Ayam masak kicap adalah antara resipi legend yang sering menjadi menu pilihan keluarga sejak sekian lama. Biarpun nampak mudah untuk membuatnya, namun jika salah resipi masakan ini tidak menjadi seperti kuah tidak pekat dan rasa pun kurang sedap.

Pelbagai versi resipi ayam masak kicap yang boleh dicuba.Begitu juga dengan resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Menerusi paparan di facebooknya menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari ini, resipinya mendapat share yang tinggi.

Apa kata ikuti resipi legend ini untuk menu seisi keluarga hari ini.

Ayam Masak Kicap Pekat Ala Kenduri . Lelaki Ini Kongsi Resipi Cara Mudah Masak Dengan Lebih Sedap. 

Hari ni masak ayam masak kicap style kenduri. Lama tak pekena ni ada masa masuk dapur time cuti weekend aja. Hari biasa sibuk jaga kesihatan orang ramai. Tapi saya tak tonggang kicap sampai dekat habis sebotol kicap ye. Kicap mahei

IKLAN

*Sebab ramai nak resepi saya edit kat sini je . Tapi ni resepi cara kampung memang kena agak-agak bahan-bahan ikut citarasa masing-masing.

Resipi
Resepi ayam masak kicap (sambalnya aja. Ayam goreng garam kunyit ). Untuk anggaran ayam setengah eko

Bahan kisar:
Bawang besar 3 – 4 biji
Bawang putih dalam 6 ulas
Halia besar ibu jari
Cili giling (ikut kepedasan masing-masing)
(Bahan-bahan kisar ni kalau nak banyak sambalnya lebihkan bahan-bahan ni)

IKLAN

Bahan-bahan lain
Minyak masak
Kulit kayu manis 1
Bunga lawang dalam 4 kuntum
Bunga cengkih dalam 6 biji
Asam jawa (kalau pes dalam setengah sudu beso. Utk ni kene agak-agak sebab nak bagi rasa masam sikit je)
Garam
Gula
Kicap manis
Daun kari 1-2 tangkai (bagi naik bau)

Cara-cara penyedianya

IKLAN

1. Panaskan minyak kemudian tumiskn kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Naik bau terus masukkan bahan blend. Masa ni boleh masukkan skali gula. Agak-agak dalam 2-3 sudu besr. Pastu tumis smpi pecah minyak dengan api sederhana. Sambil-sambil kacau takut hangit.
2.Bila dah pecah minyak boleh masukkan asam jawa + air sikit (air utuk cairkan asam jawa jangan banyak). Masukkan skali garam dan gula lagi kalau tak cukup manis. Pastu masukkan kicap. Tak perlu bnyk nak bagi warna hitam sikit je pastu bagi ada rasa kicap. Part ni den tak boleh nak menolongnya. Kena letak pastu rasa ikut tekak masing-masing.
3.Bila rasa semua dah ok boleh masukkan bawang hiris bulat2 kalau nak. Masak sikit lagi bagi bawang tu hilang maung.
4.Lepas tu masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan skali daun kari. Kecikkan api pastu gaul bagi dia mesra gitu. Siap! Sedap dihidangkn dgn nasi panas bersama sirap ais.

Selamat mencuba!

Sumber: Zulfi Azfar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI