Tiada apa yang menggembirakannya bagi seorang suami apabila bergelar ayah. Lebih istimewa lagi, zuriat tersebut ditimang selepas 13 tahun. Semalam, penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, 60 berkongsi berita baru menimang cahaya mata selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital swasta.
Memilih nama yang cukup indah, Nur Azura Yamani, Jamal sempat berkongsi wajah puteri pertamanya yang kelihatan putih serta gebu seperti ibu dan bapanya. Malah, sebaik si kecil itu melihat dunia, dia mengazankan anaknya itu dengan nada suara paling indah dan terbaik.
“Saya mahu Nur Azura buat kali pertama mendengar kalimah yang paling indah dalam hidupnya. Saya azankan ke telinganya dengan suara dan lagu terbaik,” kata Jamal berkongsi cerita dengan Astro AWANI ketika dihubungi.
Menurut Jamal, isterinya melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram secara pembedahan petang semalam kira-kira jam 5.35 petang.
“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram.”
Ads
Namun begitu, Jamal menjelaskan bahawa isterinya akan ditahan di wad dalam beberapa hari lagi susulan daripada proses kelahiran yang dilakukan secara pembedahan.
Ads
Tambahnya, isteri tercinta akan mulai berpantang di kediaman mereka di Shah Alam selepas keluar daripada wad kelak.
Ads
Jamal juga menerusi perkahwinan sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun.
Selepas kali terakhir menimang anak sekitar 13 tahun lalu, legenda seni tanah air itu berkata, beliau bersedia untuk menguruskan bayi kecil.
Sumber: Astro Awani & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun sudah berpisah dengan bekas suami namun kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong masih mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas mentuanya, Datuk Chef Wan.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Shikin dan suaminya yang juga selebriti Cat Farish dilihat mengunjungi ke rumah Chef Wan ketika sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu.
Apa yang menarik pastinya layanan mesra Chef Wan buat bekas menantu serta cucu yang turut sama berkunjung ke rumahnya.
“Raya haji di rumah atuk Chef Wan. Atuk spontaneous funny walaupun baru pertama kali jumpa Cat Farish. Dua-dua kelakar, riuh rumah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan Shikin, bekas bapa mentuanya itu dilihat begitu sibuk melayani mereka malah menyediakan juadah raya yang cukup istimewa buatnya dan keluarga.
Dalam masa yang sama, Cat dan Shikin juga dilihat sempat meninjau teratak cantik Chef Wan yang cukup cantik dan tenang sambil dilayani mesra Chef Wan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Chef Wan dan juga Shikin yang tidak memutuskan pertalian mereka.
Terdahulu, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna. Shikin kemudian mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Ruffedge itu pada 13 Julai tahun lalu.
Sejak akhir-akhir ni kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita kemurungan terlampau sehingga ada yang tersasar jauh dengan melakukan penderaan dan membunuh.
Semua kes sebegini berpunca daripada kegagalan mengawal diri daripada tekanan hidup yang akhirnya memakan diri sendiri.
Mengawal stress dalam diri sendiri sebenarnya perlukan sokongan kuat orang terdekat tapi cara yang dikongsikan oleh Prof Dr Hamid Arshat ini wajib kita ikuti. Tak perlukan kos dan modal, ni cara beliau.
AWET SIHAT. KAWAL STRESS
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ).
Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress.
1. TAWAKAL. Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh.Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
4. TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.
Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAF. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit.
6. TIDAK DENDAM. Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
7. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.
Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayur herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
10. DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. insha’Allah,kita boleh kawal stress, terus awet muda, sihat dan dengan izin Allah lanjut usia serta boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.
Kredit: Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramadan kali ini cukup berbeza dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Bukan hanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan yang memasuki fasa ke 4, solat terawih dan juga bazar ramadan juga tidak dapat dilaksanakan.
Dengan kata lain, Umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadan dalam suasanapenuh sederhana bagi membendung penularan wabak Covid 19.
Semua orang turut merasai tempias tersebut termasuklah selebriti yang juga ibu kepada seorang abyi comel. Malah, Elfira mengakui akur dengan apa yang berlaku dan reda dengan ujian tersebut.
“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.
“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.
“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana. Lagipun ini peluang untuk kita habiskan masa bersama keluarga dan saya sendiri dapat memberi fokus sepenuhnya pada anak membesar depan mata. Memang saya akui, bergelar ibu adalah momen yang cukup indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya.
Cipta sejarah tersendiri
Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy baru baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.
Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.
Pelancaran serentak Malaysia dan Indonesia
Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.
“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu,” ujarnya yang memberitahu koleksi tersebut dilancarkan hari ini di indonesia serentak dengan Malaysia.
“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namunapabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.
“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.
Rezeki anak sulung
Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.
“Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Walaupun masa banyak dihabiskan dengan anak selain memberi tumpuan pada keluarga, saya tak sangka akan mendapat rezeki ini. Tak dinafikan, saya sebenarnya adalah peminat secara diam kepada jenama ini,’ ujar elfira lagi.
“Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.
“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.