Jika kita mengemas rumah tentu akan ada habuk di kawasan dinding, atas silling, dalam almari pakaian dan bawah katil. Ketika kemas tu pernah nampak tak habus seakan berketul di dinding atau bawah katil. Ia dikenali ulat habuk.

Jika sering terdedah dengan habuk boleh menyebabkan alergi, tidak hairanlah mengapa anak sering mengalami selsema dan batuk. Jika ada ekzema yang alah habuk tentu tidak selesa.

Jadi, kena pastikan ruang tamu dan bilik bebas habuk terutama ulat habuk ini. Nak tahu cara lanjut ikuti perkongsian ini.

___________________________________________________________

Patutlah Asyik Selsema Dan Batuk, Rupanya Ada Ulat Habuk. Wanita Ini Kongsi Cara Hapus Dan Kawal habuk.
Ni lah ulat habuk

Cara Hapuskan & Kawal Ulat Habuk
Tak kisahlah apa nama yang korang panggil..ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu².

Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni gak memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.

Andai kata korang selalu bersihkan rumah & takde sawang sekalipun, tapi kalau kupu² ni dah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri² yang disebut tadi, nak² dalam rumah memang banyak sumber makanan dia..dah memang ler jadik port dia beranak pinak

IKLAN

Makanan ulat habuk
Ulat habuk ni makan sawang labah², rambut² yang berguguran, bangkai serangga kecil & gak fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit, & ulat beluncas kupu² tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal² badan bagi orang yang kulit sensitif & ada alahan.

Walaupun macam tu, gatal² badan bila baring atas tilam & pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh gak berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba² rasa gatal & ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin gak berpunca dari agas. So banyak punca lain jadi gatal² ni melainkan korang memang jumpe sendiri la ulat habuk ni..
Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga.

Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu² tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu² tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur² ni bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap² lak. Telur² ni pun kena hapuskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.

Kat sini saya share cara hapuskan ulat habuk ni since saya pernah alami masalah ternak ulat habuk ni dalam almari secara tak sengaja (boleh baca post sebelum ni) & baru² ni kat trek sliding door dah jadik port baru dia lak (kawasan rumah sekarang ni banyak sangat ulat ni hampir setiap level ade jer bergantungan ulat habuk kat dinding even dalam lif pun ade gak)

IKLAN

1.Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian

Kalau kupu² bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.
-Keluarkan semua pakaian dari almari.
-Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu². (Kupu² biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby² ulat dapat makan dengan cukup).
-Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
-Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang²nya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu.
-Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur² serangga & hama.
-Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu². Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.

Patutlah Asyik Selsema Dan Batuk, Rupanya Ada Ulat Habuk. Wanita Ini Kongsi Cara Hapus Dan Kawal habuk.
Ubat gegat macam ni tak rosakkan baju sebab dalam individual pek. Tapi tak bau wangi pun, bau ubat gegat biasa jer
Patutlah Asyik Selsema Dan Batuk, Rupanya Ada Ulat Habuk. Wanita Ini Kongsi Cara Hapus Dan Kawal habuk.
Kena koyakkan sikit plastik kat dalam supaya baunya keluar
Patutlah Asyik Selsema Dan Batuk, Rupanya Ada Ulat Habuk. Wanita Ini Kongsi Cara Hapus Dan Kawal habuk.
Ubat gegat dengan wangian bunga orkid. Memang wangi & tak bau ubat gegat pun

2.Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil

IKLAN

-Cabut semua cadar & sarung bantal.
-Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik²nya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
-Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
-Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
– Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.

Patutlah Asyik Selsema Dan Batuk, Rupanya Ada Ulat Habuk. Wanita Ini Kongsi Cara Hapus Dan Kawal habuk.

3.Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah

Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu² takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap
-Bersihkan habuk & sawang
-Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
-Bersihkan almari & katil secara berkala
-Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah² trek pintu/tingkap sliding.
-Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu² ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu² masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.
Harap² sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk tu.

Sumber: Yatie Eimra

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI