Belum pun sampai setengah tahun sesi persekolahan,  tapi sedihnya baju sekolah anak sudah berubah menjadi kelabu asap warnanya.

Sebab ini juga,   boleh buatkan ibu jadi stress bila hendak mencuci pakaian.  Puas disental,  namun kotoran degil tetap kekal terlihat di baju sekolah tersebut.

Jadi, nah baca macam mana nak cuci baju putih dengan lebih mudah. Kalau asyik guna peluntur tu, baju pon akan mudah reput dan nipis.

Cara ini dikongsikan oleh Nor Rabiah Abdrahman.  Selamat mencuba dan semoga selepas ini ibu-ibu tidak lagi stress mencuci pakaian sekolah anak.  Pakaian putih akan kekal putih berseri!


Cer try cara ni pulak.

1. Tambah perahan jus lemon atau beberapa titisan cuka ke dalam air ketika bilasan terakhir untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada baju berona putih dan sekaligus ia mengekalkan rona putih bersih seperti baru. Bau cuka akan hilang setelah pakaian kering.

IKLAN

6 Cara Nak Putihkan Baju Sekolah Anak! Boleh Cuba & Lihat Kesannya.

2. Rendam pakaian dalam air panas. Ianya boleh menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlu gosok.

3. Jika ada kesan dakwat, ambil sedikit susu dan tuangkan ke atas kesan dakwat. Biarkan ia terendam seketika dan gunakan span untuk menggosoknya perlahan-lahan.

IKLAN

6 Cara Nak Putihkan Baju Sekolah Anak! Boleh Cuba & Lihat Kesannya.

4. Untuk menghilangkan daki pada kolar baju, tuangkan sedikit syampu (tak kisahlah jenama apa pun) dan gosokkan bahagian kolar baju anda dengan berhati-hati. Kemudian, bilas dan cuci baju seperti biasa.

5. Jika terdapat kesan rumput, anda boleh membersihkannya menggunakan pes ubat gigi (bukan jenis gel) dan menggosoknya. Kemudian, bilas seperti biasa.

IKLAN

6. Untuk menanggalkan kesan minyak hitam yang terlekat pada pakaian, mula-mula gunakan tisu untuk menyerap seberapa banyak kesan yang boleh.

Kemudian, taburkan sedikit tepung jagung atau bedak bayi di atas kesan tersebut. Biarkan seketika dan tanggalkannya semula (secara kering). Kemudian, titiskan beberapa titik sabun pencuci pinggan mangkuk ke atasnya dan beruskan hingga kesan minyak tanggal sepenuhnya.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI