Buat ibu-ibu mesti teruja untuk menyediakan menu istimewa yang enak dan lazat sebagai menu berbuka untuk dinikmati seisi keluarga.
Biasanya, menu ayam bakar menjadi antara menu yang mampu menambat selera. Bahkan saat ayam dibakar sudah boleh membuat seisi rumah tidak sabar untuk menanti saat berbuka.
Nah, di sini dikongsikan satu menu ayam bakar yang boleh dijadikan pilihan yang dikongsikan oleh Laila Aznam
Kalau ada simpan Ayam boleh lah buat untuk berbuka nanti perap pagi petang dah boleh bakar .
Ini RESEPI AYAM BAKAR PEDAS
Bahan-bahan:
Ayam ekor (potong dua aje cuci bersih n toskan )
Sos tiram
Sos cili lingam
Madu
Kicap manis Mahsuri
Garam secukup rasa
Ads
Bahan2 kisar / tumbuk
Cili merah
Cili padi merah ikut kepedasan masing2
1 biji b.merah
3 ulas b.putih
Halia
Kunyit hidup
Ads
Serai 2 – 3 btg
Semua bahan2 Kisar / tumbuk .
Cara-cara:
Dalam mangkuk besar masukkan Ayam , sos tiram,madu ,sos cili ,kicap serta garam . Gaul rata2 .
Kemudian bru masukkan bahan2 kisar / tumbuk gaul rata2 n sekata .
Masukkan sedikit minyak olive oil . Gaul lagi.
Ads
Tutup dgn aluminum foil n simpan dlm peti sejuk selama 1 jam atau semlm .
Cara membakar :
Di atas dulang pembakar alas dgn aluminum foil .
Letakkan olive oil supaya rempah ratus nya tak kering bila bakar nanti .
Susun ayam n siram2 kan rempah ratusnya supaya serap kat ayam .
Kemudian masuk oven bakar pada suhu 180c -200c sehingga ayam masak .
Bila ayam dah mula masak perahkan jus lemon kat atas ayam . Biar seketika kat dlm oven dlm 5 minit.
Lepas tu tutup oven ,keluarkan ambil rempah2nya siram kat ayam lagi .
Siap dihidangkan panas-panas .Sedapnya minta ampun .
Pokok ketumbar adalah antara tanaman yang wajib di tanam di halaman rumah. Ia merupakan bahan masakan yang sering digunakan untuk menjadikan hidangan menjadi lebih lazat. Malah aroma daripada tanaman ini menjadikan hidangan lebih ‘fresh’.
Jika asyik beli aje, apa salahnya kita cuba tanaman pokok ini. Umum mengetahui bahawa banyak teknik untuk tanam pokok ini.
Salah satunya boleh ikuti cara wanita ini. Beliau menggunakan cara rendaman biji ketumbar kemudian baru membuat semaian.
Hasil tanamannya memang subur!
Sebenarnya dah lama nak share cara saya tanam ketumbar. Saya pakai biji ketumbar yang kat dapur tu .
Ini cara nak tanam
-1 gengam biji ketumbar buat masak
-Rendam 5 jam
-Tabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah compost kalau di Malaysia) -lepas buat batas, benih jangan tekan ke dalam tanah, just tabur -Ambik gengaman tanah lain tabur nipis je untuk tutup lapisan atas. then siram -terus letak dalam panas terik selepas semai, tak perlu letak tempat redup. Note: siram selalu ketumbar suka air, tapi jangan sampai air bertakung
Selamat mencuba! Senang dah, tak daun ketumbar petik je di halaman rumah.
Perut yang buncit selepas melahirkan anak memang menjadi satu masalah buat ibu-ibu selepas bersalin. Adakalanya boleh jadi tertekan bila mana semua pakaian mula sangkut pada bahagian perut. Mulalah hilang rasa yakin pada diri sendiri, apa lagi depan suami.
Berdiet memang nampak mudah tetapi nak melaksanakannya memang memerlukan kegigihan yang tinggi. Nak lagi kalau ibu sedang menyusukan badan. Macam mana nak berdiet?
Selain usahakan cara berdiet secara perlahan-lahan, anda boleh juga amalkan petua tradisional. Petua yang dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim ini boleh juga ibu-ibu cuba. Nampak mudah dan ringkas. Hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Jom cuba petua yang dikongsikan olehnya ini.
PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Kak Ju nak kongsi dengan korang jamu homemade ni. Bahan bahan depan mata kita je. Tak susah pun nak buat. Yang penting jimat dan berkesan. Rajin dengan malas je. Betul tak?
Bahan-bahan:
3 sudu halba (direndam selama 2 minit)
3 cm halia (kalau ada halia muda lagi elok)
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Toskan halba yang direndam tadi.
2. Masukkan kesemua bahan dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.
3. Kemudian gentel bulat-bulat kecil macam maajun .
4. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Khasiatnya perut akan jadi kempis dan angin dalam badan pun akan hilang.
Ibu mengandung tidak sesuai. Ibu menyusu sesuai amalkan jamu ni bila anak dah hilang kuning (jaundis) dulu.
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
Ada sesetengah orang suka sangat kunyah ais, kruk krak kruk krak bunyinya macam sedang makan keropok dibuatnya.
Pun begitu, jangan terlalu seronok hingga ‘ketagih’ mengunyah ais, ada kesannya pada kesihatan. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh doktor ini.
TABIAT MENGUNYAH AIS BATU
Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya. Malah, ia mungkin menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan. Kebanyakan yang mengunyah ais ini ingin berasa lebih segar dan membantu mengelakkan mulut kering. Walau bagaimanapun, tanpa anda sedari tabiat itu mungkin menyebabkan masalah kesihatan tertentu.
Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais. Keinginan boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan. Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica. ‘Pica’ adalah satu terma perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya. Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagophagia boleh menjejaskan juga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
FAKTOR KEINGINAN MENGUNYAH AIS
1) Kekurangan zat besi (Anemia)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil cukup zat besi (8-18 mg zat besi sehari) jarang mengalami pagophagia. Orang yang kekurangan zat besi didapati mengalami keradangan lidah dan ais dapat mengurangkan keradangan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila kekurangan zat besi dirawat, katagihan ais juga akan pulih.
2) Masalah emosi
Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.
3) Dehidrasi
Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais. Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga. Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas. Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap. Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu mendapatkan rawatan segera.
KESAN SAMPINGAN PAGOPHAGIA
Mengunyah dan menghisap ais tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius. Walau bagaimanapun apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh dialami. Terdapat sekurang-kurangnya 4 kesan sampingan akibat ketagihan ais ini:
1. Mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah. Anda boleh mengalami kerosakan gigi. Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang anda kunyah boleh menjejaskan rawatan ini. Bahagian kiub ais yang tajam juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.
2. Anda berisiko tersedak kiub ais masuk ke dalam paru-paru (choking)
3. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.
4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais yang kerap dan dilakukan di tempat-tempat awam ini dianggap sebagai tabiat buruk. Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan orang lain akan menganggap ianya satu tabiat yang pelik.
Mengambil air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah tidak benar sama sekali. Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, sakit mulut, loya dan muntah.