Siapa sangka benjolan kecil pada payudara kanan selepas melahirkan anak sulung tiga tahun lalu rupa-rupanya kanser yang menyebabkan wanita ini koma. Benjolan tersebut dikatakan hilang setelah berubat secara tradisional.
Walau bagaimanapun selepas hamil anak kedua,ia timbul semula yang disangka ‘bengkak susu’ namun semakin membesar sebelum disahkan kanser.
Dalam kegembiraan pasangan ini menerima orang baru dalam rumah tangga, mereka diduga dengan ujian yang cukup berat. Saya gembira menerima cahaya mata baru, namun pada masa sama, hati sayu melihat keadaan isteri yang terlantar koma,” kata Muhammad Hairi Ramli, 27.
Muhammad Hairi berkata, isterinya, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung pada bulan lalu, malah difahamkan sel barah itu telah merebak ke bahagian tulang belakang.
Katanya, keadaan isteri menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan ketika itu, dilahirkan melalui pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
“Lebih menyedihkan, anak bongsu kami yang kini berusia 10 hari dan akan diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang.
Ads
“Hati saya sebak setiap kali melihat wajah anak bongsu yang baru dilahirkan, masih belum dapat menikmati belaian seorang ibu.
“Jauh di sudut hati, saya berharap keajaiban akan berlaku dan isteri boleh menyusukan bayi kami apabila sedar nanti,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Kubang Siput.
Menceritakan lanjut, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, isteri mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan tetapi lama-kelamaan ia hilang susulan berubat secara tradisional.
“Namun ketika mengandungkan anak kedua kami, benjolan pada payudara sebelah kanan timbul semula. Benjolan itu kemudian semakin membesar dan menyakitkan tetapi pada awalnya, disangkakan ia hanya ‘bengkak susu’
“Pada awal kehamilan, isteri sangat cergas. Bagaimanapun apabila kandungan berusia lapan bulan, saya melihat isteri cepat penat dan lesu yang dianggap mungkin kerana beliau sedang sarat.
“Namun, saya melihat keadaan isteri semakin teruk lalu cuba memujuknya untuk mendapatkan rawatan di hospital dan beliau akur. Selepas beberapa siri ujian dilakukan, doktor yang merawat mengesahkan benjolan itu adalah kanser.
Ads
“Ketika itu, luluh hati saya dan hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya nyawa kedua-dua mereka yang amat disayangi itu dapat diselamatkan,” katanya.
Muhammad Hairi berkata, berikutan beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjenguk keadaan isteri, anak sulung berusia dua tahun, Muhammad Hairil Hafsya kini dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Kok Keli, Tumpat.
“Bagi memudahkan urusan menjaga anak bongsu yang baru dilahirkan pula, ibu saya, Hazimah Harun, 50, kini tinggal bersama-sama untuk menguruskan keperluannya.
Ads
“Pada masa sama, saya buntu memikirkan keadaan kewangan kami sekeluarga kerana sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hilang punca pendapatan dan kini hanya mengharapkan simpati adik-beradik serta saudara-mara lain. “Namun, sampai bila saya perlu bergantung harap pada mereka untuk meneruskan hidup? Oleh itu, saya akan berusaha memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar sekurang-kurang boleh meringankan beban ditanggung,” katanya.
Kisah Noor Athirah turut dikongsikan oleh sepupunya menerusi laman facebooknya .
Kepada sesiapa sahaja yang sudi memberi Bantuan Kewangan bolehlah menyalurkan Bantuan tersebut melalui Akaun Bank pesakit. Bank Islam Malaysia (03120020182482) NOOR ATHIRAH BINTI MOHD ARIF seperti di Gambar tsb @ boleh menghubungi suami beliau *ERY* di talian (011-64845596).
Semoga ALLAH S.W.T terus merahmati dan memberkati seluruh hamba2nya di Dunia juga di Akhirat. In Shaa Allah. Aamiin
Pisahkan anak tempat tidur elak jejas hubungan suami isteri penting bagi memastikan keharmonian rumah tangga.
Oleh itu, dalam Islam telah menyediakan panduan bahawa memisahkan tempat tidur antara anak-anak adalah satu didikan ibu bapa kepada anak dalam menjaga batas auratnya walaupun sesama ahli keluarga. Hal ini juga bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga daripada fitnah atau terbangkitnya nafsu syahwat walaupun sesama adik-beradik.
Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Menerusi video yang berjudul “Pisahkan Anak Tempat Tidur Elak Jejas Hubungan Suami Isteri, Pakar Motivasi, Dr TengkuAsmadi” menjelaskan bahawa pentingnya memisahkan tempat tidur anak dari ibu bapa untuk menjaga kualiti hubungan suami isteri.
Dr. Tengku Asmadi, juga menyatakan bahwa kehadiran anak dalam ruang tidur boleh mengganggu privasi dan waktu intim antara suami isteri. Jika ia berterusan akan memberi kesan negatif sehingga menjejaskan hubungan pasangan.
Ikuti lanjut di VIDEO ini:
TIPS ASINGKAN BILIK TIDUR ANAK
1. Bilik tidur sendiri
Hias biliknya menjadi cantik dan kemas. Biarkan dia pilihkan cadar, warna cat bilik dan lampu tidur. Pendekata, minta dia pilih apa yang dia mahukan. Namun, sebagi ibu-bapa kita pun kena tengoklah samada sesuai ataupun tidak.
2. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!
3. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.
4. Kata-kata motivasi
Bukan mudah untuk anak tidur sendiri dalam biliknya, Ia mengambil masa juga. Beri dia pujian dan kata semangat kerana telah berjaya tidur di bilik sendiri. Dia akan berasa bangga kerana pujian dari kita dan bersemangat untuk malam seterusnya.
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik anak. Ada yang menggunakan pendekatan lembut tak kurang juga yang memilih cara yang tegas. Namun apa pun cara, itu adalah kerana mahu melihat anak-anak menjadi manusia berguna dan berjaya apabila dewasa kelak.
Bagi pelakon dan pelawak, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, bapanya seorang yang tegas dan ia menjadikannya lebih inspirasi untuk berjaya. “31 Disember setiap tahun, selamat ulang tahun Abah…
“Wajah yang bila aku lihat , terbayang, dah aku sentiasa ingat untuk membantu aku terus rasa semangat ..
Berkongsi kenangan dan kisah ketika waktu kecil, Achey dalam pada itu turut mendoakan kesejahteraan ayahnya
“Semoga abah terus dalam lindungan Allah, sentiasa sihat dan di berkati setiap detik yang abah lalui. Terima kasih mak kerana sentiasa di samping abah ..
“Aku ingat paip getah, kayu 2’4 , ekor anak pari, rotan halus, dan penampar sulong Abah yang menjadi inspirasi setiap langkah kejayaan ku kerana aku percaya ketika abah berbuat demikian dia semai dengan doa harapan untuk aku menjadi manusia yang baik.
“Walaupun hakikatnya anak abah ni kurang cerdik. Achey sayang abah!” jelas anggota kumpulan Bocey itu yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Achey memuat naik beberapa foto bapanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pagi celik je mata sudah tentu ada yang membuka aplikasi WhatsApp di telefon melihat sebarang perbualan daripada group ahli keluarga, group kerja, group bisnes atau individu.
Nyata betapa pentingnya aplikasi ini sebagai medium komunikasi masa kini. Malah, laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.
Sudah tentu menunjukkan bahawa aplikasi ini kerap digunakan kerana banyak kelebihannya antaranya mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat, perantaraan berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos.
Bermula November
Terkini bermula 1 November depan jutaan pengguna tidak boleh lagi mengakses mesej, gambar dan video selepas aplikasi WhatsApp menghalang akses ke beberapa model telefon pintar model lama.
Sebagaimana laporan Mirror dalam tempoh berbaki dua bulan, sebanyak 43 model telefon pintar melibatkan pengguna perisian Android dan iOS tidak boleh menikmati kemudahan yang disediakan perkhidmatan itu.
WhatsApp menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang selamat dan sulit tetapi mengumumkan perubahan yang sangat tidak popular terhadap kaedah mengendalikan data pengguna.
Di maklumkan bahawa dengan perubahan ini menyaksikan data pengguna diserahkan kepada syarikat swasta bagi membantu pemasaran.
Dalam pada itu, perubahan ini dilakukan setelah secara drastik berikutan tindak balas besar pesaing, Telegram yang sudah melepasi satu bilion jumlah muat turun.
Antara model telefon pintar yang tidak boleh lagi mengakses WhatsApp:
-Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2 -LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II -Sony Xperia -Huawei Ascend Mate and Ascend D2 -Apple iPhone SE, 6S, and 6S Plus
Keluarga: Apa lagi, kena ‘say good bye’ pada telefon legend anda. Habis semua group chat hilang. Ada lagi dua bulan lagi. Take note semua!
Seorang bayi lelaki yang tidak sempurna sifatnya terpaksa diuruskan jenazahnya dengan agak sukar selepas kerana dibekukan lebih dua minggu kerana gagal dituntut oleh bapanya.