Kalau bab bersiap biasanya selalu dikaitkan dengan kaum wanita. Manakala si ayah terpaksa lah reda menunggu walaupun ada yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Itu baru ibu, belum termasuk anak perempuan lagi.
Dilema terpaksa menunggu lama juga dialami oleh pelakon Aaron Aziz sehinggakan dia memuat naik posting berkenaan hal tersebut di dalam instagramnya.
Walaupun terpaksa menunggu isteri dan anaknya bersiap, namun dia tetap tabah menanti. Paling tak menahan hashtagnya yang menunjukkan rasa hatinya waktu tersebut.
Ads
Bila Mak Dara and anak dara posing dah Si bujang Trang tang tang pun Nak masuk frame. Begini la situation sebenarnya bila Nak keluar. 1 Jam Tunggu Semua siap, 15mins adjust tudung, 15 min bergambar dulu and 10 mins tukar kasut sampai matching. Lepas tu masuk balik Dahlia lupa specs. Korang macam gini jugak ke? #alhamdulillah#abangsabar#abgsetia#abgtenangaja#abgmasihcool
Luahan Aaron Aziz ini kebanyakannya dilema yang dihadapi para suami dan mereka yang bergelar ayah kan. Apa pun bertabahlah ya!
Jika ada roti di rumah yang tidak berusik dan hampir tamat tarikh luput, jangan terus dibuang. Jom kita cuba menu baru untuk keluarga dengan bahan ini.
Resipi Roti Lapis Daging ini cukup mudah tapi rasanya cukup sedap hingga menjilat jari. Nak-nak pula kalau dapat makan panas-panas, memang ‘melting’ habis! Lebih kurang macam lasagna, cuma Roti Lapis ni taklah berlapis-lapis.
Inti dagingnya pula tak pakai sos tomato, sebaliknya boleh guna apa-apa yang ada dekat rumah. Kalau ada cheese, memang lebih wow lah jawabnya.
Hah, dah terliur kan? Jom kita tengok resepi roti lapis daging hasil air tangan Nadiah Hanum. Pasti suami dan anak-anak sukakannya.
BAHAN-BAHAN
Bahan Inti
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Daging kisar
Rempah daging
Lada hitam
*Mushroom / capsicum kalau suka
*Cili / cili padi bagi yang nak pedas
Sos cili Thai
Garam
Bahan Lapis
Roti secukupnya
Susu cair / susu segar
Sup Cendawan Campbell dalam tin
Telur
Cheese
CARA-CARA
1. MASAK INTI DAGING
Pertama sekali, kita sediakan dulu inti daging tu untuk dilapiskan nanti. Caranya, tumis bawang merah, bawang putih dan halia ikut banyak mana roti dan daging yang kita nak guna. Kemudian, masuk daging kisar, rempah daging dan lada hitam. Masuk air sikit, goreng hingga daging masak dan kering.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan sos cili Thai. Kalau nak tambah mushroom & capsicum pun best, tapi saya tak ada stok. Jadi, saya guna bahan yang ada saja. Nak pedas mengganas boleh juga tabur cili padi.
2. CELUP ROTI DENGAN SUSU
Sekarang kita lapiskan. Mula-mula celupkan roti dengan susu cair / susu segar. Kemudian susunkan dalam tray. Saya gunakan tray 8″ ni just nice untuk susunkan 4 keping roti.
3. RATAKAN INTI ATAS ROTI
Lepas tu, bolehlah bubuhkan inti daging yang kita dah masak tadi. Ratakan.
4. TAMBAHKAN TELUR & CREAM
Kemudian nak lagi sedap dan lemak berkrim, kita tambahkan telur dan cream. Kocok 2 biji telur gred A bersama 3 sudu besar cream Campbells tudan curahkan atas inti daging tadi.
5. LAPISKAN CHEESE
Nak lagi melting, lapiskan dengan cheese macam ni. Nak guna cheese mozarella atau apa-apa jenis tu terpulanglah ya.
6. TUTUP BALIK DENGAN ROTI
Kemudian lapiskan balik dengan roti yang dicelup dengan susu segar atau susu cair, macam mula-mula tadi. Lepas tu kocok lagi sebiji telur dan tuang atas roti.
7. BAKAR
Sebelum bakar, taburkan sedikit lada hitam. Kalau nak tabur cheese lagi pun boleh. OK, dah boleh masuk oven! Kalau ikut oven saya, bakar pada suhu 200 °c selama 30 minit.
SIAP!
Bila keluar oven, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan?
Memang sekejap dah licin kalau buat roti lapis ni. Bayangkan rasa daging dan cheese yang cair di dalam tu, memang rasa nak buat je selalu.
Lagipun resepi roti lapis daging ni memang simple sangat. Bahan-bahan pun boleh je diubah suai dan pakai apa yang ada di rumah. Rugi tak cuba tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah pasangan suami isteri ini cukup menyentuh hati, susah senang ditanggung bersama. Cinta dan kasih sayang mendorong wanita ini untuk menderma buah pinggangnya kepada sang suami yang sedang sakit.
Itu itu yang dilakukan oleh isteri Mohd. Eyzendy Aziz atau lebih dikenali sebagai Along Eyzendy.
Along Eyzandy mengatakan yang dia pasrah dengan ujian yang dihadapinya ini kerana menganggap apa yang dihadapinya itu merupakan penghapus dosa-dosa kecil.
Dia lebih kuat lebih cekal dan lebih positif. Dia ambil keputusan yang belum tentu semua orang mampu untuk melakukannya. Termasuk aku. Aku sgt bertuah alhamdullilah.. Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.
Keinginan isterinya untuk mendermakan sebelah buah pinggang bermula apabila menemani Along setiap kali menjalani pemeriksaan doktor.
“Doktor beritahu cara untuk pulihkan buah pinggang sepenuhnya ialah menerusi pemindahan buah pinggang. Dari situlah isteri kata dengan doktor, dia berminat nak buat.
“Mulanya saya terkejut juga. Dia cakap buat ujian dulu untuk tengok keserasian. Dia nak dermakan buah pinggang kanan.
“Setahun juga kami ambil masa untuk buat pemeriksaan untuk tengok hasil. Kebetulan darah kami sama jenis AB. Alhamdulillah isteri pun sihat tiada apa-apa penyakit.
“Saya memang tak dapat nak balas jasa dia. Saya harap dan mendoakan syurga buatnya,” kata pelakon Along Eyzendy mengulas pengorbanan isterinya, Hamidah Mohd. Yatim yang mendermakan buah pinggang kepadanya.
Perkahwinannya dengan Hamidah, seorang suri rumah tangga dikurniakan tiga anak. Along sebelum ini dilaporkan menghidap sakit buah pinggang kronik.
Ibu bapa mana tak teruja bila anak kecil-kecil lagi sudah pandai berenang. Kebanyakan ibu bapa muda hari ini, sudah mempunyai kesedaran tentang kelebihan menghantar anak mereka belajar berenang seawal usia bayi lagi.
Pelakon popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar tak terkecuali telah menghantar anak sulung mereka, Wan Khair Amir belajar berenang sejak usia lima bulan lagi di sebuah pusat renang terlatih.
Dalam hantaran di laman Instagram, Mira berkongsi gelagat Amir yang sedang mengikuti kelas renang bersama mama dan papanya.
Dalam kapsyen hantaran tersebut menjelaskan Amir semakin bagus dalam pelajaran kayuh dan tendangan di dalam kolam renang.
Hari ini, saya semakin bagus belajar tendangan dan kayuhan. Yeay! Oh oh saya juga sudah boleh masukkan kepala dalam air sekarang!
Wajah comel Amir yang berani dan berkeyakinan semasa belajar berenang membuktikan beberapa tip dikongsi jurulatih berenang yang mengesyorkan ibu bapa untuk mengajar anak berenang seawal usia bawah enam bulan kerana pada usia ini bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.
Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Akibat refleks ini, bayi akan secara semula jadi menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.
Selain daripada itu ketika usia bayi enam bulan, dia juga sudah ada kemahiran untuk mengangkat kepala.
Antara kebaikan berenang bagi bayi iaitu membantu perkembangan otak mereka kerana berenang merangsang kelima-lima deria (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan bunyi).
1. Mulakan Dengan Tab Mandi
Ini cara mudah untuk membuatkan bayi anda terbiasa dengan air. Duduk sekali dengannya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
2.Cari Masa Yang Tepat
Anda boleh mula memperkenalkan bayi anda kepada air seawal mungkin mengikut keselesaan anda, asalkan pusat perutnya atau kemaluannya (jika disunat), telah sembuh. Lebih awal anak anda bermula, lebih selesa dia berada dalam kolam renang.
3. Periksa Suhu Air
Bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa, jadi suhu kolam yang selesa diperlukan untuk memastikan suhu badan mereka tidak terjejas.
4. Bina Hubungan Dengan Bayi
Anda atau orang dewasa lain harus sentiasa berada dalam air, memegang bayi anda. Bukan sahaja untuk keselamatan, memegang bayi anda secara kulit ke kulit dan berinteraksi dengannya di dalam air akan menguatkan ikatan dengan bayi.
5. Elakkan Pelampung
Pelampung air memberikan rasa selamat yang salah. Selain itu, pelampung juga memastikan bayi dalam kedudukan menegak, sedangkan kedudukan mendatarlah yang lebih baik untuk berenang.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.