Tanggal 21 Mac adalah merupakan hari istimewa bagi meraikan mereka yang menghidapi sindrom down di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, kami kongsikan kisah seorang ibu yang dianugerahkan anak syurganya yang bernama Muhammad Aqmar Bin Muhammad Amin, 12 tahun dan kini bersekolah di Ppdk Tunas Sri Teruntum.


5 KEHAMILAN 5 PERASAAN BERBEZA

Anak sulungku Down Syndrome. Kelahiran pada usiaku 26 tahun. Aku mengetahuinya setelah anakku ke luar ke dunia dengan masalah jantung dan tandatanya mengapa bayiku tidak diserahkan kepadaku untuk disusukan. Allah tidak mengujiku semasa kehamilan. Hanya cabaran muntah teruk dan hamil bersendirian di Borneo tanpa suami dan keluarga disisi. (2006-2007).

“Bila Anak Sulongku Down Syndrome!” Ibu Ni Kongsi Pengalamannya Untuk Info Bersama!

CABARAN SELEPAS LAHIR ADALAH TENTANG PERANCANGAN KELUARGA

Hari pertama kelahiran, dengan anak yang tiada disisi, terus dihujani dengan pertanyaan nurse ” macam mana awak nak buat perancangan keluarga selepas ni?”. Pertanyaan yang tak terjawab sebab 3 orang doktor berlari-lari menemuiku di katil pesakit dan menyatakan, “ibu, anak ibu abnormal”.

2 minggu kemudian, datang appoinment doktor seterusnya untuk lihat perkembangan bayi dan penerimaan ibu bapa. Ditanya juga tentang perancangan keluarga.

Ketika usia anakku 10 bulan, kami dirujuk kepada pakar O&G tentang perancangan kehamilan dan risiko yang wujud. Bertekak juga dengan doktor, kalau Allah bagi rezeki bukan kami nak tolak. Kami tak menggunakan apa-apa perancang keluarga pada masa tu.

IKLAN

Ini baru anak pertama. Keinginan menambah anak memang ada. Tapi bagi ibu yang punya anak DS pastinya ada trauma untuk mengandung lagi. Takut-takut kandungan seterusnya mengalami nasib yang sama. Macam mana perkembangan anak istimewa kalau mempunyai adik lagi. Adakah perkembangannya akan terabai. Ada pro and kontra kalau menjarakkan kehamilan atau mendapatkan anak dalam tempoh terdekat.

Kalau jarakkan kehamilan, tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada anak istimewa. Kalau dapat adik awal, ia dapat membantu perkembangan si abang dalam sama-sama bersaing dan membantu abangnya. Ada juga keluarga yang berjaya meningkatkan potensi perkembangan anak istimewa dengan kelahiran yang dekat. Yang pasti aku tak mau hamil bila usiaku 35 tahun. Risikonya nanti lebih besar.

“Bila Anak Sulongku Down Syndrome!” Ibu Ni Kongsi Pengalamannya Untuk Info Bersama!

KEHAMILAN SETERUSNYA

IKLAN

Ditakdirkan Aqmar 11 bulan, aku mengandung lagi. Ketika appoinment dengan Pakar Paediatrik Hospital Likas ketika usia kandungan ke2 12 minggu aku menyatakan aku mengandung.

Terus Pakar Paediatrik menghubungi Pakar O&G dan petang itu juga aku perlu berjumpa segera dengan Dr. Carol Lim untuk pemeriksaan lanjut. Urusan temujanji dari hospital dan hospital yang sama cepat dah mudah. Dr. Carol bersyukur kerana belum mencecah 13 minggu. 13 minggu adalah minggu terakhir jika aku ingin buat ujian darah untuk saringan abnormaliti. Darahku di ambil di Sabah dan akan dihantar ke Lab di KL. Bayarannya RM300 ketika itu. First Trisemester Screening untuk mengetahui 3 masalah genetik utama melibatkan kromosom 21, 18 dan 13. Down’s Syndrome, Edward’s Syndrome dan Patau’s Syndrome.

Hasil blood test menunjukkan ratio aku untuk mendapatkan anak DS pada kehamilan ke 2 rendah. Walaupun ratio aku untuk mendapatkan anak DS 2 kali ganda daripada wanita normal tapi tidak perlu dirisaukan. Detail scan dibuat. Bilangan tulang tengkuk dikira.. cukup, ketinggian batang hidung, jarak ibu jari kaki diperiksa. Keadaan jantung sama berlubang atau tidak diperiksa, begitu juga dengan clef bibir. Itu prosedur yang kulalui dari kandungan 13 minggu hingga 9 bulan.

Jika aku nak kepastian YA @ TIDAK anak itu DS, aku boleh buat test air ketuban. Tapi Dr. Carol tidak galakkan sebab risiko untuk gugur jika buat Test Air Ketuban adalah 1:250 akan gugur. “kita takut yang gugur itu normal”. Begitu prihatin Dr. Carol dalam hal menjaga nyawa.

IKLAN

Dari awal pertemuan dengan Dr. Carol, aku diterangkan semua prosedur yang dibuat hanya 99% pasti. 1% lagi ketentuan Tuhan. Dr. Carol mengingatkan ” NO LEGAL ABORTION FOR DOWN SYNDROME IN MALAYSIA”. Walaupun ada negara lain di dunia membenarkan. Di Malaysia, jika kandungan tidak mengancam nyawa ibu atau anak, tidak boleh digugurkan. Down Syndrome boleh hidup. Kalau betul anak itu sah DS, hanya kaunseling yang akan diberikan.

Jadi, sepanjang kehamilan, aku berdoa tak putus-putus walaupun kadang-kadang ada night mare juga terutamanya bila menginjak 8 bulan. Alhamdulillah kandungan ke2 ku normal dan begitu juga dengan kehamilan ku seterusnya.

“Bila Anak Sulongku Down Syndrome!” Ibu Ni Kongsi Pengalamannya Untuk Info Bersama!

Anak-anak mama.. dari kandungan lagi mama ajar kamu menerima abang istimewa kamu seadanya. Mama tak akan membebankan kamu untuk menjaga abang kamu. Anak-anak mama akan mama pastikan dapat mengejar impian kamu masing-masing.

“Bila Anak Sulongku Down Syndrome!” Ibu Ni Kongsi Pengalamannya Untuk Info Bersama!

Terima kasih kerana memahami mama, abah dan abang kamu. Tiada beza pun kita disisi Tuhan tetapi kedudukan abang kamu lebih istimewa. Maafkan mama seringkali mama tak mampu buat yang terbaik untuk kalian.

sumber : Noriza Hashim 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI