Orang tua-tua dahulu selalu berpesan, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah peribahasa yang dikaitkan dalam hal mendidik anak-anak.
Masa anak masih kecil itulah waktu berharga untuk ibu ayah didik dan asuh bagi menyuburkan iman, akhlak dan peribadi mulia dalam diri anak-anak.
Namun bukan semua cakna tentang hal ini hingga bila anak sudah dewasa, baru terasa terlambat pula untuk dididik.
Andai diundurkan waktu, ingin sekali kembali di masa lalu bagi memperbaiki cara didik anak-anak agar menjadi insan yang bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat.
Tidak mahu penyesalan seperti ini terjadi pada diri, ada baiknya kita jadikan kisah yang dikongsikan Mona ini sebagai inspirasi. Bagaimana dia melihat seorang ayah ini membawa dua orang anak lelaki ke masjid setiap hari untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
Bukan sahaja kesungguhan ayah menjadikan perkara itu rutin pada anak-anaknya, malah kedua anak kecil itu terlihat begitu baik tingkah lakunya.
Ayah Ni Jadikan Rutin Solat Subuh Diapit Anak Lekaki
Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, diapit oleh 2 anak lelaki kecilnya bersolat suboh di masjid ni.
Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat suboh di masjid amalan rutinnya.
Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.
Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.
Ads
Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali seusai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.
Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.
Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.
Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.
Kredit : Mona via Kisah Dunia
Ads
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Ada orang mampu mempertahankan persahabatan mereka daripada zaman kanak-kanak hingga dewasa. Ada yang mula bersahabat ketika di universiti hingga ke alam pekerjaan, malah tidak kurang juga masih kekal bersahabat hingga beranak pinak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bagi mereka yang menghargai persahabatan merasakan, hidup tanpa sahabat rasanya pasti terasa sepi sekali. Tidak ada teman yang boleh menjadi pendengar terbaik untuk berkongsi rahsia. Tak ada orang yang boleh diharap untuk berbahagi rasa suka dan duka.
Kalau saat ini anda masih memiliki insan bergelar sahabat yang selalu ada di sisi, sungguh anda sangat beruntung. Ini kerana kawan mudah dicari namun sahabat yang sejati sukar ditemui.
Menyentuh tentang erti sahabat, baru-baru ini menerusi perkongsian di Instagram, Sheila telah memuat naik videonya yang sedang melihat bil ketika makan bersama rakan selebritinya Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri.
“Ramai antara kita nak sahabat yang baik. Tapi pernah ke kita cuba jadi sahabat yang baik?
“Kalau ada sahabat yang baik, yang selalu membantu kita dalam ketaatan, mendengar masalah kita tanpa mengaibkan kita, maka genggam erat tangan mereka, kerana mencari sahabat tu susah, melepaskan super easy!!
“Thank you Maria belanja lunch Sharifah Shahora turn ko belanja kat Bangkok!! Love korang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dan mendoakan agar persahabatan mereka bertiga berkekalan. Malah tidak kurang juga yang terhibur melihat gelagat mereka tiga sekawan yang terlihat begitu lucu saat melihat bil makanan mereka.
😂😂😂😂😂😂😂 risau mcm kena sawan 🤭🤭🤭🤭 tapi syok tau kwn2 perangai sekepala gila mcm ni… Susah senang sesama…tak Kira la dah kahwin ke belum ke…still bersama… Semoga kekal persahabatannya ye sis❤️, tulis cikgumanggis_
Manakala Jazslinsam pula mendoakan semoga persahabatan ini terus kekal hingga ke syurga.
Tidak dinafikan ada juga yang gembira melihat persahabatan yang terjalan antara mereka bertiga, ini sebagaimana komen nisakhayraa,”Suka la tgk uolls bertiga ni..moga persahabatan sis ni bertiga till jannah.Aamiin❤️”
Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar maut selepas terkena kipas siling ketika bermain bersama bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam Ahad itu, bapa saudara mangsa dipercayai telah melambung kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan menyebabkan kepalanya terkena kipas siling dan cedera.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof memberitahu pemberita, perintah reman bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi meneruskan siasatan ke atas lelaki berusia 25 tahun itu yang ditahan semalam.
Menurutnya kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas bapa mangsa membuat laporan polis susulan insiden yang juga warga Myanmar berhubung kejadian menimpa anaknya.
“Pengadu berada di Butterworth atas urusan kerja sejak tiga bulan lalu manakala kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, di sini, kelmarin,” ujarnya.
Noor Azmi berkata hasil temubual polis bersama isteri pengadu memaklumkan anak saudara lelakinya yang juga warganegara Myanmar bermain dengan mangsa telah melambung mangsa yang sedang menangis.
“Mangsa terkena kipas siling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.
Ibu mangsa bersama abangnya telah membawa mangsa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan namun keesokannya pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat,” jelasnya.
Tambah beliau hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami ‘severe head injury due to blunt trauma.
Noor Azmi berkata siasatan telah dijalankan oleh pihak polis di tempat kejadian iaitu bahagian dapur sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan Ampang, Ampang, Selangor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengaruh gajet terhadap kehidupan hariann kanak-kanak dan remaja begitu membimbangkan. Lebih risau apabila anak-anak mula ketagihan permainan online, sudah tentunya ia memberikan impak tidak baik terhadap kehidupan anak itu termasuk cara pemikiran dan kecerdasan.
Bukan itu, sahaja, ibu-ibu tentunya boleh naik angin bila anak-anak dari pagi hingga ke petang asyik duduk main telefon tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah.
Paling menakutkan, ibu bapa tidak tahu apa jenis permainan dan carian yang digunakan semasa menggunakan telefon.
Namun, perkongsian seorang wanita tentang sebuah link cara mengawal kegunaan telefon penggunaan boleh jadi panduan untuk ibu bapa mengawal anak-anak.
Ikuti perkongsian ini.
Assalammualaikum sahabat semua…seperti yg saya janjikan malam ni sy akan tunjukkan cara sy gunakan family link utk control hp ank2…bila dah install ibu2 blh lah kaji n belajar sendiri ye…nk terangkan sy x reti sngt..kalo depan blh ja sy ajarkan…kalo x faham blh tanyaka..nanti sy akan bls satu persatu ye..terima kasih..sy izinkan kalo sahabat suri rumah semua nk share..semoga bermanfaat untuk kita semua.
Ikuti langkah demi langkah ini.
1. First sekali log masuk2. Pastu buat akaun3. Untuk ank ye…sb hp ni utk ank..follow semua step2 nk cipta akaun google play utk ank..isi maklumat umo ank..sb secara auto google play akan sekat game or apa saja yg sesuai mengikut umo ank..4. Akaun google ank akan di kaitkan dgn akaun google kita iaitu email kita…ikut ja step yg diberikan5. Baca dan faham6. Install family link kat hp ank dan hp ibu7. Youtube secara auto tidak tersedia…so ibu bapa blh install youtube kids utk ank..8. Peranti anda disambungkan9. Ni family link kat hp anak10. Ni family link kat hp ibu11. Ni ank akaun google ank2 yg sy kawal dekat hp 12. Nama akaun anak 13. Kita blh tetapkan apa saja melalui hp kita..14. Bila ank2 nk install apa game akan keluar mcm ni..sama ada nk minta kelulusan melalui msg akan masuk ke email kita..atau blh tanya sendiri..15. Bila tanya sendiri akan keluar mcm ni so kita ibu bapa blh tngk sama ada game ni sesuai ke tidak…nk luluskan ke x..terpulang.
RESPON YANG POSITIF GUNA FAMILIY LINK
Lock supaya anak masuk tidur awal
Automatik telefon off
Boleh block game
Wow! Menarik perkongsian ini. Ibu ayah kena alert dan segera cuba buat link family ni. Barulah anak-anak mudah nak control!