Ayam Goreng Pedas Ala Korea Bersalut Cheese, Snek Ringkas Buat Seisi Keluarga. Simple & Sedap. Memang Layan!

Share

Ayam Goreng Ala Korea ini pasti menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi peminat cerita Korea. Asyik betul apabila melihat mereka makan terus rasa terliur.

Rahsianya terletak pada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas.  Kalau biasa anda membeli untuk menikmatinya, apa kata kali ini buat jer Ayam Goreng Ala Korea sendiri resipi daripada Zurina Zulkefli.

Ayam Goreng Pedas ala Korea Salut Cheese
Snek saya petang ini. Siapa sini suka perap ayam guna yogurt? Saya suka 🙋🏻‍♀️. Sebelum digaul dengan tepung saya biasa perap ayam guna yogurt perisa original, lebih senang berbanding guna susu.

Tepung pun lebih mudah melekat pada ayam. Tepung pula saya lebih suka guna tepung beras dicampur tepung jagung, sebab kalau guna dua tepung ni memang dijamin rangup. Resepi saya sertakan pada setiap gambar walaupun rasa saya ramai je yang dah biasa buat ayam korea ni ❤️.

Bahan-bahan:
Ayam bahagian kepak, dibersihkan dan dipotong dua.
Satu botol yogurt perasa original.
Tepung beras dan tepung jagung.
Serbuk lada sulah dan lada hitam.
Pes pedas korea, apa² jenama yang ada di pasaran.
Serbuk Cheese.
Minyak masak.

Cara membuat:

Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam (saya guna Ajishio) untuk perasakan daging ayam. Pastikan daging ayam dah defrost ya.

Kemudian masukkan sebotol yogurt.

Gaul sebati dan perap selama 5 minit.

Di dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan tepung beras bersama 1 sudu besar tepung jagung. Tepung digaul sebati. Masukkan ayam yogurt ke dalam tepung. Salut dan simpan tepi.

Panaskan minyak masak separuh penuh ke dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar garing dan keemasan. Sesudah masak, boleh angkat dan letak ke dalam mangkuk.

Sos Korea yang saya guna, buatan bumiputra Aroma Saji. Sangat sedap dan wangi, mengikuti citarasa Melayu. Tapi awas, bagi saya sos ni sangat pedas. Sekiranya anda sudah ada pes gochujang Korea, anda boleh buat sos pedas sendiri.

Ini pula serbuk cheese yang saya guna, buatan bumiputra juga Saudagar Rasa. Cuma perlu campur dengan air panas dan bancuh sehingga likat. Senang je. Anak saya suka sebab cheese dia sedap. Secukup rasa. Sesudah bancuh, boleh tuang ke atas ayam pedas korea tadi. Gabungan pedas korea dan cheese ni memang menyelerakan.Tuangkan 4 sudu besar sos pedas korea ke atas ayam goreng dan gaul sekata. Ayam pedas bersama cheese.

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

 

 

 

 

 

IKLAN