Menu ayam goreng kunyit, menu ringkas yang bukan sahaja anak-anak menggemarinya malah kita sebagai orang dewasa juga cukup menyukai menu nan satu ini. Apatah lagi jika dimakan bersama sambal dan kicap lemak manis. Cukup sempurna gabungan rasanya!
Pun begitu, sering juga kita berasa hampa saat menyediakan menu ini bila mana rasanya tidak sebagaimana dijual digerai-gerai. Mungkinkah ada ramuannya yang tersendiri?
Membongkar apakah ramuan dan cara memasak hingga dapat menghasilkan rasa ayam goreng kunyit yang enak, perkongsian daripada Haja Saleh ini diharap dapat membantu.
Ayam goreng kunyit mudah, sedap !
Lama betul tak share resipi kan. Ayam Goreng kunyit ni kira feveret anak anak termasuklah bapak dia sekali, senang cepat tapi tetap sedap!
Jom cuba resipi ni
Bahan bahan untuk ayam
Ads
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu Banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya)
Cara caranya:
Ads
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
Ads
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah agak halus bahan-bahan kat atas boleh masak sekejap atas API. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap Dalam 5-8 minit.
Siap!
Boleh makan dengan nasi panas renjis-renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Menu yang manis berlemak ini memang diakui menjadi makanan yang digemari oleh anak-anak. Bahkan kita orang dewasa juga tidak terkecuali, turut sama melayan selera. Umpanya Jagung Manis Leleh ini, tidak tertahan rasanya untuk segera dijamah andai terhidang di depan mata. Nampak cukup menyelerakan!
Tambahan pula berbeza cara penyediaannya, jika sebelum ini jagung hanya direbus atau dibakar, tapi dengan menyediakan resipi seperti yang dikongsikan oleh Nor Ashima Mohd Utama ini memberi variasi untuk anda sekeluarga menikmati jagung dengan penuh berselera.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita buat dan nikmati keenakan rasanya.
Resepi Jagung Manis Leleh
5 biji jagung- potong 2@3 ikut pada kesukaan anda nak kecik ke besar.
5 sudu besar tepung kastard
1 cawan susu pekat manis (KLIK link untuk beli online)
1 tin susu cair
Sedikit garam
Cara Buat:
– Rebus jagung tanpa garam dan gula. Kalau tak nanti jagung mudah kecut. Tak cantik.
– Jagung yang telah masak elok, angkat tos letak tepi. Tinggalkan sedikit sahaja air rebusan jagung. (Dalam 3,4 cawan sahaja).
– Perlahankan api,masukkn susu cair. Bila nak mendidih sedikit, masukkn susu pekat dan sedikit garam (1 sudu teh).
– Dah mendidih elok, masukkan tepung kastard. Kacau sampai pekat ikut pada citarasa anda nak, jika terlalu pekat tambah air panas sedikit. *sentiasa kacau ye selepas masukkan tepung kastard.
– Manis dan pekat ikut pada citarasa masing-masing ye, kalau saya nak manis lemak baru best
– Dah siap! Kalau yg suka chesse boleh tambah chesse last sekali ye.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Resipi bergedil memang enak di makan dan bolehlah dikatakan antara resipi yang paling ringkas untuk disediakan. Pun begitu, ada juga yang melalui pengalaman begedil yang digoreng pecah dan ini menyebabkan nampak tidak menyelerakan bila dihidang.
Untuk itu, apa kata anda sediakan bergedil daging yang dikongsikan ini dan untuk memudahkan anda turut dikongsikan langkah demi langkah untuk penyediaannya.
Selamat mencuba.
1.Panaskan minyak, tumis 1 biji bawang besar yang dihiris nipis gitu. Biar sampai kekuningan.
2. Masuk 1 mangkuk daging yang dikisar. Anggaran 200 gram gitu. Kacau dan kacau biar sedikit masak.
3. Masuk sedikit garam ikut citarasa. Kemduian masuk pula 1 sudu besar lada sulah. Kacau dan kacau lagi hingga sebati.
4. Dah kering gini boleh tutup api. Ketepikan dulu.
5. Ambil 2 atau 3 biji ubi kentang, dibuang kulit dan potong sederhana nipis. Kemudian panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
6. Angkat kentang dan toskan. Masuk dalam mangkuk yang bersesuaian dan boleh lenyekkan.
7. Dalam mangkuk yang sama, satukan semuanya bahan-bahan ini.
2 pokok daun sup dan bawang.(hiris halus)
2 biji cili merah. (hiris halus)
1 genggam bawang goreng.
2 sudu besar lada sulah.
Daging yang dimasak tadi.
Kemudian gempal-gempalkan. Ikutla nak corak bujur ke, bulat ke. Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau. Celup bola-bola cinta tadi dalam telur.
8. Panaskan minyak dan goreng. Biar sampai masak dulu, baru balik-balikkan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Siapa sangka benjolan kecil pada payudara kanan selepas melahirkan anak sulung tiga tahun lalu rupa-rupanya kanser yang menyebabkan wanita ini koma. Benjolan tersebut dikatakan hilang setelah berubat secara tradisional.
Walau bagaimanapun selepas hamil anak kedua,ia timbul semula yang disangka ‘bengkak susu’ namun semakin membesar sebelum disahkan kanser.
Dalam kegembiraan pasangan ini menerima orang baru dalam rumah tangga, mereka diduga dengan ujian yang cukup berat. Saya gembira menerima cahaya mata baru, namun pada masa sama, hati sayu melihat keadaan isteri yang terlantar koma,” kata Muhammad Hairi Ramli, 27.
Muhammad Hairi berkata, isterinya, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung pada bulan lalu, malah difahamkan sel barah itu telah merebak ke bahagian tulang belakang.
Katanya, keadaan isteri menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan ketika itu, dilahirkan melalui pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
“Lebih menyedihkan, anak bongsu kami yang kini berusia 10 hari dan akan diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang.
“Hati saya sebak setiap kali melihat wajah anak bongsu yang baru dilahirkan, masih belum dapat menikmati belaian seorang ibu.
“Jauh di sudut hati, saya berharap keajaiban akan berlaku dan isteri boleh menyusukan bayi kami apabila sedar nanti,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Kubang Siput.
Menceritakan lanjut, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, isteri mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan tetapi lama-kelamaan ia hilang susulan berubat secara tradisional.
“Namun ketika mengandungkan anak kedua kami, benjolan pada payudara sebelah kanan timbul semula. Benjolan itu kemudian semakin membesar dan menyakitkan tetapi pada awalnya, disangkakan ia hanya ‘bengkak susu’
“Pada awal kehamilan, isteri sangat cergas. Bagaimanapun apabila kandungan berusia lapan bulan, saya melihat isteri cepat penat dan lesu yang dianggap mungkin kerana beliau sedang sarat.
“Namun, saya melihat keadaan isteri semakin teruk lalu cuba memujuknya untuk mendapatkan rawatan di hospital dan beliau akur. Selepas beberapa siri ujian dilakukan, doktor yang merawat mengesahkan benjolan itu adalah kanser.
“Ketika itu, luluh hati saya dan hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya nyawa kedua-dua mereka yang amat disayangi itu dapat diselamatkan,” katanya.
Muhammad Hairi berkata, berikutan beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjenguk keadaan isteri, anak sulung berusia dua tahun, Muhammad Hairil Hafsya kini dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Kok Keli, Tumpat.
“Bagi memudahkan urusan menjaga anak bongsu yang baru dilahirkan pula, ibu saya, Hazimah Harun, 50, kini tinggal bersama-sama untuk menguruskan keperluannya.
“Pada masa sama, saya buntu memikirkan keadaan kewangan kami sekeluarga kerana sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hilang punca pendapatan dan kini hanya mengharapkan simpati adik-beradik serta saudara-mara lain. “Namun, sampai bila saya perlu bergantung harap pada mereka untuk meneruskan hidup? Oleh itu, saya akan berusaha memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar sekurang-kurang boleh meringankan beban ditanggung,” katanya.
Kisah Noor Athirah turut dikongsikan oleh sepupunya menerusi laman facebooknya .
Kepada sesiapa sahaja yang sudi memberi Bantuan Kewangan bolehlah menyalurkan Bantuan tersebut melalui Akaun Bank pesakit. Bank Islam Malaysia (03120020182482) NOOR ATHIRAH BINTI MOHD ARIF seperti di Gambar tsb @ boleh menghubungi suami beliau *ERY* di talian (011-64845596).
Semoga ALLAH S.W.T terus merahmati dan memberkati seluruh hamba2nya di Dunia juga di Akhirat. In Shaa Allah. Aamiin