang menyeronokkan,” kata Siew Rou yang hanya menghabiskan dua jam sehari untuk belajar sebelum menyiapkan kerja rumahnya.

IKLAN

“Latar belakang atau keadaan kewangan keluarga bukan kriteria utama dalam menentukan masa depan kita. Bercakap melalui pengalaman, perkara yang biasanya membentuk kita bukan kesusahan itu sendiri, tetapi cara kita menanganinya,” kata Siew Rou.

Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Stanford dalam bidang biokimia, Siew Rou kini mengikuti American Degree Transfer Program (ADP) di Taylor’s Lakeside Campus sebagai persediaan sebelum terbang ke AS pada Ogos tahun ini.

Sumber : myMetro

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

“Ayah Diberhentikan Kerja & Ibu Hidap Penyakit Saraf..” Anak Kelahiran Johor Ni Lega Dapat Tajaan Belajar!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Ayah Diberhentikan Kerja & Ibu Hidap Penyakit Saraf..” Anak Kelahiran Johor Ni Lega Dapat Tajaan Belajar!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI