Pelakon dan penyanyi veteran, Jalil Hamid, 66, yang sebelum ini disahkan mengalami masalah jantung, kini banyak menghabiskan masa berehat di rumah.
Kenyataan ini dikongsikan sendiri oleh Jalil di aplikasi Tiktok miliknya @AyahJalilHamid, dan sekaligus meminta peminat agar sentiasa mendoakan kesihatannya.
“Masih ada yang rindu dengan lakonan Ayah? Ayah sekarang banyak luangkan masa bersama keluarga…,” tulisnya dalam keterangan video.
Video terbabit memaparkan aktiviti Jalil bersama keluarga serta gambarnya ketika menerima rawatan di hospital.
Terdahulu, Jalil dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, pada awal Mac lalu akibat masalah jantung yang dihadapinya.
Jalil mengalami masalah pernafasan sebelum dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan.
Ads
Dia bagaimanapun memilih pulang ke rumah pada 7 Mac bagi memberikan ruang kepada mereka yang lebih memerlukan.
Ads
“Kalau nak ikutkan, saya masih lagi perlu dirawat di hospital. Tapi, saya kasihan melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka. Jadi, saya minta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah.
“Kasihan saya lihat apabila ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil. Ada yang perlu menunggu sehingga empat ke lima hari untuk mendapat katil. Bahkan, ada yang sampai terpaksa berbaring di laluan. Saya beritahu hospital, tak mengapa saya mengalah,” katanya.
Di hospital, doktor menjalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah. Di rumah, dia memerlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu dipantau.
Sumber : Tiktok Jalil Hamid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seperti ramai yang tahu, menjadi penghantar makanan bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Berhadapan dengan risiko yang melibatkan nyawa kerana selalu berada di atas jalan raya menyebabkan pekerjaan itu harus diselami dengan sifat sabar yang cekal.
Berkenaan hal itu, seorang bapa kepada seorang penghantar makanan ataupun yang lebih tepat rider Grab Food luah rasa sebak apabila melihat satu tulisan yang dicatat oleh anaknya pada bag Grab Foodnya.
Tulisan itu memaparkan nombor telefonnya sebagai emergency contact yang ditulis (abah).
“Aku touching bila aku terbaca. Bergenang air mata aku bila aku ternampak apa yang anak aku tulis di bag.
“Ya Allah kau lindungi anak aku dalam urusan seharian keluar mencari rezeki. Jauhkan dari benda yang tidak dingini,” luahnya apabila terlihat tulisan di bag GrabFood anaknya.
Selain itu, dia juga mendoakan rider lain agar dipermudahkan urusan di atas jalan raya yang banyak halangannya.
“Anakku Grab Boy. Ya Allah lindungilah semua pekerja-pekerja penghatar makanan daripada benda tidak diingini. Amin,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen netizen, ramai yang turut sebak dan mendoakan keselamatan rider lain. Kerana sebagai pelanggan, mereka juga faham bahawa pekerjaan itu bukanlah satu hal yang mudah.
Sumber: Mijikofruito
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru sahaja mendirikan rumahtangga pada November tahun lalu, Ramadan kali ini pastinya begitu berbeza buat penyanyi, Nabila Razali yang pertama kali menyambut sebagai isteri.
Menerusi sebuah program bual bicara baru-baru ini, Nabila mengakui begitu teruja untuk menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Nik Iruwan.
“Sebenarnya sebelum kahwin kami ada berbincang tentang persiapan menyambut Ramadan. Maklumlah saya sebelum ini misalnya bangun sahur disediakan ibu atau buat saja untuk diri sendiri.
“Tapi apabila sudah berkahwin saya kena tahu apa yang suami suka, jaga pakai makan dia. Jadi macam untuk persiapan sahur Ramadan hari pertama saya masak nasi goreng.
“Tapi sebab gementar dan takut terlajak atau tak sedar waktu sahur, saya masak nasi goreng pukul 2 pagi. Itu dah macam supper bukan sahur,” katanya berkongsi.
Bercerita mengenai pemakanan suaminya, akui Nabila suaminya seorang yang tidak cerewet tentang makan. Lebih-lebih lagi ketika dibulan puasa.
“Padahal suami saya rupanya jenis orang yang cukup makan kurma dan minum air waktu bersahur.
“Sebenarnya amalan ini juga memudahkan saya,” katanya.
Terdahulu, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan, mendirikan rumahtangga pada 17 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Mak ayah mana yang tidak mudah melenting dan geram bila anak sudah pandai melawan dan menjawab. Terasa seolah-olah mereka tidak menghormati kita sebagai ibu bapa. Lebih-lebih lagi selama ini kita sendiri pun tidak pernah meninggikan suara dengan anak.
Adakah kita patut membalas jeritan anak dengan meninggikan suara? Merotan mereka agar lebih berdisiplin? Diakui memang bukan mudah untuk berkomunikasi bila kita mak ayah berada dalam keadaan marah.
Lalu apa yang perlu dilakukan oleh mak ayah bila anak-anak sudah pandai melawan dan menjawab? Berikut perkongsian daripada Mohd Fhais Salim yang merupakan Coach Keibubapaan Bertauliah.
Mak, Ayah Jangan Mudah Melenting Bila Anak Kuat Menjawab
1.Fasa testing boundaries. Ini fasa di mana anak sedang menilai sejauh mana dia boleh buat pilihan & halatuju sendiri, dia nak asah kemahiran berdikari je.
2.Menjawab juga adalah satu tanda kecewa dan frust dalam kalangan anak-anak. Tiada cara lain untuk meluah melainkan menjawab.
3.Mencari perhatian daripada yang tersayang. Ada anak hanya mahu perhatian, buat baik tiada siapa peduli tapi bila buat jahat 3 hari 3 malam jadi perhatian.
4.Lack impulse control. Dia tak dapat kawal diri daripada menjawab apabila ada perkara yang dia tak setuju dan rasa tidak betul terus melenting.
5.Masih belajar adab dalam berkomunikasi. Tidak setuju tak salah tapi cara untuk bercakap pada orang tua, banyak kita kena tunjuk teladan dan bantu didik.
Apabila suasana menjadi tegang antara mak ayah dan anak, cubalah lakukan perkara ini:
BERI RUANG PADA ANAK
Jika anak meragam dan memberontak, tukar pendekatan dengan memberi peluang anak meluahkan apa yang dirasa. Jadi pendengar yang bagu
BERDIAM DIRI
Tidak perlu respon bila anak mula melawan dan menjawab. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih baik. Tidak bermakna apabila anda mendiamkan diri, anda membiarkan sahaja perangai anak jadi begitu.
Apabila anak melihat anda begitu tenang, dengan sendiri dia akan berhenti membuat perangai. Bila keadaan kembali ok, berbual dengannya secara santai sambil bertanyakan ketidakpuasan hatinya.
WUJUDKAN BODY CONTACT
Meskipun keadaan sedang ‘panas’ antara mak ayah dan anak ini tidak bermakna anda tidak boleh lakukan body contact. Peluk anak perlahan-lahan meskipun dia meronta-ronta dalam pelukan anda. Percayalah, lambat laun pasti anak akan memeluk anda kembali kerana sebenarnya dia perlukan sokongan anda meskipun sedang marah.
BERI NASIHAT SELEPAS KEADAAN TENANG
Apabila masing-masing sudah tenang, anda boleh duduk dan berbicara dari hati ke hati dengan anak. Ketika inilah anda dapat mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya bersama dengan tenang.
Kesimpulannya berkomunikasilah secara lembut dengan anak-anak. Walaupun anak-anak masih kecil, mereka juga punya perasaan. Apabila anda meninggikan suara, secara tidak langsung mereka akan merasa tertekan dan meluahkan rasa itu dengan membentak serta melawan cakap anda.
Jangan bercakap sewaktu hati sedang panas. Apabila emosi kurang stabil, percayalah apa yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut akan terlepas sehingga mengguris hati. Berkomunikasi semula apabila situasi sudah beransur tenang.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.