Sekarang ni kita tidak digalakkan kerap keluar rumah untuk membeli barang makanan. Jika boleh beli barang untuk tempoh dua atau tiga minggu.
Untuk memastikan barang basah yang dibeli segar tentu ada petua supaya kekal segar.
Menerusi perkongsian di FB Nazatul Shima menyediakan beberapa petua dengan menggunakan tisu supaya sayur kekal segar walaupun selepas tiga minggu.
Ikuti perkongsiannya.
BEGINI CARANYA
Ads
Sayur berdaun hijau atau barang basah lain, lapik tisu dlm bekas, letak sayur (tak perlu basuh), lapik tisu lagi skali dekat atas sayur kemudian tutup bekas, simpan dalam peti.
Sayur jenis hijau tahan segar sehingga 2-3 minggu.
Pemergian seorang kanak-kanak yang tercekik gula-gula ‘gummy mata’, Allahyarham Mohamad Fahmi membuatkan hati kecil seorang insan bergelar ibu dan ayah turut terkesan dan bersedih.
Ibu dan ayah antara yang paling berang kerana gula-gula dari China ini dijual dengan begitu berleluasa di pasaran dan tidak terkecuali di sekolah.
Meninjau di pelbagai ruangan komen media social, ramai yang mula mengutarakan supaya mengharamkan jualan ‘jajan’ itu di pasaran.
Gula-gula Gummy Eyeball ini mungkin nampak menarik dan menyeronokkan, tetapi ia boleh menjadi perangkap maut kerana ia adalah penyendal saluran pernafasan kanak kanak yang sempurna.
Kenapa gummy eyeball sangat berbahaya?
* Tekstur licin & kenyal – Mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.
* Bentuk bulat & besar – Jika tidak dikunyah sempurna, ia boleh tersangkut di saluran pernafasan.
* Sukar dikeluarkan jika tersedak – Berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya.
* Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil – Mereka belum pandai mengunyah dengan betul dan lebih mudah panik jika tercekik.
Kanak-kanak bukan tahu bahaya—mereka hanya tahu makanan itu manis dan seronok dimakan.
Jika nampak gula-gula ini dijual di sekolah atau kedai berhampiran, laporkan dan suarakan kebimbangan anda. Jangan biarkan tragedi ini berulang.
Kredit: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada permintaan yang lebih sayu daripada menunaikan hasrat seorang ayah untuk melihat anak lelakinya bergelar polis. Meskipun ayah sudah tiada di dunia, anak lelaki ini tetap menunaikan impian arwah yang mahu melihatnya bergelar polis.
Baru-baru ini, seorang kakak telah memuat naik status mengenai adik lelakinya yang telah Berjaya menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam,Negeri Sembilan. Menerusi laman social Twitter, kakak itu telah berkongsi sebuah video di majlis program pusat itu. Ibunya turut hadir tanda sokongan kepada anak tersayang. Doa ibu juga menjadi pengiring kejayaan anak ini.
Jom semak perkongsian ini.
Puas ibu cari adik, sebab semua hitam semua pakai sama ibu tak perasan adik dah lalu tepi dia.Adik ni anak bongsu dalam family sis and also tunggal lelaki. Terima Kasih dik tunaikan hasrat Arwah papa untuk jadi polis.
Jatuh air mata pengkid sis. Today adik tamat latihan polis. Puas ibu cari adik, sebab semua hitam semua pakai sama ibu tak perasan adik dah lalu tepi dia.Adik ni anak bongsu dalam family sis and also tunggal lelaki. Terima Kasih dik tunaikan hasrat Arwah papa untuk jadi polis. ? pic.twitter.com/DawdXB1elP
Adik pun rapat jugak dengan papa. Gais doakan papa saya juga ye. Al-fatihah papa Abdullah bin Haji Mat Adan
Terima Kasih papa ibu besarkan kami adik beradik sehingga ke tahap ini. Susah payah papa ibu waktu muda dulu,akan kami balas semuanya dan semoga allah menjaga kalian di dunia dan akhirat. We love you
Sebenarnya adik graduated in Diploma in Culinary. He can cook so well. plus dia anak manja ibu banyak ibu ajar dia masak
Sumber : Twitter isyvpipi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.