Baru-baru ini perkongsian dari pelakon jelita, Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet iaitu video yang memaparkan dia sedang membeli belah bersama seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.
Lebih bermakna, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna.
Video tersebut memaparkan bapa tunggal tersebut sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan bayi, cucian bayi dan pakaian.
Di akhir video turut menyaksikan anak sulung Anzalna, Mohamad Eidrees memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.
Ads
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” tulisnya.
Ads
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia menyatakan akan membawa keluarga yang memerlukan keperluan bayi untuk membeli-belah.
Ads
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.
Kecoh beberapa hari lalu apabila berita menyiarkan penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar disebabkan oleh paras air di muka sauk Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.
Berdasarkan satu hantaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.
Antara kawasan di Pasir Mas yang terlibat ialah Meranti, Kelar, Lemal, Gual Tinggi, Lubok Jong, manakala Tumpat keseluruhan kawasan.
Menurut AKSB lagi, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.
AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik kepada pengguna yang terjejas.
BEKALAN AIR KEMBALI PULIH
Pengerusi Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata, LRA Kelar ketika ini sudah beroperasi seperti biasa.
Katanya, notis pemakluman kepada sebanyak 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di jajahan Pasir Mas dan Tumpat yang mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu juga sudah ditarik balik.
“Bekalan air mencukupi dan pulih sepenuhnya apabila LRA Kelar kini boleh membekalkan 80 juta liter sehari (MLD) sedangkan keperluan hanya 64 MLD untuk daerah Pasir Mas dan Tumpat.”
“Sebelum ini, dua pam mengalami kerosakan akibat mendapan pasir, sampah dan paras air sungai susut disebabkan cuaca kemarau.”
Setiap ibu bapa ingin memberi yang terbaik kepada anak-anak. Begitu juga dengan anak istimewa seperti autisme.
Ikuti panduan daripada Amirah Mohd Occupational Therapist, Excel Qhalif yang menjelaskan mengenai persoalan ini.
“Teacher, autisme ni boleh sembuh ker”. Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.
Walaupun begitu, saya faham mengapa ibu bapa masih mengajukan soalan berkenaan, dan tidak ada salahnya bagi ibu bapa untuk sentiasa mengkaji dan mendapatkan pandangan lain (second opinion) daripada para professional, malah saya memuji ibu bapa yang selalu berusaha untuk memahami autism dengan lebih mendalam.
Walau bagaimanapun, bagi saya ini adalah soalan killer. Kerana soalan ini diajukan dengan seribu satu pengharapan untuk mendapatkan jawapan yang lebih positif. Dan setiap kali ditanya, saya akan sentiasa memberikan jawapan klise;
“Symptom Autisme takkan sembuh, Puan/Tuan. Tapi kita boleh optimum kan kemahiran mereka melalui kaedah intervensi yang ada sekarang seperti terapi carakerja (occupational therapy), terapi pertuturan (speech therapy), ABA (applied behavior analysis) dan lain-lain”
Saya pasti info yang sama juga diberikan oleh professional yang lain, kerana secara faktanya, belum ada lagi ubat yang dapat dihasilkan untuk menyembuhkan autism. Secara diagnosis juga autism juga tidak dikategorikan sebagai penyakit, tetapi adalah kecelaruan (disorder) yang berlaku di dalam otak. Punca mengapa terjadinya kecelaruan tersebut masih belum dapat dikenal pasti, maka kerana itu dari segi bioperubatan kaedah rawatannya masih belum ditemui, tetapi saya yakin kajian akan terus berjalan.
Namun, ibu bapa juga mungkin pernah bertemu atau mendengar satu dua kes kanak-kanak yang semasa di awal usianya di diagnos dengan autism, tetapi segala simptom sedikit demi sedikit hilang selepas menjalani intervensi/intervensi, apabila umurnya meningkat, dan dapat membesar seperti kanak-kanak tipikal.
Kerana autism juga dilihat sebagai satu spektrum yang misteri, maka perkara ini ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau pelik. Banyak juga kajian yang dijalankan untuk membincangkan situasi ini, salah satunya oleh doktor perkembangan kanak-kanak dari Hospital Kanak-Kanak Montefiore, Dr Lisa Shulman, menyatakan 569 orang kanak-kanak di Bronx, New York yang di diagnos dengan ASD dalam tahun 2003 sehingga 2013, 38 orang daripadanya disifatkan telah tiada simptom autism selepas menjalani penilaian semula empat tahun kemudiannya. Walau bagaimanpun, kebanyakan mereka masih lagi menunjukkan beberapa gejala lain seperti masalah pembelajaran, masalah emosi, masalah tingkah laku dan lain-lain.
Bolehkah Anak Autisme Sembuh? Ibu Ayah Perlu Tahu Info IniWalau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud autism itu sembuh. Boleh jadi antaranya situasi yang berlaku adalah kesilapan semasa diagnosis kerana dilakukan pada usia yang sangat muda sekitar 1 hingga 3 tahun. Biasa juga berlaku pada kanak-kanak tipikal mengalami proses perkembangan lewat sama ada dari segi perkembangan pertuturan dan komunikasi, perkembangan kognitif, isu sensori dan lain-lain.
Hal ini berkemungkinan terjadi kerana kurangnya ransangan luar, kurang pergaulan bersama rakan sebaya, pendedahan yang kerap kepada gajet, dan lain-lain faktor. Namun saya tidak menyatakan diagnosis pada awal usia itu tidak perlu, malah ibu bapa sangat digalakkan untuk berjumpa pakar sekiranya anda mengesan ‘red flags’ dalam perkembangan anak di awal usianya.
Kerana ibu bapa yang lebih berjaga-jaga di perkembangan anak pada awal usia, akan memberi ruang yang lebih lama untuk anak menerima rawatan sebelum umurnya meningkat memasuki alam persekolahan. Dan kanak-kanak yang menerima rawatan di peringakt usia yang lebih muda juga kebiasaannya menunjukkan progres yang lebih bagus.
PANDUAN MENGIKUT UMUR
Saya kongsikan satu contoh yang baik dalam perancangan ibu bapa kanak-kanak autism yang pernah saya temui. Umur kanak-kanak tersebut ketika ini adalah 3 tahun 3 bulan.
Usia 2 tahun 4 bulan : Mula bertemu doktor pakar kanak-kanak kerana sudah mengesan ‘red flags’ seperti lambat bercakap dan kurang ‘eyes contact’. Di diagnos dengan Autism dan mula menjalani intervensi terapi carakerja
(Occupational Therapy)
Usia 2 tahun 9 bulan : Mula menjalani intervensi terapi bahasa dan pertuturan (Speech and Language therapy). Masih meneruskan intervensi OT.
Usia 3 tahun 3 bulan : Mula menjalani kelas Early Intervention Programme (EIP)
Usia 5 dan 6 tahun : Merancang untuk mendaftar kelas tadika biasa (bergantung pada progres perkembangan semasa).
Usia 7 tahun : Merancang untuk mendaftar sekolah tahun satu (bergantung pada progress perkembangan semasa, sama ada kelas PPKI atau kelas aliran perdana).
Melalui contoh kes kanak-kanak di atas, kerana sudah didiagnos di awal umur, ibu bapanya tidak berlengah untuk menyegerakan intervensi OT. Sebagai terapis yang menjalankan rawatan ke atasnya, saya melihat perkembangan yang sangat positif pada kanak-kanak tersebut sepanjang proses intervensi. Walau bagaimanapun, sudah semestinya kita tidak boleh menyama ratakan setiap perkembangan kanak-kanak. Tetapi di sini faktor menerima rawatan/intervensi di awal usia sangat membantunya untuk mendapatkan progres dan prognosis yang lebih baik.
Kesimpulan yang saya ingin kongsikan dengan ibu bapa di luar sana, sama ada autism boleh sembuh atau tidak, janganlah kita hanya tertumpu pada persoalan tersebut sahaja. Biarlah ia menjadi isu kepada para pengkaji yang saya yakin tidak akan berhenti menjalankan kajian. Saya faham seandainya terdapat ibu bapa yang melalui fasa penafian (denial), tetapi berada dalam fasa tersebut terlalu lama dengan tidak berusaha untuk berjumpa dengan pakar tidak akan membantu anak anda untuk mendapatkan progres yang baik.
Buat para ibu bapa, sekiranya anda sudah mula mengesan ‘red flags’ dalam diri anak, ataupun bagi yang anaknya sudah pun didiagnos Austime, yang paling utama untuk disegerakan adalah mendapatkan rawatan dan cuba memahami sedalamnya bagaimana anda dapat membantu anak anda untuk mempersiapkan diri mereka untuk menempuhi cabaran dunia luar. Saya yakin usaha dan pengorbanan ibu bapa beserta doa dan tawakal yang tidak putus, pasti akan berbaloi dengan ganjarannya satu hari nanti, In Shaa Allah
Baju berbau hapak boleh menyebabkan anda kurang selesa terutama apabila berada di tempat ramai orang. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan baju tersebut disimpan terlalu lama atau tidak kering dengan betul sebelum anda menyimpannya di dalam almari.
Berikut tiga tip untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
1. Serbuk kopi – Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.
2. Sabun buku – Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.
3. Uncang herba – Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.
Sumber: Era fm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.