Sebut sahaja menu Ayam Tandoori, sudah dapat dibayangkan akan keenakan rasa dan kemewahan warna ayam tandoori tersebut, merah menyerlah. Melihatnya memang nampak menyelerakan, namun bagi yang begitu prihatin dengan kesan pewarna makanan pada kesihatan, mungkin menolak untuk kerap menikmati hidangan nan satu ini. Apatah lagi jika ingin diberikan kepada anak-anak kecil.
Menyedari hal ini, di sini dikongsikan cara mana ibu boleh sediakan hidangan ayam tandoori dengan lebih sihat seperti mana menu yang dikongsikan oleh seorang doktor ini. Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh ini.
Hari tu ada yang tanya saya, ada tak resepi ayam yang #pilihansihat Ada! Hari ni kita masak Ayam Tandoori (tanpa pewarna).
Ayam Tandoori by Kamarul Ariffin Nor Sadan
.
Bahan-bahan:
2 bahagian pinggul ayam
200ml greek yogurt (tanpa perisa)
2 sudu besar serbuk cili/paprika
½ sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil garam masala
1 biji limau nipis
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
½ bawamg besar
garam
Cara penyediaan :
.
1. Ayam ni saya buang kulit dan lemaknya, kemudian kelar-kelar agar perapan masuk ke dalam serta lebih cepat masak.
Ads
.
2. Ni bahan segar. Bawang putih dan halia, kita tumbuk atau kisar halus. Kemudian, daun pudina dan daun ketumbar pun tumbuk halus.
3. Ini bahan-bahan serbuk. Garam masala tu, kalau tak ada pun tak apa. Kalau nak cari garam masala, pergi sahaja ke pasar raya, cari di bahagian rempah. Biasanya ada dalam botol kaca kecil-kecil.
Saya tak suka pedas sangat, kalau kurangkan serbuk cili nanti warna pula tak cantik jadi saya ganti serbuk cili kepada serbuk paprika. Paprika = Capsicum = tak pedas.
4. Yogurt! Nak sedap, guna Greek Yogurt. Kalau tak jumpa, plain yogurt biasa pun boleh. Jangan risau, menjadi juga nanti. Gerik tu di Perak. Yogurt ni bukan berasal dari sana.
Ads
5. Letak ayam dalam mangkuk, perah separuh limau nipis. Orang kata, limau ni akan melembutkan ayam. Tengok tangan saya tu, lembut dan gebu, kan? Sebab kena jus limau nipis masa potong limau tu tadi.
7. Masukkan bawang putih dan halia yang kita dah tumbuk halus tadi. Kemudian, masukkan semua rempah serbuk kita tadi, berserta dengan garam secukup rasa. Gaul gaul gaul! Pastikan perapan masuk dicelah kelaran ayam tadi. Perap untuk beberapa jam. Nak perap semalam pun OK!
Ads
8. Dah siap perap. Panaskan pan grill atau kuali tidak lekat! Buka api sederhana. Minyakkan dia. Tipis-tipis je minyak tu. Jika nak pakai oven, panaskan oven 180°C. Bila dah panas, panggang untuk 45-60minit (bergantung pada saiz ayam). Saya pakai pan grill je. Letak ayam atas pan grill! Biarkan selama 5 minit setiap belah. Api sederhana. Bolak balikkan ayam ni setiap 5-10 minit supaya tak hangus. Siapa yang guna oven tu, jangan lupa terbalikkan ayam juga setelah 20-30 minit memanggang.
Tip :
Trick untuk ayam nampak merah tanpa guna pewarna adalah sapukan minyak yang digaul dengan serbuk cili setelah ayam separa masak. Kalau nampak kering, sapu minyak bercili ni.
Semasa tunggu ayam perap tadi, saya sediakan raita. Raita ni sedap gila makan dengan Ayam Tandoori.
Campurkan bawang putih, halia, daun pudina, daun ketumbar yang kita dah tunbuk halus tadi. Letakkan secubit garam. Kemudian baham tumbuk tu campurkan dengan baki yogurt yang masih ada tadi, dalam mangkuk. Dah siap raita pudina ketumbar kita. Nak segar lagi, perah sikit limau nipis.
OK! Ayam dah masak! Kita hidang dengan raita macam ni! Hiaslah sedikit dengan daun ketumbar, bawang besar, potongan limau nipis!
Ayam berempah, diperah limau nipis, cicah dengan raita pudina. Memang menyelerakan!
Hari-hari makan menu yang sama tentu bosan juga dibuatnya. Jadi apa kata anda cuba pula sediakan menu Sup Tulang Sedap, yang dikongsikan oleh Azie Kitchen. Pasti membuka selera seisi keluarga. Jika tidak dimakan dengan nasi sekali pun, kuahnya sedap dihirup begitu sahaja ketika panas.
Macam biasa, Raya kedua dan ketiga kami dah jemu makan rendang. Maka ketupat lebih tu kami makan dengan sup tulang. Korg cuba la. Sedap gila! Letak kicap sambal! Power.
Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
Cara cara:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
Sesekali di hujung minggu ada baiknya kita mencuba resipi yang enak dan istimewa buat seluruh keluarga. Nasi beriani antara sajian istimewa yang boleh kita sajikan buat anak-anak dan suami.
Tapi bosan juga jika asyik dengan beriani ayam, daging atau kambing. Apa kata kali ini pikat selera anak dengan nasi beriani udang yang sedap lagi terangkat. Perkongsian blog chekiahcollection.blogspot.my ini buat kita rasa lebih berselera. Jom cuba.
Dah 2 3 hari fikiran asyik dok teringat ingat nak try test masak nasi briyani udang sebab selalu asyik masak nasi briyani ayam jadi kali ni tukar pulak nak tengok jadi camna. Nasi briyani udang ni tak lah sepemes nasi briyani ayam tapi hasilnya tak mengecewakan…sedap…!!!
Kredit: chekiahcollection.blogspot.my
NASI BERIANI UDANG
Bahan-bahannya:-
500gm udang besar -bersihkan
1 kg beras bathmati -basuh dan toskan
1/2 cawan lobak merah -potong dadu
2 biji buah tomato -potong dadu
1/2 cawan tomato soup
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah beriani -bancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
Garam
Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai simpulan daun pandan
Bahan Lain:
1/2 cawan gajus yang dipanggang terlebih dahulu
Sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 cawan kismis bawang goreng
Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan paste rempah briyani dan masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak
3. Masukkan beras dan goreng rata.
4. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah, pati ayam dan garam (sesuaikan rasa). Kacau rata.
5. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering, taburkan gajus, hirisan daun ketumbar dan kismis
7. Kacau rata (gembur) nasi sehingga semua bahan taburan tadi bersatu dengan nasi
8. Tabur bawang goreng semasa menghidang dan boleh lah di makan bersama salad, dalca atau acar timun.
Serbuk rempah briyani jenama Baba’s..apa2 jenama pun ok jer!
Setelah semua bahan-bahan dicampurkan, tanaklah nasi macam biasa
sebelum digembur..kalau tak nak letak taburan semua ni pun tak apa ini.
Inilah hasilnya 1st try Nasi Briyani Udang
Sumber: chekiahcollection.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di