Jika sebelum ini kita tidak ambil kisah bila mana anak-anak kita asyik bermain slime, iaitu sejenis mainan budak-budak sekarang. Kelihatannya slime ini seperti cecair dan apabila disentuh kenyal seperti getah. Didatangakan dengan pelbagai warna dan hebatnya juga boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tertentu.
Jika dilihat, tiada bahayanya bermain slime namun siapa sangka perkongsian daripada seorang emak saudara di media sosial beberapa bulan lalu, nyata membuatkan ibu-ibu buka mata dan mula alert tentang bahaya bermain slime!
Ini perkongsiannya, dan jom manfaatkan info ini.
BAHAYA SLIME! IBU BAPA Tolong ALERT!!
Permainan kanak2 yang boleh menyebabkan buta pada mata
Saya just sharing apa yg berlaku pada anak buah saya.. Bulan lepas dorg balik kpg, anak sulung adik saya bernama Ain happy sgt dpt jumpa sepupu diorang..
Tgh dorg bermain ramai2 tiba2 si ain mcm nampak tak selesa pada mata.. kejap2 dia gesel mata..nmpak mcm dia gatal2 dan pedih.. ibu nya cepat2 basuh mata dia.. entah macammana tiba2 nampak kelainan pada mata Ain..mata putih dia membengkak….. mata hitam dia tenggelam.. bila tanya sekumpulan anak2 buah.. diorang cakap kami semua main SLIME.. nyaris anak buah yang lain tak kena mcm ain..
adik saya cepat2 bwk Ain pegi ke klinik berdekatan..doc bgtau ini sejenis allergyc yang bahaya..boleh buta..dia sruh refer ke Pakar Hospital besar..
Rupa2 nya slime ni ada bahan kimia yang merbahaya bernama *BORAX ONE* nama sains _Tetrasodium Borate_ . BORAX ni bahan yg boleh didapati pada sabun pencuci salah satu bahan dalam slime yang boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada kesihatan anak.
– jika termakan boleh menyebabkan CIRIT BIRIT
– jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan dan brngkak mata dan boleh menyebabkan mata BUTA
-Jika terhidu secara berlebihan boleh menyebabkan SESAK NAFAS
-jika terlalu kerap sentuh boleh menyebabkan KULIT MELEPUH & KERADANGAN
Ads
Bahan2 dalam SLIME mudah didapati dirumah.. cara2 buat nya banyak diyoutube..kanak2 mudah buat sbb bahan2 senang didapati dirumah. Kepada ibu dan bapa sekalian tolong tgok sekiranya anak2 ada main benda ni tolong suruh diorang BUANG.. risau nanti dah terkena baru menyesal..
Ini sedikit info SLIME…
Ada di antara anda yang tidak tahu tentang satu permainan yang popular di kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka sibuk bermain.
Ianya di panggil ‘slime’ dan ia tiba-tiba sahaja popular. Ia bukan sahaja boleh dibeli di pelbagai tempat (kedai fizikal dan juga di atas talian), malah terdapat banyak juga tutorial membuatnya di rumah.
Disebabkan bahan-bahannya yang mudah diperoleh dan cara membuatnya yang mudah, ‘slime’ boleh ditemui hampir di semua rumah. Kerana kanak-kanak suka membuat dan bermain dengannya.
Walaubagaimanapun, anda perlu memberi lebih perhatian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ‘slime’. Ini kerana, hampir kesemua bahan-bahannya berasal dari bahan kimia.
Dan disebabkan inilah, kejadian malang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun berasal dari Massachusets, Ameria Syarikat.
Ads
Ibunya seronok yang Kathleen mempunyai hobi baru kerana dia umpama saintis kecil. Ibunya juga menggalakkan Kathleen dengan membelikan bahan-bahan membuat ‘slime’. Kathleen sudah kerap membuat ‘slime’ sendiri.
Namun pada suatu malam apabila Kathleen tidur di rumah kawannya, Kathleen telah bangun ditengah malam akibat rasa yang teramat sakit pada jari-jarinya.
Keesokkan paginya, Quinn, ibu kepada Kathleen telah menjemputnya dan mendapati dia sedang menangis kesakitan.
Quinn segera membawanya ke Hospital Shriners di mana doktor telah mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap 2 dan 3.
Menurut doktor lagi, itu merupakan kesan daripada terdedah kepada Borax One, salah satu bahan utama membuat ‘slime’.
Menurut Dr. Megan Hannon, Borax One adalah bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh jika dibiarkan terdedah pada kulit untuk jangka masa yang lama tanpa perlindungan.
Ads
Disebabkan itu, sebagai ibu bapa, kita harus betul-betul memeriksa bahan yang kita ingin gunakan terutamanya terhadap anak-anak.
Ini merupakan kemalangan yang tidak dijangka dan ia boleh terjadi kepada sesiapa pun. Namun, kisah Kathleen harus dijadikan iktibar untuk kita lebih berhati-hati dengan bahan yang kita pilih untuk permainan anak-anak.
Sedikit tentang Borax:
Nama kimianya ialah tetrasodium borate dan ia banyak terdapat di dalam serbuk pencuci baju terutamanya.
Antara kesan jika terdedah dalam jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak ialah:
jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit
jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan mata kalau dibiar boleh buta
jika terhidu boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan
jika terkena kulit boleh menyebabkan melepuh dan keradangan
Mata organ utama manusia…anak2 kecil masih naif..sebagai parents tlg pantau ya…cegah sebelum kena…takmo terhantuk dulu baru terngadah…
Ikhlas dari Mak Sedara Ain…
sumber : Syuraida Eeda
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ini, masuk hari ke empat sesi persekolahan bagi tahun 2023 berlangsung. Dalam minggu ini, ibu bapa dan guru masih lagi sibuk menguruskan yuran pendaftaran serta buku anak-anak.
Murid-murid pun masih lagi dalam sesi menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana persekolahan. Masih ada lagi yang meragam dan seronok bertemu rakan-rakan baru.
Namun di sebalik hilai tawa dan senyuman manis terukir di wajah anak-anak itu, ada pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh ibu bapa demi melihat masa depan anak mereka cerah. Mereka terpaksa berhempas pulas mencari wang untuk membayar yuran persekolahan, sekolah agama serta keperluan-keperluan lain.
Begitulah usaha yang dilakukan seorang lelaki bernama Basri bagi memenuhi keperluan anaknya untuk bersekolah di sebuah sekolah agama.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Jafni Elias, Basri yang mencari rezeki sebagai pengutip sampah berkongsi kisahnya.
Menurut Basri, pekerjaan dengan gaji pokok RM1500 itu dilakukan sejak dua tahun lalu demi mencari sumber pendapatan halal untuk keluarga.
“Fasal anak nak sekolah, saya tak memilih kerja janji halal.
“Yuran saja RM500, (kalau) tak kerja, kasihanlah dekat anak-anak,” ujarnya.
Di sebalik senyuman yang tidak putus-putus ketika menjawab pelbagai soalan, Basri kelihatan sebak ketika bercerita tentang yuran pengajian anaknya.
Baginya, dia memilih untuk menghantar anak ke sekolah dengan yuran yang agak tinggi atas alasan supaya anaknya itu mendapat pendidikan lebih baik dan berjaya suatu hari nanti.
“Saya tak pandai, nak bagi anak saya pandai sikit,” katanya.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Basri, dia terpaksa berulang-alik dari rumahnya yang terletak di Bukit Sebelah ke pekan Baling, Kedah untuk bekerja.
Tambahnya, setiap hari dia akan menaiki motosikal dengan jarak anggaran sejauh 20 kilometer ke tempat kerjanya.
Ujar Basri, isterinya tidak bekerja tetapi mengambil tanggungjawab urusan mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih mendengar luahan Basri.
“Sebak tengok abang ni. Semoga abang sihat. Niat abang bagus.
“Kepada anak abang ni, kalau tengok video ni hargailah pengorbanan ayahmu.
Untuk rekod, hantaran tersebut meraih hampir dua juta jumlah tontonan di TikTok.
“Sekolah agama yurannya mahal sebab persendirian. Tapi sebab kami nak yang terbaik untuk anak, kami sanggup. Sedikit lagi nak terkandas tapi ustaz baik tak bagi berhenti,” komen netizen di TikTok.
Biarpun duduk di bandar tidak bermakna kita tidak boleh berbakti kepada tanah. Tidak ada tanah di laman rumah kediaman sama ada rumah teres, kondominum atau apartment bukan alasan tidak boleh bercucuk tanam.
Bagi yang berminat dengan dunia kebun tentu ia bukan alasannya. Bagi mereka yang berminat berkebun tentu akan sanggup menyediakan ruang khas di laman rumah walaupun tidak mempunyai sebarang tanah. Maklumlah ruang hadapan rumah dijadikan parking letak kereta.
Sebagaimana yang dilakukan oleh puan Suzana Yunan ini memang inspirasi, apabila beliau menyusun pasu-pasu secara kemas dan seragam di laman rumah untuk bercucuk tanam. Ia bagaikan kebun mini buatnya. Pelbagai jenis pokok ditanam untuk bahan masakan.
“Siapa kata duduk di bandar tak boleh bercucuk tanam. Sambil kita mendeco merasa jugak guna untuk memasak di dapur. Jadi suri rumah yang bijak baru cik abe sayang.”
Tanaman yang ditaman di laman rumah beliau antaranya bayam brazil, selasih, kesum, italian parsley, pegaga, kunyit, daun sup, ketumbar, pandan, limau kasturi, kari dan cekur.
Pasu cantik-cantik dan murah macam ni ada di sini bolehlah pilih.
Inspirasi tak? Apa lagi, ayuh mula bercucuk tanam di laman rumah anda.
Apabila berbicara mengenai isu gajet memang tak pernah habis. Sentiasa diperkatakan dengan disediakan pelbagai tip untuk memastikan anak tidak ketagih gajet.
Tapi tahukah anda, bahawa makna tersirat anak-anak ketagih gajet sebenarnya, mereka ketagih kasih sayang ibu bapa.
Perkongsian lelaki yang bergelar bapa ini ada benarnya Abdul Rahman Fauzi di laman facebooknya.
ANAK KETAGIHAN GAJET: IBU BAPA ATAU ANAK PERLU DIRAWAT?
Saya ada terbaca satu artikel tentang bagaimana bagusnya permainan seperti beyblade dan lain-lain dalam membendung ketagihan gajet. Memang betul permainan sebegitu mampu mengalihkan perhatian mereka daripada terus mengadap skrin gajet.
Namun pada saya, ketagihan anak-anak kepada gajet adalah berpunca daripada kekeliruan dan rasa ingin tahu si anak mengapa ibu bapa mereka begitu melekat dengan gajet. Umpama terlalu seronok sehingga mereka pun tidak dilayan.
Saya juga mengalami masalah yang sama apabila kadang-kadang anak kecil saya Hanan yang berumur setahun lebih mula diperkenalkan dengan kartun Didi and Friends. Kadang-kadang sampai mengamuk-ngamuk apabila tidak diberi tengok. Tak padan dengan kecik tapi garang. ?
Namun kisah semalam benar-benar buat saya tersedar. Tersedar yang mereka cuma sebenarnya inginkan perhatian daripada papa dan mama mereka. Namun kerana keliru, perhatian tersebut diganti oleh gajet yang terus menerus menghiburkan mereka.
Gambar hiasan
Malam tadi, sedang anak-anak sibuk menonton kartun dalam bilik(saya baru terjaga setelah tertidur di ruang tamu), saya masuk dan mereka kelihatan sangat gembira.
Lantas saya angkat si abang long Umar mendukungnya berpusing-pusing. Berdekah-dekah si abang long ketawa. Si adik Hanan terus mengalihkan perhatian kepada kami daripada tengah sibuk tengok kartun dan mengangkat kedua-dua tangan seakan-akan tidak sabar menunggu gilirannya. Maka malam tadi, mereka sangat gembira walaupun tanpa gajet menemani.
Anak-anak kita bukannya ketagih dengan gajet. Mereka cuma ketagihkan perhatian dan kasih sayang ibu bapa yang sering dicuri oleh gajet kita.
Mana mungkin telatah Upin Ipin mampu menggantikan cerita-cerita daripada ibu ayah.
Mana mungkin kecomelan Didi and Friends mampu menggantikan sentuhan manja ibu dan ayah.
Mana mungkin kehebatan Boboboi mampu menandingi keheroan ibu dan ayah yang bersusah payah melindungi dan membesarkan mereka.
Namakan apa sahaja jenis handphone dan gajet anda.
Samsung, Huawei, Iphone, Oppo, Vivo dan apa sahaja. Ia bukan pengganti diri kita.
Semahal mana pun gajet anda, ia tetap bukan manusia.
Anak-anak kita adalah acuan kita.
Terpulang pada kita, bagaimana mahu mencorakkan mereka. 🙂
p/s: Dah penat sangat main, maka masa untuk minum susu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.