Anak kepada pelakon terkenal dan juga pempengaruh media sosial, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat sudah berada di Malaysia daripada United Kingdom apabila bapanya berkongsi video anak bongsunya pulang untuk berpuasa bersama keluarga.
Perkara itu dikongsikan oleh Azhar sendiri di laman Tiktok miliknya baru-baru ini.
Video yang berdurasi 44 saat itu memaparkan Azhar sedang menuju ke bilik anak gadisnya sambil bertanyakan apa yang hendak dilakukan olehnya untuk pulang ke tanah air.
Menurut gadis itu, dia merindui suasana berpuasa di Malaysia apabila boleh pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.
“Saya nak pergi naik motor ke bazar Ramadan. Kena Naik Motor, saya tak nak naik kereta.” ujarnya sambil memaklumkan ingin ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Dalam pada itu, di laman Instagram miliknya Azhar mendakwa bahawa Leona pulang ke Malaysia menggunakan duitnya sendiri tanpa perlu minta padanya dan isteri. Disebabkan itu, dia pulang seorang diri tanpa ditemani oleh kembarnya Rees.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut memandangkan influencer yang belajar di London itu sudah ada di Malaysia sedangkan sebelum ini dia berkongsi percutiannya di Iceland di media sosial.
Ads
Terdahulu, Leona Iris Kasih bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin telah berangkat UK untuk menyambung pelajaran.
Difahamkan, Leona telah mengambil jurusan pengurusan manakala Andika pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim.
Ads
Sumber: TikTok Azhar Sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaisyah Dhia Rana, Siapa yang tak kenal dengan si kecil yang cantik molek ini. Persis seorang puteri, wajahnya yang ditata rias baru-baru ini membuatkan ramai terpaku.Bukan tidak pernah anak perempuan kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini memakai mekap, namun kali ini tampilannya cukup berbeza. Rupa-rupanya itu adalah untuk sambutan hari lahirnya yang ke tujuh tahun.7 taun 7 bday kek ! pengsan mak hang 😝 @aaisyahdhiarana111.
Itu kapsyen yang dimuat naik Che Ta bersempena hari kelahiran anak perempuannya semalam.
Perkongsian tersebut dimuat naik beserta beberapa keping gambar anaknya serta kek yang diperoleh pada majlis sambutan hari lahir Aaisyah yang bertemakan biru pink.
Rata-rata warga maya terhibur dengan perkongsian Che Ta mengenai permintaan anak perempuan tunggalnya itu.
Jangan buat main, kehamilan yang berisiko sememangnya harus diberikan lebih perhatian. Dan berpuasa ketika bulan Ramadan dirasakan tidak wajar kepada golongan ibu yang berisiko.
Menurut Dr Muhammat Izzat, doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan, wanita hamil yang berisiko sewajarnya tidak perlu berpuasa. Dan berikut merupakan golongan ibu yang dinasihatkan untuk tidak berpuasa.
Golongan ibu mengandung yang saya nasihatkan JANGAN berpuasa:
1) Ibu yang ada GDM dengan bacaan gula yang tak terkawal, termasuklah semua ibu GDM yang sedang on insulin.
Mereka yang ada GDM on diet control, boleh berpuasa sekiranya doktor merawat dah menilai yang mana ibu selamat berpuasa.
2) Ibu yang berisiko untuk dapat darah beku ( venous thromboembolism), termasuk ibu yang sedang penerima ubat cucuk untuk cairkan darah ( clexane/heparin) serta faktor-faktor lain yang doktor fikirkan akan meningkatkan risk si ibu untuk dapat darah beku.
Dehidrasi masa berpuasa boleh menerukkan keadaan, dan meningkatkan peluang untuk dapat darah beku untuk ibu-ibu yg berisiko.
3) Ibu yang ada pre-eclampsia, atau darah tinggi masa hamil yang memerlukan ubat darah tinggi yang perlu di makan on time.
4) Ibu pada awal kehamilan dengan muntah-muntah teruk, juga tak disarankan berpuasa.
5) Ibu yang tak berasa tak sihat atau demam.
6) Kehamilan yang ada IUGR ( baby terbantut tumbesaran)
7) Ibu yang mengandung kembar 2/3.
8) Semua ibu yang menyusukan anak atau sedang mengandung yang risaukan mengenai keselamatan dirinya atau anak dalam kandungan atau anak yg disusukan – dinasihatkan tak perlu berpuasa.
Boleh ganti puasa kemudian hari / bayar fidyah
Kumpulan lain yang tak termasuk, perlu pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk pastikan ibu selamat untuk berpuasa atau tak.
Membayangkan detik perginya insan yang tersayang dalam keluarga tentunya kalau boleh tidak mahu dibayangkan.
Sedar betapa sedih dan pilu perasaan yang bakal ditanggung dan kepayahan yang dilalui bila orang yang selalu berada disisi yang sebelum ini dialah tempat kita sandarkan harapan malah menjadi tulang belakang dalam kita melalui kehidupan ini.
Namun siapalah kita untuk menolak ketentuan takdir, kerana kematian itu adalah suatu perkara yang pasti.
Jika bukan pasangan kita yang ‘meninggalkan’ kita, mungkin kita pula yang meninggalkannya. Hanya masa yang menentukannya.
Atas sebab ini juga, melalui perkongsian daripada wanita ini berkenaan beberapa perkara perlu diambil berat oleh kita pada hari ini, sebagai usaha untuk melengkapkan diri dalam membuat persediaan untuk menghadapi detik itu. Jadi bolehlah dihadam sebaiknya untuk info bersama.
Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan…
1. Mesti tahu & faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
2. Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kpd pasangan psswrd hp, email, myeg & pin no kad2 ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit2 yang ada. (Wp begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.)Sebaik shj kita daftar utk dptkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.
4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak2. Dokumen2 ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.
5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang etc) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan byk urusan utk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.
“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang meninggal akan lebih susah jika hutang-hutang & harta-harta tidak diurus dengan segera”
Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
6. Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kematian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit untuk claim. EPF dalam tempoh 6 bulan tapi Bnk Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)
Pastikan juga semua akaun diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris
7. Kepada isteri2, belajar mengenai IDDAH. Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?
8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih2kan. PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pbahagian harta mengikut syariat yg tlh ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!
9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana2 takaful utk semua pinjaman bank, diri sendiri & keluarga. Wang tuntutan takaful blh mbantu mlangsaikan hutang2, meneruskan kelangsungan hidup serta blh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*
10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.
11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila2 masa sahaja. Panggil pasangan & bincangkan perkara ini.
Dengan sdkt pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...