Setiap orang ada cara tersendiri untuk kekal positif dalam diri mereka.
Bagi penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz, untuk kekal positif dia sememangnya mengamalkan bismillah 5 yang diajarkan oleh Cik Manggis dan suaminya.
“Yang share dengan Azira is Cik manggis dengan husband dia. Diorang memang banyak ajar azira benda-benda macam tu. So diorang ada share dengan Azira selalu baca bismillah 5. Benda tu Azira memang amalkan.
“Kalau kata baca buku, for now Azira tak ada baca buku tapi rely on quotes yang boleh relate Azira save,” katanya ketika ditemui Majalah Keluarga ketika sidang media drama terbaru di Viu Ijab Kabut.
Bicara tentang jodoh, Azira yang mengimpikan tema perkahwinan ala ‘Garden’ ini beritahu bahawa dia sudah bersedia namun belum ada jodoh lagi.
Ads
“Honestly, saya dah ready dengan umur saya yang sekarang ni. Kalau nak cakap kita x ready, you will never be ready.
“So i guess like this time im ready cuma jodoh saya tak datang lagi.
“Azira memang impikan kalau boleh azira nak buat outdoor, dah fikir dah, dah ada konsep. kalau boleh azira nak buat dekat hill yang boleh nampak view, just like simple orang boleh sitdown.
Ads
“Kalau boleh memang outdoor, garden wedding, ada hill with great view.” tambahnya.
Ditanya lelaki yang tidak boleh mendekati Azira, dia mengatakan dia tidak suka lelaki yang tidak jujur dan panas baran.
Menjadikan ibunya sebagai inspirasi, Azira pernah simpan niat untuk memiliki perniagaan sendiri seperti ibunya.
“I call her my supermom, supergirls. one of it kenapa kita buat lagu supergirl sememangnya saya terfikir mak saya.
Cuba semak, bagaimana kita merangsang anak bercakap lepas dilahirkan. Nampak mudahkan, tetapi sebenarnya jika salah pendekatan, boleh menjejaskan pertuturan anak. Inilah yang dikatakan speech delay. Ikuti penjelasan selanjutnya oleh Puan FB Maryam Jamadi,Pediatric Occupational Therapist mengenai hal ini. Walaupun anak sudah besar, info ini berguna untuk kehamilan seterusnya.
MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK DARI SELEPAS LAHIR
“Saya tak pernah ajar anak saya bunyi binatang, kalau nampak kucing cakap terus “kucing” bukan “meow meow”
Teringat saya ada seorang ibu yang mempunyai anak lewat bercakap (speech delay) kata begitu. Saya cuma mampu membebel dalam hati sahaja ?
Mak ayah perlu ingat, setiap skil yang dipelajari anak ada tahapnya, sama juga seperti skil motor kasar mula-mula meniarap, merangkak, duduk, berdiri, selepas itu baru berjalan. Dalam skil bahasa pun sama, bukan tiba-tiba anak akan pandai cakap ‘kucing”, “mama”, atau “papa”. Jika kita terus ajar perkataan yang compleks, kadang-kadang ia terlampau susah untuk anak belajar terutamanya anak yang mengalami masalah kelewatan perkembangan bahasa.
Bagi anak yang berumur bawah setahun, saya pecahkan kepada 3 tahap umur. Pastikan anak belajar mengikut tahap,
TAHAP 1 (0 HINGGA 3 BULAN)
1. Senyum 2. Buat bunyi “aaaa”, ‘eeee”.. 3. Senyap atau senyum setiap kali kita bercakap dengannya. 4. Mengenal suara orang tersayang (mak atau ayah). 5. Suara menangis yang berbeza mengikut keperluannya.
Tips: – Banyakkan berbual dengan jarak yang dekat serta pandang mata (eye contact) sebab masa ini pandangan mereka masih lagi kabur-kabur. – Belai-belai dan kerapkan mengurut bayi selepas mandi. – Sikat dan usap rambut sambil menyusu. – Beli mainan yang ada bunyi dan rangsang anak untuk melihat ke arah bunyi. – Bagi anak yang menyusu badan, biarkan 10 saat anak merengek sebelum menyusu supaya dia tahu kepentingan komunikasi (secara menangis) untuk dapat apa yang dikehendaki. – Kerap menyanyi bersama bayi, buka mulut besar-besar sambil menyanyi, tak payah sopan-sopan sangat supaya anak boleh lihat dengan jelas yang nak berkomunikasi perlu buka mulut .
TAHAP 2 (3 HINGGA 6 BULAN)
1. Ketawa, mengeluarkan bunyi semasa bermain. 2. Berbual dengan mak ayah menggunakan bahasa “alien” ? 3. Pandai menunjukkan reaksi dan suara suka atau tidak suka (menjerit). 4. Respon dan pandang ke arah bunyi. 5. Kenal mainan yang mengeluarkan bunyi. 6. Fokus terhadap bunyi muzik.
Tips: – Kerap ketawa bersama bayi. – Kerap berbual dengan bayi. Bila anak sedang bercakap bahasa “alien”, angguk mengiyakan konon-konon faham. Selepas itu cakap lagi, angguk geleng-geleng lagi. (Supaya anak belajar tunggu giliran untuk bercakap). – Banyakkan bagi rangsangan bunyi, panggil nama anak dari arah yang berbeza. – Tunjuk barang atau binatang sambil sebut nama (walaupun orang dulu-dulu tak bagi tunjuk-tunjuk guna jari telunjuk, buat jugak ?). Tunjuk guna jari penting sebab tahap ini anak belum pandai fokus lagi. – Menyanyi sambil tepuk tangan.
TAHAP 3 (6 BULAN HINGGA 12 BULAN) 1. Cuba untuk mengikut bunyi mudah. 2. Menyebut “bababa”, “mamamama” seperti panggilan mak ayah tetapi masih lagi belum spesifik. 3. Memahami arahan mudah seperti “datang sini”. 4. Mengenal beberapa barang kebiasaan seperti susu. 5. Pergi ke arah bunyi. 6. Menggabungkan bunyi vokal dan konsonan (dadada, nananna, tatatata) 7. Menyebut perkataan pertama seperti “bye- bye”, “hai” atau “mama”.
Tips: – Minta anak lihat mulut kita sambil sebut nama benda. – Ulang-ulang dan ulang. – Jangan cakap terlampau laju, anak tak dapat tangkap. Panjangkan setiap suku kata. – Elakkan menyebut suku kata depan panjang, atau belakang panjang atau sebaliknya untuk mengelakkan anak sebut perkataan separuh-separuh. Perlu sama panjang suku kata depan dan belakang. – Belajar bercakap sambil bermain adalah teknik terbaik. – Ajar anak minum air guna straw seawal umur 6 bulan (untuk kekuatan oral motor). – Ajar “flying kiss” bersama dengan gerakan mulut dan tangan. -Kerap membersihkan dalam mulut bayi, sama ada guna kain lembab atau berus gigi bayi yang lembut. – Beri arahan sambil guna pergerakan badan. – Sama-sama ikut anak bercakap seorang diri “tatatata” atau “nananana” sebagai tanda kita berminat untuk mendengar. – Tepuk tangan dan senyum setiap kali anak berjaya sebut. – Ajar bunyi-bunyi binatang sambil tunjuk ke arah binatang contohnya “Ini kucing, bunyi kucing “meoww””. – Abaikan hp semasa anak sedang bercakap, kerapkan mendengar dan melayan. – Banyakkan rangsangan deria rasa makanan, seeloknya buah dan sayur yang pelbagai. – Jika ada perkataan yang anak salah sebut atau susah sebut. Jangan marah atau salahkan anak, tetapi ulang semula. – Jangan cakap pelat dengan anak
Point paling penting dalam merangsang percakapan anak adalah ELAKKAN GANGGUAN GADGET ATAU TELEVISYEN, banyakkan masa bercakap dengan anak.
Ada yang mengadu dengan saya,
Client: “Anak saya speech delay, tapi saya selalu bercakap dengan dia”.
Saya: “Berapa jam buka tv dan gadget di rumah?”
Client: “Memang kerap buka, tapi anak saya tak tengok pun tv”.
Jadi mana silapnya? Anak bawah umur 1 tahun memang akan menyerap segala bentuk rangsangan yang ada terutamanya bunyi sebab bunyi ada dimana-mana. Walaupun kita kerap bercakap dengan mereka, tapi dengan ada ‘background” tv walaupun mereka tak tengok tetap dikira gangguan menyebabkan anak jadi susah untuk fokus bunyi mana yang sepatutnya didengar dan bunyi yang patut dibiarkan (auditory filtering). Perkembangan skill menapis bunyi sangat penting semasa ini.
Sudah ada kajian pada awal tahun 2018 terhadap kesan penggunaan gadget terhadap 900 bayi 6 bulan hingga 2 tahun, hasilnya memang terbukti penggunaan gadget boleh meningkatkan risiko masalah lewat bercakap. Setiap 30 minit terdedah dengan gadget meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay).
Dalam menjayakan setiap tahap ini memerlukan kerjasama semua 7 komponen sensori, kalau salah satu komponen sensori yang terlebih atau terkurang akan menyebabkan anak mengalami kecelaruan sensori. Sebab itu dalam tips di atas ada saya masukkan kerap mengurut bayi dan sebagainya ?
Selalunya anak yang lewat bercakap memang akan ada masalah kecelaruan sensori, jadi disarankan mak ayah untuk berjumpa occupational therapist (OT) untuk penilaian sensori supaya rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan secepat mungkin.
Terima kasih, semoga bermanfaat dan silakan SHARE dan tag supaya info ini sampai kepada yang memerlukan.
Sumber: FB Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist BEYOND Home Therapy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesiapa pun sentiasa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Begitu juga buat Fizo Omar dan Mawar Karim yang sepakat untuk memilih satu program terbaik buat anak sulung mereka, Wan Maryam.
Program yang diberi nama Program Timang Aktif Otak ini diperkenalkan oleh Prof Dr Hamid Arshat, selaku doktor yang merawat Mawar daripada proses awal kandungan hinggalah selamat melahirkan.
Selepas disahkan mengandung dan seawal usia kandungan empat bulan lagi, Mawar dan Fizo sepakat untuk menjalani program Timang Aktif Otak yang dilakukan sendiri oleh Prof Dr Hamid Arshat.
“ Doktor kata ketika roh sudah masuk iaitu seawal usia 4 bulan, anak harus diransang dan dibentuk mindanya. Malah kata doktor lagi otak dan minda anak tidak boleh dibiarkan kosong dan hanya mendapat ilmu bila tiba masanya. Kita sebagai ibubapalah yang harus meransang dan memberikan input-input ini ketika mereka masih bayi.
Dan Maryam dipilih untuk menjalani program ini selama dua tahun. Bila usia Maryam sudah dua tahun insyaallah dia sudah mampu bercakap empat bahasa seperti yang dinyatakan dalam silibusnya.
Program ini membolehkan ransangan awal ketika di dalam kandungan. Ketika awal kandungan dulu saya memang selalu bercakap-cakap dengan Maryam. Setiap hari apa sahaja aktiviti saya akan beritahu dan bercakap dengan Maryam.
Malamnya pula saya gunakan lampu suluh untuk tengok pergerakan Maryam dan sejauh mana dia bertindak pada cahaya ini. Seronok juga melihat setiap tindak balasnya waktu itu.
Lagi satu ketika mengandung dulu saya selalu pasangkan lagu Arab supaya nak uji kemahiran Maryam, kini alhamdulillah, saya nampak dia sentiasa tercari-cari bila saya pasangkan semula lagi Arab.
Kini selepas berusia lima bulan, setiap minggu akan ada cikgu yang datang mengajar Maryam. Antara pendekatan yang digunakan adalah menggunakan flashcard dan sebagainya untuk meransang minda Maryam,” kata Mawar berkongsi cerita.
Kongsi Ilmu Dengan Anak Lain
Selepas melahirkan anak, Mawar mengakui dia lebih prihatin kepada anak-anak kecil dan dia mula sedar bahawa proses membesarkan anak memerlukan kegigihan yang tinggi untuk memastikan anak penuh dengan ilmu.
Atas dasar itulah, ibu cantik ini turut melakukan program yang sama, seperti mana Maryam jalani kepada bayi-bayi terpilih lain. Menariknya program ini dilakukan secara percuma dan menjadi sebahagian kerja amal Fareeda.
” Bukan sahaja pada Maryam tapi saya juga lakukan program yang sama kepada 30 orang anak-anak terpilih secara percuma. Saya mahu anak-anak lain juga dapat ilmu dan merasa pengalaman yang dilalui Maryam.
Bagi saya semua ibu-ibu kena ada kesedaran untuk memberikan ilmu kepada bayi sejak kecil lagi dan kita sebagai ibubapalah berperanan untuk memberikan ilmu itu,” kata Mawar lagi yang turut merancang membuka sebuah nursery khas
untuk bayi dan ibu selepas berpantang.
Katanya, ibu yang selepas melahirkan anak selalunya tercari-cari apa yang terbaik buat anak mereka dan mereka harus diberikan panduan.
Bukan hanya dibekalkan dengan ilmu dan hala tuju malah ibu-ibu akan diberikan dengan pelbagai aktiviti yang membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk menjadi ibu yang terbaik. Itulah misi wanita cantik ini.
Kredit Foto: @mawar_karim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila mengadakan majlis akikah tentu para kenalan dan sauara mara akan dijemput untuk memeriahkan majlis. Selain jamuan, kumpulan marhaban wanita turut dijemput serta dekorasi pelamin anak yang dihias cantik. Bukan itu sahaja, pakaian ibu turut sedondon dengan anak yang dirai.
Baru-baru ini, pasangan serasi, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat dan Syamsul Yusof telah mengadakan akikah buat anak keduanya, Sumaiyyah yang baru berusia lima bulan. Lebih unik, majlis itu hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Ikuti perkongsian foto sekitar majlis akikah puterinya.
“Sumayyah’s akikah semalam. Thank you to those yang datang meriahkan ! Thank you so much to my MIL & FIL @dpatimah012 @dyhaslamorganizekan majlis akikah Sumayyah. Kalini akikah kita buat lain sikit hihihihi. Akikah untuk wanita sahaja”.
Untuk rekod pasangan ini telah diijabkabulkan pada 8 Mac 2014 lalu. Telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 2, dan Sumaiyyah, 5 bulan.
Ibu mentua Mira Filzah, Datuk Mastura Yazid berkongsi pandangan mengenai peranan sebenar seorang nenek serta menegaskan hak seorang ibu dalam membesarkan anak perlu dihormati.