Perkhabaran duka, apabila semalam, kita dikejutkan dengan pengarah, pelakon dan penerbit popular, AR Badul telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU) di Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung ekoran masalah salur darah di jantung tersumbat.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal bagi filem era 70-an dan 80-an termasuk filem-filem seperti Panglima Badol, Tuan Badul, Prebet Lapok, Darah Satria dan banyak lagi, kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.
Terdahulu, menurut isterinya, AR Badul atau nama sebenar Armaya Aman Ramlie, 70 tahun, mengadu sakit dada dan berpeluh sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 4 petang semalam (ahad).
Isterinya, memberitahu suaminya mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.
“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.
Ads
“Namun, saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.
“Setiba di IJN dan selepas pemeriksaan, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” ujar isterinya Maizatul Osman, 39
Ads
Foto Juita Johari
Masih dalam pemantauan doktor
“Alhamdulillah, selepas pembedahan kecil semalam, abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatkan di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, Insya-Allah dia akan dipindahkan ke wad biasa esok,”
Ads
Maizatul berkata, Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatannya.
Badul pernah merangkul trofi Aktor Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) kelapan pada 1989. Beliau juga meraih trofi Pelakon Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1989.
Kejadian buli di sekolah bukanlah perkara baru, bahkan semakin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja mendatangkan kesan fizikal, bahkan membuatkan pelajar yang dibuli menghadapi trauma.
Bagi yang takut untuk melaporkan atau memberitahu kejadian tersebut pada ibu bapa, maka sepanjang masa hidup dalam ketakutan. Orang yang membuli akan terus berbuat demikian. Lebih malang lagi, menyebabkan pelajar tersebut mengalami masalah emosi yang cukup kronik.
Demikian yang berlaku kepada seorang pelajar yang dikatakan baru berpindah ke sebuah sekolah. Kisah tersebut diceritakan oleh ibunya apabila si anak didakwa menjadi mangsa buli rakan-rakan sekelas. Menerusi gambar yang dimuatnaik, terdapat dua kesan tikaman pada dada mangsa sehingga mata pensel terbenam ke dalam.
Yang tadi saya terpadam?
Macaam Ni la.. Ibu2..ayah2..
Andai kata anak kita mengadu Di buli..
Anak kata duit kena ambik.. Anak. Kata tak selesa.. Anak rasa takut nak g sekolah.. Anak kita Tiba2 murah Dan Macam2 lagi perubahan..
Tolong la.. Tolong sgt2.. Jangan berdiam diri.. Jangan kata anak buang tebiat la.. Anak buat perangai la.. Tak Ibu2.. Kita silap.. Sebenarnya anak kita menyimpan seribu duka.. Kita pandang ringan soal anak2 kat sekolah sb kita rasa anak2 Selamat Di tangan guru2.. Tapi sebenarnya.. Anak kita sangat susah nak bersuara pada cikgu.. Dalam kes saya.. Nasib banyak bukti dari Kawan2 sekelas dia.. Kawan2 dia nampak apa Yang berlaku.. So kat sini kita tahu jalan cerita.. Baru dua minggu lepas kes anak saya kena buli.. Baru anak Nak baik trauma.. Mai pula kes ni Lagi.. Allah mak mana yang tak sedih semua.. Jadikan pengajaran buat semua..
Menurut Mell lagi, dia mendedahkan perkara tersebut kerana ia menjadi pengajaran kepada semua.
Ramai yang pm saya bertanya hal Sebenar yang berlaku.. Maaf saya tak sempat nk balas satu2..
Apa yang saya nak kongsikan di sini.. Semoga menjadi pengajaran buat semua.. Bukan suka2 saya nak share macam ni..
?2 minggu lepas masa suami ambik anak balik dari sekolah.. Anak dalam keadaan sedih menangis dan kotor.. Ayah dia tanya kenapa..dia bagi tau dia di buli.. Di tumbuk, di tendang.. Dan rakan2 lain ketawakan dia..bila di tanya kenapa kawan2 buat macam tu.. Anak bagi tau sebab dia pelajar baru??
?Kedua.. Ada budak boleh kata hari2 minta duit dia..ok anak saya ni selera makan memang seronok sangat. Saya bagi rm5 mesti habis.. Biasa dia akan makan 2 kali.. Dan beli air sekali.. Tapi saya nampak dia dalam 2 mingggu lepas daftar sekolah baru.. Balik je dia lapar yang macam tak makan apa2 lagi..rupanya duit belanja dia tinggal rm3.. Rm2 beli makan rm1.. Dia tak bagi tau saya sebab takut saya marah.. Ibu tak marah nak.. Ibu sedih lagi ada la..
?Kes tu saya maklum. Pada pihak skolah.. Anak dan budak yang selalu ambik duit tu pun di panggil.. Cikgu bagi nasihat dan anak saya kena sekali kena marah?.. So settle macam tu ja..
?Satu hari.. saya yang ambik anak kat skolah.. Sampai2 saja.. Ada sorang budak ni minta maaf kat saya.. Dan dia ganti rm2 kat anak saya.. Tu pun sebab cikgu suruh ganti.. Dia ambik berpuluh ringgit.. Ganti rm2 ja?.. Ok. Sy ni jenis pemaaf.. Kata takpe la saya halal dunia akhirat.. Dan pesan jangan buat lagi.. Saya nampak dia serik..
Tiba2.. Dia bersuara.. Makcik.. Yang pukul anak makcik bukan saya tapi dia(yang buat anak saya hari ni).. Saya tengok budaknya pendiam.. Sepatah pun tak. Kata.. Saya tanya betul ke kamu. Buat anak makcik.. Dia angguk mengaku.. Dengan lembut saya pesan.. Jangan buat lagi ya.. Sian. Anak. Makcik.. Dia baru lagi tak dak kawan.. Ok.. Habis kat sini saya ingat dah takde dah..
?Harini saya g pekan rabu dengan suami.. Dalam perjalanan nak balik, sekolah call. Minta datang sekolah dan bawa anak ke hospital.
?Setibanya saya kat sekolah.. Saya tengok anak saya dengan baju Terbuka sedang duduk dan menggerang kesakitan??masa ni saya tak tau lagi anak sakit apa.. Yang saya tahu anak saya menangis dan saya sekali datang perasaan geram yang rasa nk tengking siapa yang ada kat situ. Di penjuru meja.. Saya tengok ada seorang budak lelaki yang saya kenal sangat siapa dia.. Ya.. Dia la yang saya nasihat dengan lembut sebelum ni..
?Cikgu tanya betul ke kamu buat qayyum..dia kata ya.. Ya allah nak luruh jantung saya..saya terdengar cikgu kata.. Depa ni main gurau2.. Tu sampai jadi macam ni.. Saya kata gurau!!!!!!!!
Tak cikgu ni bukan gurau.. Sebab buli ni dah berulang.. Saya tanya anak macam mana boleh jadi..
Anak cerita.. Kisahnya dia dah siap buat kerja yang cikgu dah bgi.. So anak say dah siap.. Dia nak hantar la.. So budak tu. Kata jap.. Jangan hantar dulu.. Tapi anak saya nak hantar juga sebab takut kena marah.. Dari situ la. Budak tu buat.. Pertama.. Dia buat dengan pensil yang tumpul.. Tapi tetap tembus dan ada kesan kat dada anak saya.. Tak habis kat situ.. Dia ambik pensil yang lebih tajam terus tetusuk kat dada.. Siap budak tu kata nak bunuh dengan padan muka??
?Nasib kawan2 dia terus panggil cikgu… Ibu2.. Ibu2 nampak benda ni. Kecil je. Kan.. Tapi tak… Kesan dia. Sangat2 dalam.. Moga dijadikan pengajaran buat semua.. Sekian..
Saya share ni bukan untuk menunding jari ke mana2 pihak.. Sy berkongsi hanya untuk Di jadikan pengajaran buat semua.. Kita sebagai mak ayah kena peka Dan jadi pendengar masalah anak2 kita.. Alhamdulillah semuanya dapat Di selesaikan dengan cara baik.. Pihak WARIS pelajar tu pun dah buat pemohonan maaf kepada kami.. So ambik sebagai ikhtibar Di masa Akan datang buat semua.
Dan walaupun kecederaan tak la seteruk mana.. Tapi sebaiknya kita bagi kata semanggat buat anak Kita.. Setakat ni.. Anak hanya takut untuk ke sekolah.. Harap2 esok dia nak sekolah seperti biasa.. Dan. Alhamdulillah anak saya dalam. Keadaan Ok.. Doc cuma minta saya tengok2.. Andai Kata 2 3 harini ada sakit dada.. Muntah2 atau lain2.. Saya kena p semula. Jumpa. Doc.. Sebab doc tak tau mata pensil tu tertusuk sedalam mana..
Doakan yang baik2 buat anak2 saya Dan. Anak2 kita semua.. Terima kasih.
Satu kewajipan! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang berkongsi momen bahagia mereka kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menerusi Instagram, kedua mereka memuat naik video ketika pembayaran zakat perniagaan. Bukan biasa-biasa tetapi satu nilai yang cukup besar iaitu lebih RM1 juta.
Difahamkan Aeril dan Wawa membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hasil perniagaan yag mereka jalankan pada tahun ini.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga.
“Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Seseorang tidak akan jatuh miskin sekiranya bersedekah di jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian pasangan selebriti ini turut mendapat pujian ramai. Bukan dikatakan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mampu menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Tanggal 21 Mac adalah merupakan hari istimewa bagi meraikan mereka yang menghidapi sindrom down di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, kami kongsikan kisah seorang ibu yang dianugerahkan anak syurganya yang bernama Muhammad Aqmar Bin Muhammad Amin, 12 tahun dan kini bersekolah di Ppdk Tunas Sri Teruntum.
5 KEHAMILAN 5 PERASAAN BERBEZA
Anak sulungku Down Syndrome. Kelahiran pada usiaku 26 tahun. Aku mengetahuinya setelah anakku ke luar ke dunia dengan masalah jantung dan tandatanya mengapa bayiku tidak diserahkan kepadaku untuk disusukan. Allah tidak mengujiku semasa kehamilan. Hanya cabaran muntah teruk dan hamil bersendirian di Borneo tanpa suami dan keluarga disisi. (2006-2007).
CABARAN SELEPAS LAHIR ADALAH TENTANG PERANCANGAN KELUARGA
Hari pertama kelahiran, dengan anak yang tiada disisi, terus dihujani dengan pertanyaan nurse ” macam mana awak nak buat perancangan keluarga selepas ni?”. Pertanyaan yang tak terjawab sebab 3 orang doktor berlari-lari menemuiku di katil pesakit dan menyatakan, “ibu, anak ibu abnormal”.
2 minggu kemudian, datang appoinment doktor seterusnya untuk lihat perkembangan bayi dan penerimaan ibu bapa. Ditanya juga tentang perancangan keluarga.
Ketika usia anakku 10 bulan, kami dirujuk kepada pakar O&G tentang perancangan kehamilan dan risiko yang wujud. Bertekak juga dengan doktor, kalau Allah bagi rezeki bukan kami nak tolak. Kami tak menggunakan apa-apa perancang keluarga pada masa tu.
Ini baru anak pertama. Keinginan menambah anak memang ada. Tapi bagi ibu yang punya anak DS pastinya ada trauma untuk mengandung lagi. Takut-takut kandungan seterusnya mengalami nasib yang sama. Macam mana perkembangan anak istimewa kalau mempunyai adik lagi. Adakah perkembangannya akan terabai. Ada pro and kontra kalau menjarakkan kehamilan atau mendapatkan anak dalam tempoh terdekat.
Kalau jarakkan kehamilan, tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada anak istimewa. Kalau dapat adik awal, ia dapat membantu perkembangan si abang dalam sama-sama bersaing dan membantu abangnya. Ada juga keluarga yang berjaya meningkatkan potensi perkembangan anak istimewa dengan kelahiran yang dekat. Yang pasti aku tak mau hamil bila usiaku 35 tahun. Risikonya nanti lebih besar.
KEHAMILAN SETERUSNYA
Ditakdirkan Aqmar 11 bulan, aku mengandung lagi. Ketika appoinment dengan Pakar Paediatrik Hospital Likas ketika usia kandungan ke2 12 minggu aku menyatakan aku mengandung.
Terus Pakar Paediatrik menghubungi Pakar O&G dan petang itu juga aku perlu berjumpa segera dengan Dr. Carol Lim untuk pemeriksaan lanjut. Urusan temujanji dari hospital dan hospital yang sama cepat dah mudah. Dr. Carol bersyukur kerana belum mencecah 13 minggu. 13 minggu adalah minggu terakhir jika aku ingin buat ujian darah untuk saringan abnormaliti. Darahku di ambil di Sabah dan akan dihantar ke Lab di KL. Bayarannya RM300 ketika itu. First Trisemester Screening untuk mengetahui 3 masalah genetik utama melibatkan kromosom 21, 18 dan 13. Down’s Syndrome, Edward’s Syndrome dan Patau’s Syndrome.
Hasil blood test menunjukkan ratio aku untuk mendapatkan anak DS pada kehamilan ke 2 rendah. Walaupun ratio aku untuk mendapatkan anak DS 2 kali ganda daripada wanita normal tapi tidak perlu dirisaukan. Detail scan dibuat. Bilangan tulang tengkuk dikira.. cukup, ketinggian batang hidung, jarak ibu jari kaki diperiksa. Keadaan jantung sama berlubang atau tidak diperiksa, begitu juga dengan clef bibir. Itu prosedur yang kulalui dari kandungan 13 minggu hingga 9 bulan.
Jika aku nak kepastian YA @ TIDAK anak itu DS, aku boleh buat test air ketuban. Tapi Dr. Carol tidak galakkan sebab risiko untuk gugur jika buat Test Air Ketuban adalah 1:250 akan gugur. “kita takut yang gugur itu normal”. Begitu prihatin Dr. Carol dalam hal menjaga nyawa.
Dari awal pertemuan dengan Dr. Carol, aku diterangkan semua prosedur yang dibuat hanya 99% pasti. 1% lagi ketentuan Tuhan. Dr. Carol mengingatkan ” NO LEGAL ABORTION FOR DOWN SYNDROME IN MALAYSIA”. Walaupun ada negara lain di dunia membenarkan. Di Malaysia, jika kandungan tidak mengancam nyawa ibu atau anak, tidak boleh digugurkan. Down Syndrome boleh hidup. Kalau betul anak itu sah DS, hanya kaunseling yang akan diberikan.
Jadi, sepanjang kehamilan, aku berdoa tak putus-putus walaupun kadang-kadang ada night mare juga terutamanya bila menginjak 8 bulan. Alhamdulillah kandungan ke2 ku normal dan begitu juga dengan kehamilan ku seterusnya.
Anak-anak mama.. dari kandungan lagi mama ajar kamu menerima abang istimewa kamu seadanya. Mama tak akan membebankan kamu untuk menjaga abang kamu. Anak-anak mama akan mama pastikan dapat mengejar impian kamu masing-masing.
Terima kasih kerana memahami mama, abah dan abang kamu. Tiada beza pun kita disisi Tuhan tetapi kedudukan abang kamu lebih istimewa. Maafkan mama seringkali mama tak mampu buat yang terbaik untuk kalian.