Memang mudah nak makan jika ibu ayah bagi anak main gajet, tapi kena tahu kesannya. Apa pun, seeloknya didik anak adab masa makan, bukannya asyik main gajet.
Ikuti luahan hati ibu ni Liyana Raya yang dipaparkan di laman facebooknya.
………………………………………………………………
Tolonglah…. WAKTU MAKAN BUKAN WAKTU YANG SESUAI UNTUK TENGOK GADGET!
Bab tengok gadget ni saya takde masalah sangat….
Tapi kalau dah salahguna gadget waktu anak sepatutnya menjalankan rutin harian UTAMA dan ASAS seperti makan…..
Ads
Maka HENTIKANLAH!
Rimas sungguh saya tengok di mana2 saja……. anak2 kecil tengok gadget masa makan. Ni bukan kat KL je tau,satu Malaysia benda ni dah berleluasa!!!!
Masa makan kot…. banyak adab nak ajar anak kecil tu! Banyak kemahiran nak ajar anak kecil!
Islam dah menggariskan adab masa makan yg sepatutnya buat apa: ✏️Sebelum makan basuh tangan. ✏️Baca doa makan. ✏️Makan pakai tangan kanan. ✏️Ambil makanan dekat dulu kemudian yg jauh. Utk anak kecil,time dia nak yg jauh,boleh ajar dia meminta naaaakkk….. ✏️Makan dengan mulut tidak berbunyi. ✏️Makan dengan tertib dan teratur. ✏️Makan dlm keadaan duduk.
Dah kalau asal masa makan je,anak hadap gadget,apa adab masa makan yg anak belajar?
Ads
Kemahiran motor halus yang dapat memberi manfaat kpd anak masa makan: ✏️Kekuatan jari jemari: Anak mencubit makanan,mengoyak,menggenggam——> benda asas utk kekuatan jari jemari mcm ni kalau anak dapat,bila sampai masa utk menulis nanti,dah mudah nak menulis tau! ✏️Koordinasi tangan dan mata: Masa makanlah masa yg sesuai utk anak tracking makanan yg jatuh tu kat mana,nak ambil makanan dengan cara mencapai,menggenggam,pusing tangan dan banyak lagi. Ni kemahiran ni penting time nak menulis esok—->nak track setiap perkataan dan huruf yg tertulis di papan hitam tu dah mudah.
Kalau tengok gadget,anak touch screen tu pakai satu jari je. Apa yg anak dapat dengan sentuh benda alah tu dengan satu jari????? Kemahiran apa yg anak dapat? Mai tolong habaq sat!
Kemahiran pengurusan tingkah laku ketika makan: ✏️Ini memang kena kerjasama mak dan ayah. Masa makan kena duduk. Utk anak kecil di bawah 2 tahun,masa makan biasanya mereka suka bergerak. Tak payah kejar sangat. Anda duduk banyak takpe. Sampai masa nak suap makan,anda gerak ke arah anak dan suap sambil panggil namanya. ✏️Kalau anak suka sangat nak bergerak dan mak ayah susah nak makan,berkorbanlah sekejap… sorang makan dulu sorang lagi layanlah anak sementara pasangan tengah makan. Tak rasa enjoy makan sama2? Tak payah la fikir sangat nak enjoy kalau dah ada anak. Sendiri yg nak anak kan… maka kena la berkorban apa saja. Kalau rasa tak sanggup nak berkorban tahap mcm ni,tak payah ada anak! Setel masalah. Lagipun nak susah sekejap time anak masih kecil je…nikmatilah saat kejar mengejar anak mcm ni …. bukan seumur hidup! Nak ajar anak berdikari mcm mana dah kalau tak sanggup nak berkorban sampai mcm ni sekali???? ✏️Tingkah laku mendengar arahan dan fokus terhadap rutin dapat dibentuk pada ketika ini. Pada waktu inilah,anak belajar utk fokus. Fokus bukan bermaksud duduk diam. Fokus di sini adalah fokus kpd apa yg dimakan,bagaimana nak makan,mengeksplorasi tekstur dan kepelbagaian rasa makanan membantu kebolehan mendengar arahan dan fokus pada ketika ini.
Ads
Dah kalau time makan tengok gadget,pemikiran anak fokus kat gadget… dah tu bila masa nak fokus kpd perkara yg lebih besar dlm hidup kalau fokus kpd rutin harian pun dah terjejas mcm ni? Bila kat sekolah,cikgu complaint anak tak fokus,nak melenting pulak kat cikgu???? Ewah ewah… awak tu yg buat anak jadi tak fokus,cikgu pulak yg kena! Sendiri punya anak,sendiri la yg latih mcm mana! Setakat benda rutin harian mcm ni pun tak reti nak adjust dan latih anak,jangan salahkan org lain pulak! Segalanya bermula dari rumah ya. Dari kita ibu dan ayah si anak. Bukan dari org lain. ✏️Bila anak fokus kpd makanan,anak dapat menikmati makanan. Bila dia rasa nikmatnya makanan ni…. baru dia rasa tenang dlm hidup. Org yg tak tenang masa makan,tak enjoy rasa makanan…..tak nikmat hidup sebab kita hidup ni kena rasa banyak benda yg ada. Sia2 je hidup ni digunakan utk tengok gadget. Lebih baik menikmati makanan,baru ada feel nak hidup.
Waktu makan waktu yg sesuai utk latih oral motor anak: ✏️Saya tiada sekatan dlm memberikan anak makan dan explore kepelbagaian dan tekstur makanan sebab dengan cara inilah,saya tahu… otot mulut anak berfungsi dengan baik. ✏️Anak yang melalui proses makan tanpa gadget amat mudah nak bertutur dan berkomunikasi berbanding anak yg makan dengan gadget. ✏️Anak yg melalui proses makan tanpa gadget juga adalah anak yg jenis tidak memilih makan sangat. Bila anak makan dengan gadget,mereka tidak lihat sangat kpd apa yg disuap menyebabkan mereka akan mudah memilih utk sesetengah tekstur dan rasa makanan. Dah dia dok lihat gadget,tak lihat makanan…. memang tak nikmatlah nak rasa kepelbagaian rasa dan tekstur makanan.
Kuman masuk dlm mulut anak masa anak makan sepah2? Saya tiada masalah dlm bab ni. Sebab saya nak persiapkan anak utk kehidupan berdikarinya,jadi saya tak sekat kuman masuk badan sebab utk anak saya bertahan,dia kena develop ketahanan badan melawan kuman yg masuk. Besides,kuman menang ada di mana2. Setakat kuman asas masuk dan create antibodi melalui reaksi batuk demam selsema,saya tiada masalah. Kalau kuman asas ni anak saya dah hadapinya dengan baik melalui demam,maka utk kuman2 besar yg masuk nanti,anak saya boleh bertahan??org yg tak pernah allow anaknya kena jangkitan kuman hanya akan menyebabkan anaknya tiada ketahanan badan. Nak anak develop ketahanan,kena dedahkan juga dgn kuman2 tertentu. Anak yg tak didedahkan,tiada antibodi atau protection yg dpt diberikan kpd badannya utk lawan kuman2 tersebut maka sistem imunisasi anak mudah lemah. This is life. Suka atau tidak,terpulang. Saya nak prepare anak utk dlm setiap apa jua keadaan sekalipun,anak saya boleh survive. This is how i do it.
Eh,dah bagi baby makan fries? Saya respect ya setiap pemilihan ibu bapa utk bagi anak makan unhelathy or healthy food tu mcm mana. I have priority on what i do. Anak2 saya,sentiasa saya sediakan utk menghadapi keadaan yg teruk sekalipun supaya anak saya boleh survive. Dlm keadaan yg tiada makanan sihat suatu hari nanti,saya kena pastikan anak saya boleh makan banyak rasa dan tekstur makanan yg ada. Saya ada target dlm apa yg saya ingin capaikan. Jika anda target utk beri anak anda healthy food saja,saya respect but please jangan samakan saya dengan anda. Saya ada ilmu kenapa saya buat begini. Saya tahu mcm mana ototo mulut berfungsi,deria di setiap badan berfungsi,how do they develop into cognitive aspects sampai academic and mental health aspects. Saya tak pandang pada satu aspek sahaja…. again,point utama di sini adalah utk makan tanpa gadget.
Apa yg gadget boleh buat utk anak anda jika anda memilih utk bagi anak gadget ketika makan? Boleh fikirkan tak drpd apa yg saya dah tulis kat atas? Kalau makan kat kedai mcm disaster rasanya,mulakan dari rumah dahulu.
Tolong…. saya RIMAS tengok anak diberi gadget ketika makan. Begitu juga dengan ibu bapa on gadget ketika makan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melakukan kerja-kerja rumah bukanlah semudah yang disangkakan. Penatnya hanya Tuhan yang tahu.
Dari awal dinihari membawa ke tengah malam, urusan rumah tangga takkan pernah siap. Ketika meletakkan kepala dan tidur itulah waktu rehat buat seorang wanita bergelar suri rumah.
Bagi yang berkerja, keletihan berganda dirasai usai pulang dari kerja, perlu membereskan urusna rumah tangga.
Justeru, sebagai suami kena menghargai dan selalu ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah. Tidak perlu pakar seperti chef untuk memasak, memadai boleh menyediakan menu untuk hidangan seisi keluarga.
Atau jika tidak pandai memasak, boleh membantu isteri membasuh pakaian mahupun pinggan atau boleh juga mengemas.
Sebenarnya nak bahagiakan isteri yang penat bukanlah sesukar mana. Tidka perlu barangan mewah atau wang ringgit yang banyak. Tetapi pertolongan yang suami hulurkan adalah yang terbaik.
Shaza Baharuddin kongsikan 6 cara yang boleh para suami lakukan bagi meredakan tekanan isteri. Jom baca, moga bermanfaat untuk semua!
Catatan Shaza
Setiap isteri pasti merasa tertekan apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya. Begitu juga dengan suri rumah yang terpaksa membuat pelbagai kerja seawal membuka mata sehinggalah ketika masuk tidur. Bak kata orang, kerja suri rumah tidak pernah habis.
Saya juga tidak terkecuali maka saya hasilkan buku bertajuk 99 Stress Free Wife. Buku yang menceritakan kisah-kisah geram dengan kerenah suami namun di sebaliknya ada pengajaran yang tersirat. Namun perlu diingati, suami tetap perlu dihormati. Stress ala-ala manja sahajakan.
Bila isteri tertekan, apa yang perlu suami lakukan? Ada pelbagai cara suami boleh meredakan tekanan isteri, antaranya ialah :
1. Bawalah isteri berjalan-jalan. Sekali seminggu apa salahnya. Pergi ke tasik, tengok wayang, bawa pergi berkelah, kalau tiada bajet ajak ke pasar malam pun sudah menggembirakan hati isteri. Jika ada duit lebih, setiap dua bulan duduklah di hotel, bak kata orang berhoneymoon.
2. Jika berkesempatan suami bawalah anak-anak ke taman pada waktu petang. Main bola dengan anak-anak. Temani anak-anak perempuan bermain buaian. Berikan masa untuk isteri berehat, ‘me time’. Biarkan si isteri melayan perasaan menonton drama di waktu petang.
3. Bawa berbincang dengan suami apabila ada isu. Jangan biarkan isteri memendam rasa. Tadahkan telinga mendengar celoteh dan bebelan isteri tentang kenakalan anak-anak. Tetapi, janganlah pula ikut sama membawang dengan isteri.
4. Tolong kerja-kerja isteri. Cuci pinggan, jaga anak, kemas meja dan sebagainya. Musim hujan ni apa kata tawarkan diri pergi ke kedai dobi untuk membasuh baju. Ala, buatlah apa-apa kerja di rumah pun, isteri pasti suka.
5. Mohon pada suami jangan bawa masalah kerja ke rumah. Rumah adalah tempat berehat. Ceriakan isteri. Biar dia gembira dengan kepulangan suami. Sentiasa bergurau dengan isteri, buat lawak walaupun punchline hampeh.
6. Berilah isteri rehat seminggu sekali. Bagi isteri off day untuk sehari. Bawa dan belanja isteri makan di luar. Tanyalah selera isteri.
Sebenarnya banyak cara seorang suami boleh membahagiakan isterinya. Hargailah pasangan ketika mereka masih ada. Kita berkahwin untuk bahagia, bukannya untuk menderita.
Menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh diperlekehkan. Besar tanggungjawabnya menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita, lebih-lebih lagi bila mana ibu dan ayah sudah tiada lagi.
Abang atau kakak sulunglah yang perlu mengambil peranan ini sebaiknya. Ibarat menjadi ketua nahkoda untuk membawa satu pelayaran ke syurga. Penting ni.
Pun begitu ada sebahagian daripada kita selalu mengendahkan hal adik beradik ini. Selalu terlepas pandang dan selalu tidak mahu ambil bahagian. Hanya pentingkan hal sendiri daripada mengambil kisah adik beradik lain.
Ada baiknya dengar perkongsian oleh Ustaz Iqbal Zain ini mengenai adik beradik ini. Banyak benarlah dalam cerita dan hadis yang dikongsikan.
ADIK BERADIK: AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS
Ini adalah peringatan buat adik beradik untuk menjaga hubungan silaturrahim ….
Diceritakan AlHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak.
Kata alHajjaj: “Bawakan wanita itu ke mari.” Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj.
Kata alHajjaj: “Apa yg menyebabkan kamu menangis?”
Jawab wanita itu: “mereka bertiga yang engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorang lagi saudara kandungku dan seorang lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?”
Simpati dengan wanita tersebut, alHajjaj bersetuju untuk memberi kemaafan kepada salah seorang dari mereka bertiga yang lebih disayangi olehnya.
Kata alHajjaj: “pilihlah mana-mana salah seorang dari mereka bertiga untuk diberikan kemaafan.” AlHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.
Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kepada wanita tersebut, siapakah yang akan dipilihnya untuk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung?
Tiba-tiba wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau:
“AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU.”
Terperanjat alHajjaj… dengan segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?
Jawab wanita itu dengan bijaksana: “Adapun suami itu masih ada.” iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dengan mengahwini lelaki yang lain.
Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi.
Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil untuk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku.”
Al-Hajjaj berasa kagum dengan wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga-tiga pesalah.
Pengajaran: Adik beradik kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai adik beradik kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dengan mereka kerana ketiadaan mereka ini tiada GANTI nya lagi.
Kredit: Facebook Ustaz Iqbal Zain
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon ternama, Vanidah Imran mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan hijab ketika malam gala filem Imam yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut laporan Astro Gempak, pelakon berusia 50 tahun itu memaklumkan, penampilan tersebut hanya sebagai tanda dirinya menghormati majlis namun pada masa sama mengakui ingin berhijrah apabila sudah tiba waktunya.
“Doa yang baik-baik, Insya-Allah. Kita nak tutup mulut tempayan susah, at this age… saya tak terlalu ambil peduli. Sebab benda tu proses.
“Untuk saya nak berhijrah, saya perlu betul-betul sure. Saya tahu itu tuntutan dan ia wajib. Tapi saya tak nak nanti kalau saya pakai tapi jiwa saya meronta, saya masih lagi nak fit (baju ketat).
“Jadi, bagi saya belajar dulu supaya bila saya pakai itu ada proses la. Allah knows. Saya selalu percaya itu,” katanya.
Mengulas lanjut, pelakon Kudeta itu bimbang sekiranya sukar untuk kekal istiqamah apabila memakai hijab dalam mengejar penghijrahan tersebut.
“Ramai kawan saya yang dah berhijrah cakap ‘Vee, bila dah tiba masa, you sarung tak fikir’. Bila dah pakai tu dah tak fikir, teruskan saja.
“Kalau pakai, tapi rasa macam tak sure, rasa nak buka la, nanti satu hari akan rasa rengsek. Saya ada nampak kawan dah pakai 12 tahun, tiba-tiba buka. Katanya bukan diri dia.
“Saya takut, sebelum jatuh fitnah… bagi saya perlahan-lahan. Buat masa sekarang, saya kuatkan jiwa dulu. Saya belajar apa yang saya tak pasti,” ujarnya.
Sekadar info, filem arahan Mior Hashim Manap itu mengisahkan tentang Haji Syamsuri (Faizal Hussein) yang menentang pembaharuan cuba dibawa ke kampungnya oleh Haji Mihad (Datuk M Nasir).
Selain Vanidah, Faizal dan M Nasir, filem berkenaan turut dibintangi Datin Natasha Charmaine, Datuk Jalaluddin Hassan, Omar Ibrahim serta ramai lagi.
Sumber: Gempak, gambar Facebook Abim Pusat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.