Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Ads
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Ads
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
Memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa mungkin tidak semua antara kaum wanita memandang ia sebagai satu kerjaya yang istimewa.
Sedangkan hakikatnya andai direzekikan untuk menjadi surirumah sepenuh masa, terlalu banyak kebaikannya kepada keluarga bahkan untuk diri sendiri. Hal ini tidak semua wanita memperolehi kelebihan itu.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Azlia Ajid.
Ini perkongsiannya.
Untung sangat seorang wanita yang ada rezeki jadi suri rumah walau tak bergaji. Seronok ya amat sebenarnya.
1. Boleh susun masa sebaiknya nak baca Al-Quran, Dhuha, Qada Solat yang tinggal masa muda remaja dan solat awal waktu. Kitalah boss kat rumah masa kita “kerja” uruskan rumah sepanjang siang. Tak payah risau nak curi masa or terlajak ambil waktu bekerja nak jaga bab-bab Ibadah sunat ni.
Bagi saya, ini nikmat paling besar. Semua ni amalan paling baik nak jadi mulia disisi Allah dan juga boleh jadi amalan terjemputnya rezeki keluarga. Ada rezeki dapat jaga perkara paling mahal didunia ini, beruntungnya kita.
2. Semua kerja dalam rumah jadi ladang pahala bila buat kerana Allah. Kemas dapur, masak, buang sampah, lipat baju, mandi kan anak, sikat rambut anak, setiap satunya Insya-Allah pahala banyak gais.
Bonus, sambil buat kerja kita dapat exclusive bonding time dengan anak-anak. Ya Allah, ini rahsia paling besar nak didik anak cemerlang dunia akhirat. Bila besar nanti Insya-Allah anak tetap sayang dan selalu nak balik jumpa kita.
3. Kalau kita nak, boleh sahaja di uruskan bisnes online dari rumah. Katalah nak buat duit extra untuk beli reward diri, nak bantu suami atau apa sahaja. Seronok tau kita boleh susun masa sendiri.
Yang utama, pastikan perniagaan yang kita buat ni menceriakan dan melengkapkan keperluan hidup , bukan akan buat kita stress kejar reward sampai terabai keluarga. Ini penting kita jaga supaya kesejahteraan keluarga terjaga.
4. Rumahku Syurgaku. Haa masa nilah ada banyak masa nak hias rumah DIY ke apa-apa kan. Nak buat ruang lepak, deco sana-sini. Kita buat sampai rumah jadi anggun, bila suami balik rasa tak nak keluar je lepas waktu bekerja. Haa syiok ehhhhh.
5. Kalau rumah mak ayah atau mentua dekat, kena pula kita kamcing dengan mentua, sehari seminggu buat aktiviti melawat mereka dengan anak-anak. Biarpun suami sibuk kerja, kita santuni orang tua, bantu suami raikan ibu bapa suami, Insya-Allah hidup sangat bahagia dan rezeki melimpah ruah.
Ini pun boleh jadi “kerja” tetap kawan-kawan. Banyak hikmah bila buat tugas ni setiap minggu!
6. Dapat fokus didik anak nak jadi soleh solehah. Ini paling agung wey. Kita sendiri jadi guru juga di rumah bertungkus lumus susun dan rencana perjalanan nak jadikan anak kita khalifah Allah yang cemerlang. Allahuakbar. Nikmat dia lain macam tau.
Seronokkan bila baca kelebihan suri rumah begini, apatah lagi bila sendiri dapat melaluinya. Subhanallah. Memang best ya amat.
Ini baru sebahagian dari kenikmatan seorang suri rumah, sebenarnya banyak lagi kalau nak tulis.
Kawan-kawan. Percayalah tidak kira jika ada apa pun tanggapan orang lain pada suri rumah yang mungkin menyedihkan hati kita satu ketika, tapi bila kita sayang Allah, kita paham peranan kita di dunia sebagai isteri dan ibu, Insya-Allah kita akan hargai nikmat jadi suri rumah ini.
Suri rumah adalah pekerjaan paling mulia buat seorang isteri.
Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya penyanyi, pengacara dan pelakon Elly Mazlein selamat dirisik oleh bakal suaminya dalam satu majlis yang berlangsung semalam.
Berita gembira itu dikongsikan Elly Mazlein menerusi akaun Instagramnya.
Izinkan aku merasa detik ini❤💍 . Dlm memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dlm masa yg sama ada juge pihak yg sedang mencari rezki & sedang mendaki utk mencipta nama serta melebarkan sayap dlm bidang masing2 . Dengan adanya majlis,Sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezki org lain.
. Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini ❤ . Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda ❤ ..Lebarkan sayapmu. . 🌸MAJLIS MERISIK AZLAN DAN ELLY MAZLEIN🌸 . #MerisikCintaAzlanElly
Demikian bingkisan Elly Mazlein menerusi laman instagramnya.
Pasangan ini mengenali antara satu sama lain selama lebih kurang setahun. Teman lelaki Elly yang hanya dikenali sebagai Azlan kemudiannya menghantar rombongan merisik yang berlangsung secara tertutup semalam dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja
Dalam pada itu, ahli keluarga Ellytidak ketinggalan berkongsi gambar dan video momen majlis yang diadakan di kediaman penyanyi berusia 38 tahun itu.
Tampil dengan busana berwarna keemasan, turut kelihatan anak perempuannya Putri Sara Sefhia Azmi yang setia menemani di sisi
Difahamkan, keluarga belah lelaki berasal dari Kelantan telah bertandang ke kediaman pihak perempuan di Cyberjaya. Majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga.
Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka.
Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan:
1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam. Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh, tetapi si anak menganggap ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan sendiri.
2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Apabila semak, kita tahu selama ini anak-anak kita siap kerja sekolah atau tidak. Mungkin juga ada surat-surat penting dari sekolah kepada kita. Ada kalanya pula kita menemui sesuatu yang tidak kita sangka seperti pemetik api, rokok atau bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita pastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajarannya.
3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa memandang rendah kebolehan anak mereka. Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada yang menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah.Sikap begini amat merugikan kerana anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar.
4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa.
5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan.
Misalnya, ibu bapa mungkin berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak belikan basikal baru.”
Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas.
Sebaliknya apabila ibu bapa berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan gagal mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkannya.
6. Cari peluang memuji anak. Jadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikan pasti ada banyak peluang bagi kita memuji secara positif. Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul atau apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaian.
Memuji membolehkan anak tahu apa yang kita suka. Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulang kaji tanpa perlu diberitahu, maka pujilah dia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.