Wabak Coronavirus atau COVID-19 ini membawa seribu satu makna buat semua. Bukan hanya kita bahkan satu dunia terkena tempiasnya. Beribu-ribu kematian dicatatkan dan yang sedang dirawat tidak terkira jumlahnya. Semuanya dek kerana ‘virus’ kecil dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar.
Negara dalam saat getir dan susah. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu MELAWAN virus COVID-19 dengan bersungguh-sungguh. Malah, dalam situasi sekarang, ramai terkesan sehingga menjejaskan dari segi emosi dan psikologi seperti gangguan tidur, bimbang dan sebagainya. Tak kurang juga timbul isu menyalahkan golongan tabligh yang menyebarkan wabak ini memandangkan golongan ini paling ramai dijangkiti.
Hakikatnya bukan salah mereka dijangkiti. Ada yang dijangkiti tanpa disedari. Membaca luahan ahli keluarga go
Kisah ini dimuat naik oleh saudara Fedtri Yahya menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
LUAHAN HATI ISTERI JEMAAH TABLIGH
“Covid19 adalah asbab dakwah terhenti seketika. Masjid sepi. Majlis ilmu tiada. Tanah Haram lengang. Dan para pendakwah juga tak dapat bergerak. Dakwah ‘terhalang’ oleh ‘tentera Allah’ yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. “
Saya, isteri kepada ahli jemaah tabligh.
Untuk pengetahuan semua, tiada siapa dalam kalangan jemaah yang mahukan penyakit,menyebarkan penyakit dan mengakibatkan kemudhorotan. Mereka menyertai ijtima’ dengan tujuan belajar menghidupkan Sunnah Nabi. Tiada biaya daripada mana-mana. Kerelaan sendiri. Pergi dengan niat belajar melakukan amal kebaikan. Bukan pergi berjimba,berpoya. Ujian untuk mereka, diuji dengan pendemik covid-19.
Ads
Cukup-cukuplah mencela dan menghina. Kami juga punya keluarga. Anak2 hanya melihat bapa, tapi tidak boleh didekati. “Ayah kuarantin lagi. Adik main jauh-jauh. Allah izin,kita dekat-dekat semula.” Jatuh air mata seorang ibu, melihat anak kecil merengek mahukan ayah.
Kami faham letih dan sedih para frontliners. Mereka letih, takut dan tertekan. Tapi ketahuilah,kami tak minta ini semua terjadi.
Dalam kalangan jemaah,ada juga doktor, ada suami kepada jururawat,ada polis pence,askar pencen. Mereka juga tak ingin semua hal ini berlaku. Tetapi kagumnya saya pada jemaah,mereka tak salahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka akan salahkan diri sendiri. Mungkin mereka kurang amal,kurang dakwah,kurang doa untuk ummat.
Ada yang kecam jemaah dan keluarga menyembunyikan fakta. Ya,memang salah BESAR. Tapi Kita tidak berada dalam kasut mereka. Kita tak merasa apa yang mereka rasa.
Ads
Mungkin takut,malu,serba salah dan sebagainya.
Contoh seperti seseorang yang dirogol,tidak melaporkan kepada Polis. Mungkin rasa takut,malu,trauma. Kita yang tidak tahu apa-apa, boleh saja melabel mangsa sebagai bodoh,melepaskan penjenayah,menggalakan penjenayah ulangi perbuatannya. Tidak semudah itu. Hanya yang terkena akan faham perasaan itu.
Memang ada segelintir yang degil dengan arahan pihak syura untuk melakukan saringan.Tapi pandang juga kepada yang tidak degil. Ada antaranya yang disaring dua kali. Mereka tetap mengikut arahan. Pergi semula selepas dihubungi pihak klinik. Yang degil,nak buat macam mana. Sikap manusia, undang-undang Allah pun masih ada yang ingkar. Inikan pula arahan sesama makhluk. Bukan semua boleh wala’ pada ketua.
Ads
Saya juga berharap para netizen menjaga bicara dalam penulisan. Bimbang ‘terkutuk’, ‘ter-menghina’ jemaah, tak daya nak merangkak mencari di mahsyar nanti.
Sepatutnya,sama2 kita doa untuk semua staf KKM dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menangani pendemik ini.
Lebihkan berdoa. Kurangkan dosa.
#isteriahlijemaahtabligh
#maafkankami
#kamitakmintasemuainiterjadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan ruang yang lebih kemas dan teratur untuk perletakkan sabun pencuci, softener dan sebagainya di ruang mesin basuh, tentunya bukan sahaja terlihat teratur malah cukup memudahkan untuk dicapai apabila adanya rak.
Ini sebagaimana idea yang dikongsikan oleh Mohd Hafizallah Ariffin. Menurutnya untuk membuatkan rak dengan menggunakan PVC, dia hanya perlu adakan bawah RM40 sahaja. Cukup murah dan menjimatkan berbanding membeli rak di pasaran.
Jadi apa kata En suami buatkan rak ini untuk isteri, jadi mudahlah untuk isteri mencapai bahan-bahan pencuci di ruangan yang tersedia. Bahkan nampak kemas dan teratur.
Jom lihat senarai barang yang digunakan:
1. Penyambung ‘L’ pipe pvc – rm0.47 sebiji (beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = rm0.94)
2. Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji (beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = rm7.92)
3. Siku ‘L’ besi – rm 2.00 sepeket(beli di kedai eco)
4. Papan – rm8.00(kalau tak silap) sepapan (beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = rm16.00)
5. Batang pipe pvc – rm1.51 sebatang (beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = rm12.08)
Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik.
Jumlah kos : RM38.94
Ekstra tips : Papan yang digunakan mungkin boleh cari di tempat lain dengan harga yang lebih murah. Ini kerana Mohd Hafizallah menggunakan kayu yang dibeli di Ikea.
Cara Sambungan
Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc, bile semua ukuran dah cantik dan memenuhi citarasa.
Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.
Hati keras lelaki ada kala boleh menjadi lembut dan tidak mustahil merajuk dengan pasangannya. Hal ini kerap berlaku apabila lelaki rasa terpinggir kala wanita terlalu melebihkan hal-ehwal kerjaya ataupun terlalu melayani anak-anak.
Bagi isteri yang berdepan dengan suami merajuk, masih ada ruang untuk anda memperbaiki keadaan. Bukan hanya wanita yang suka dipujuk rayu, lelaki juga apa kurangnya. Walaupun mereka kelihatan gagah perkasa namun di sebaliknya mereka turut perlu dimanjakan. Bak kata orang zaman sekarang, dalam hati ada taman.
1) MINTA MAAF Mulakan proses memujuk dengan meminta maaf terlebih dahulu. Cara minta maaf itu terpulang pada kreativiti anda. Ada yang lebih suka minta maaf di meja makan kala bersarapan pada cuti hujung minggu. Ada yang lebih senang minta maaf kala sedang sama-sama menonton televisyen. Malah ada juga yang lebih selesa minta maaf ketika di atas katil sebelum melelapkan mata.
Bisikkan kata minta maaf di telinganya. Katakan yang anda minta maaf kerana membuat dia merajuk. Sebagai isteri, pasti kita tahu kelemahan suami yang mampu membuatkan dia ‘cair’. Mungkin dengan nada suara, atau mungkin dengan sentuhan jari anda. Gunakan skil menggoda anda untuk memastikan dia memaafkan anda dan menghilangkan rasa merajuknya itu.
2) BUAT SURPRISE Apa kata anda buatkan satu kejutan untuk suami yang sedang merajuk itu? Misalnya anda pulang awal ke rumah dan masak hidangan kegemarannya. Kemas rumah dan semburkan haruman yang digemari suami ke sekitar rumah.
Biarkan dia terasa kelainan kala masuk ke rumah apabila pulang dari kerja. Bau harum pasti menyamankan suasana. Lalu lebih menggembirakan hatinya apabila melihat hidangan istimewa sudah ada di atas meja untuk dinikmati bersama.
3) BETULKAN KOMUNIKASI Komunikasi dua hala sebenarnya sangat penting dalam hubungan suami isteri. Sebuah perkahwinan tidak akan memberi erti kebahagiaan sebenar jika tiada komunikasi. Dalam kes suami merajuk, cuba anda bertanya kepada pasangan punca si dia merajuk. Ada kala puncanya hanyalah hal kecil.
Pun begitu, jangan anggap hal kecil pada anda itu juga merupakan hal kecil bagi si dia. Bagi sesetengah orang, hal itu adalah sebuah hal besar. Jadi, sebagai pasangan, kita juga perlu menghormati perasaan pasangan kita walaupun dia ialah lelaki yang kita anggap ‘kebal’ daripada perasaan kecil hati.
Di sinilah letaknya kepentingan berkomunikasi. Beritahu pasangan apa-apa sahaja hal boleh menyebabkan kita berkecil hati supaya kita boleh elakkan hal-hal merajuk.
4) JANGAN ULANG KESILAPAN Apabila kita telah tahu perkara yang menyebabkan suami merajuk, maka usahlah diulangi lagi kesilapan yang kita lakukan. Misalnya, walaupun dia merajuk hanya disebabkan kita terlupa membuat sambal belacan yang telah dipesan, berjanjilah dengan diri sendiri yang kita tidak akan terlupa lagi pesanan kecil daripada suami.
Tawan kembali hatinya. Balut luka di hatinya. Ingatlah bahawa syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Usah disakiti hatinya. Layarilah rumahtangga dengan persefahaman dan kecapilah kebahagiaan di dunia ini.
Sumber: bercintaselepasnikah.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diakui kini penggunaan Face Mist menjadi antara produk kecantikan wajib ada bagi seseorang wanita. Pun begitu, apa istimewanya apabila kita ‘spray-spray’ air tersebut ke wajah sebenarnya?
Sebenarnya Face Mist ini adalah sejenis air yang apabila disemburkan ke wajah dapat memberi kesegaran wajah, menenangkan dan dapat memberi nutrisi kepada kulit. Kebaikan menggunakan Face Mist juga dikatakan dapat menyeimbangkan pH kulit terutama selepas mencuci wajah dan sekali gus melembabkan kulit sepanjang waktu.
Oleh itu, apa kata kali ini kita sediakan sendiri ramuan untuk menghasilkan Face Mist yang cukup istimewa. Cara membuatnya telah dikongsikan oleh Tengku Wdec di akauan fbnya. Jom semak untuk mengetahui lebih detail.
Bahan: Timun sebatang.
Cara Penyediaan :
Potong timun dan rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat. Sebab timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitaminnya hilang. Agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dengan sedikit air rebusan. Agak-agak je. Jangan banyak sangat.
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”
sumber : Tengku Wdec
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di