Penantian pasangan ini untuk menimang zuriat pertama bakal berakhir tidak lama lagi. Dalam berdebar menantikan detik tersebut, aktres cantik manis Anzalna Nasir dan suami  Hanif Zaki hari ini membuat pengumuman jantina bayi mereka.

“Ayah Tunggu Bayi Lelaki Sejak 1993 Lagi.” Anzalna Kongsi Bakal Timang Anak Lelaki.

Sebelum ini, ramai berteka teki akan jantina pasangan sama cantik sama padan ini.  Akhirnya dalam usia kandungan 7 bulan Anzalna mengumumkan dia  bakal melahirkan bayi lelaki ada Jun ini.

Lebih manis lagi, anak sulung pasangan Ini merupakan bayi lelaki pertama dalam keluarga Anzalna.

“Alhamdulillah selepas lama mendambakan kehadiran anak dan cucu lelaki dalam keluarga,  akhirnya impian ayah tercapai sudah.

“Ayah Tunggu Bayi Lelaki Sejak 1993 Lagi.” Anzalna Kongsi Bakal Timang Anak Lelaki.

IKLAN

” Dari tahun 1993 lagi ayah menantikan anak lelaki, tetapi tiada rezeki. Kini impian tersebut sudah tercapai.  Apatah lagi sebelah keluarga saya boleh dikatakan semuanya perempuan. Pendek kata, keluarga kami ‘kaya’ dengan perempuan.

“Bila dapat tahu saya bakal dapat anak lelaki memang rasa terkejut juga. Ini adalah lelaki pertama dalam keluarga kami. Saya dan suami gembira dan bersyukur dengan kurniaan ini.

“Kalau diikutkan saya dan suami memang sudah tahu lebih awal akan jantina anak. Waktu scan dia terus tunjuk, tak de nak surprise” seloroh Anzalna yang kini dilantik duta eksklusif NR.

Jantina anak sulung pasangan ini diumumkan serentak dalam majlis pelancaran produk Ommey dan Baby Gender Reveal di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

IKLAN

Ditanya mengenai bakal melahirkan secara pembedahan mahupun normal, Anzalna memilih normal sebagai mana dinasihati  ahli keluarganya.

“Kalau diikutkan saya nak bersalin normal, tetapi saya berserah andainya terpaksa dibedah. Apa pun saya hanya mahu memastikan bayi kami keluar dengan selamat. Jadi, tak kisah macam mana prosesnya janji bayi kami sihat.

“Saya dan suami sekarang sudah mula deko dan membeli barang untuk bayi kami. Soal nama pula, setakat ini sudah ada. Itu pun bukan dipilih oleh kami berdua, sebaliknya famili yang bagi.

IKLAN

“Jadi, nama yang paling best akan terpilih dan mereka yang memberi nama tersebut bakal dapat hadiah,”jelas Anzalna lagi.

“Ayah Tunggu Bayi Lelaki Sejak 1993 Lagi.” Anzalna Kongsi Bakal Timang Anak Lelaki.

“Ayah Tunggu Bayi Lelaki Sejak 1993 Lagi.” Anzalna Kongsi Bakal Timang Anak Lelaki.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta. Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia sedang hamil pada awal Januari lalu.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI