Tular perkongsian sebuah video berdurasi dua minit memaparkan seorang bapa memberikan beberapa dokumen hibah kepada anak-anak yang beratur untuk bersalaman di hari raya baru-baru ni.
Pemilik TikTok arrizqindental mengucapkan kasihpad kea ibu bapanya yang mempunyai prinsip hidup walaupun tidak mempunyai pelajaran tinggi.
Namun bertindak bijak dengan menghibahkan hartanterimaya kepada anak-anaknya demi mengelak sebarang rasa tak puas hati dikalangan anak-anak apabila ketiadaannya nanti.
Ads
“Terima kasih ayoh Terima kasih mek. Ayah ni seorg berpandangan jauh, walau tak belajar tinggi, hanya lah seorang petani sejak dari muda lagi tapi berjaya membesarkan kami lapan beradik.”
“Dia tahu jika suatu hari nanti bila dia tiada dia tak mau anak-anaknya bergaduh berebut harta, jadi dia ambil keputusan menghibahkan semua harta nya kpd anak-anak. Allahuakbar ayoh ku,” tulisnya di ruangan kapsyen.
NETIZEN LUAH KAGUM
Ads
Dalam itu meninjua di ruagan komen rata-rata memberikan komen yang menyentuh hati. Malah meluahkan rasa bangga melihat usaha yang dilakukan oleh si ayah.
“Sama dengan my dad… sangat berpandangan jauh.”
“Alhamdulillah..Ibu bapa yg patut dicontohi..”
Ads
“Sangat-sangat bijak. Sebab memang betul harta boleh buat gaduh adik bradik.”
@arrizqindental Terima kasih ayoh Terima kasih mek 😭 Ayoh ni seorg berpandangan jauh, walau x belajar tinggi, hanya lah seorg petani sejak dari muda lagi tapi berjaya membesarkan kami 8 beradik.Dia tahu jika suatu hari nanti bila dia tiada dia tak mau anak-anaknya bergaduh berebut harta, jadi dia ambil keputusan menghibahkan semua harta nya kpd anak2.Allahuakbar ayoh ku😭😭fypシ゚ #hibahbersyarat#wasiyyahshoppe♬ original sound – Dr GTR – arrizqindental
Tidak semua negeri di Malaysia mempunyai jumlah cuti umum yang sama. Ada negeri yang perlu beroperasi seperti biasa walaupun negeri lain bercuti.
Begitu juga setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang mula merancang cuti dan aktiviti bersama keluarga. Namun, bagi penduduk di lima negeri tertentu, cuti umum 1 Januari tidak termasuk dalam kalendar rasmi negeri mereka. Hal ini sering menjadi perbualan, terutama di media sosial.
Lima daripada 14 negeri iaitu Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis memilih untuk tidak mengisytiharkannya sebagai cuti umum.
Sebagai contoh, di Kelantan dan Terengganu, sambutan Tahun Baharu tidak diraikan secara rasmi kerana negeri-negeri ini lebih mengutamakan hari-hari kebesaran yang berkaitan dengan agama Islam.
Hujung minggu di kedua-dua negeri itu ditetapkan pada hari Jumaat dan Sabtu bagi memudahkan penduduk menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa.
Begitu juga dengan Kedah, Johor, dan Perlis, yang lebih mengutamakan acara keagamaan dan tradisi Melayu berbanding sambutan yang bersifat umum atau universal.
Ini memandangkan lima negeri berkenaan terkait rapat dengan tradisi dan budaya, sekali gus membentuk jadual cuti umum yang berlainan dengan negeri lain.
Namun, sambutan Tahun Baharu di beberapa bandar di lima negeri tersebut tetap diadakan secara sederhana sebagai tanda turut meraikan malam ambang tahun baharu, meskipun penduduknya perlu bekerja seperti biasa pada keesokan hari.
Namun, untuk kepastian status mengenai status cuti umum pada 1 Januari, adalah disarankan untuk mendapatkan pengesahan daripada majikan bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“Emery anak istimewa saya, dia autistik, ‘non-verbal’ dan tiada cara komunikasi seperti kita yang sempurna ini. Dia berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dan dua malam juga kita pergi makan di pusat bandar.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“Jadi, mereka tinggikan suara, marah dan maki. Masyarakat kita tak peka dengan insan yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan mental,” katanya.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“Bagi mereka ruang untuk ‘menumpang lalu’ kehidupan normal kalian untuk beberapa minit dan mereka akan pergi daripada kehidupan anda selamanya,” katanya.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
M. Nasir dan Marlia Musa berangkat ke tanah suci tunai haji. Datuk M. Nasir bersama isterinya, Datin Marlia Musa memulakan perjalanan suci ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji, melengkapkan rukun Islam kelima.
Perjalanan penuh makna ini dikongsikan menerusi satu klip video di Instagram, yang memperlihatkan pasangan ini tiba di lapangan terbang dengan diiringi oleh ahli keluarga yang turut menghantar mereka berlepas.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pengguna Instagram yang dikenali sebagai Siella Zamri, yang turut mendoakan agar segala urusan ibadah haji pasangan berkenaan dipermudahkan dan mendapat ganjaran haji yang mabrur.
Difahamkan, M. Nasir dan Marlia Musa sebelum ini telah mengerjakan umrah pada tahun 2024, dan kini tiba giliran mereka melangkah ke tahap seterusnya – satu perjalanan yang bukan sekadar memerlukan ketahanan fizikal, tetapi juga kekuatan rohani yang tinggi.
Walaupun tidak ramai mengetahui mengenai keberangkatan mereka, video ringkas yang dikongsikan Siella cukup untuk menyentuh hati ramai. M. Nasir dan Marlia kelihatan tenang sewaktu tiba di lapangan terbang, penuh tawaduk, seolah-olah membawa ribuan doa dalam hati mereka.
Dalam kapsyen video tersebut, Siella menitipkan ucapan penuh doa:
“Semoga segala urusan Datuk dan Datin di Tanah Suci dipermudahkan Allah. Moga setiap ibadah diterima dan dikurniakan haji mabrur. Doa kami sentiasa mengiringi langkah kalian, Insya-Allah.”
Meskipun M. Nasir bukanlah seorang yang aktif di media sosial, beliau sempat memuat naik semula foto kenangan sewaktu di lapangan terbang menerusi InstaStory miliknya.
Selain pasangan ini, antara selebriti tempatan lain yang turut menunaikan haji pada musim ini termasuklah pelakon Bella Dally bersama suaminya.