Saling melengkapi, itulah resipi kebahagiaan dalam rumah tangga. Dalam masa yang sama tidak lupa untuk menghargai segala penat lelah pasangan anda. Tidak kira sebesar zarah sekali pun.
Bukan wang ringgit yang didambakan setiap masa, namun kasih sayang yang dicurahkan dan perhatian sewajarnya itu sudah membuatkan ikatan suami isteri semakin kuat dan utuh.
Gambar hiasan
Bagi sesetengah wanita, apabila bergelar isteri kehidupan mereka berubah seratus peratus. Tiada lagi istilah me time atau bersuka ria dengan kawan-kawan. Sebaliknya suami dan anak-anak adalah keutamaan.
Perkongsian saudara Farhad Hassan ini cukup bermanfaat buat pedoman suami isteri yang lain.
Setiap hari bangun pagi, Aku buka lampu, dia tutup aircond. Aku masuk tandas, dia ironkan baju. Aku solat subuh, dia sediakan sarapan. Aku sarapan, dia masuk tandas dan solat subuh.
Masuk kereta, Aku drive, dia bukakan makanan dan air, Aku buka bluetooth, dia bukakan lagu, Aku tengok kanan nak lintas, dia tengokkan kiri, Aku menguap ngantuk, dia urutkan bahu.
Ada extra gaji, Aku belikan hadiah utk dia, Dia dapat job, ajak makan Seoul Garden. Pergi ambil exam takaful, dia teman. Pergi jalan TAR cari barang, aku teman. Aku short duit, dia topup kan. Aku buat investment, dia execute kan.
Ads
Gambar hiasan
Dekat rumah, Dia masak, aku potongkan bawang. Aku masakkan maggi, dia buatkan ayam masak lemak. Aku sapu lantai, dia mop kan lantai, Aku belikan makanan kucing, dia mandikan kucing. Aku ambilkan keropok, dia buatkan kopi. Aku basuhkan baju, dia lipatkan baju.
Bila sakit, Aku accident motor, dia bersihkan luka. Dia operate apendiks, aku pimpin tangan ke tandas. Aku demam, dia sediakan ubat. Dia demam, aku sediakan kain basah dahi. Aku sakit kepala, dia bawakan panadol. Dia sakit gastrik, aku bawakan minyak panas.
Gambar hiasan
Yang sebenarnya, dia boleh je buat semua benda sendiri, but of course bila dah kahwin ada give and take. Teammates macam Keluang Man dengan Tiong Man, Batman dengan Robin, Tom dengan Jerry. To have someone who got your back.
Bukannya dia tak boleh buat semua tu, tahun 2020 ni, Perdana Menteri perempuan pun byk dah ada cuma setelah selesai akad nikah, walaupun suami masih ada tanggungjawab lain-lain, tapi untuk seorang isteri, tanggungjawab kpd suami adalah segala-galanya untuk dia, hidup dia.
Ads
Gambar hiasan
Lets just appreciate them and give them more & more setiap hari. Beri masa, perhatian, kasih sayang walaupun dah bertitle pengantin tua/veteran/lama. Because they deserved it, and we owe them that.
Sebab kalau bukan kita, siapa lagi?
Thank you Watiey Abdullah for the love and everything ❤️
Anak-anak kecil cenderung meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa. Lebih-lebih lagi orang tersebut adalah ibu atau ayahnya.
Sebab itu sebagai ibu bapa kena sentiasa alert dan berhati-hati melakukan sesuatu terutama di hadapan anak kecil. Bimbang ia meniru dan akhirnya membawa padah pada si kecil
Seperti yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi facebooknya. Beliau menerima satu kes yang mana seorang kanak-kanak berumur 3 tahun menelan bateri. Melalui pemeriksaan, rupa-rupanya kanak-kanak tersebut meniru aksi silap mata yang dilakukan oleh ayahnya.
“Ayah dialah! Konon buat magic dekat dia. Sekali senyap-senyap dia pi buat juga!”
Kelmarin saya dapat satu kes ni, seorang budak 3 tahun telan bateri sebab tiru ayahnya yang buat aksi silap mata konon telan benda itu.
Hati-hati bermain dan bergurau dengan anak kecil. Kadang-kadang kita niat nak bergurau, tetapi kerana kenaifan mereka, mereka jadi percaya.
Dalam pada itu Dr Kamarul turut memuat naik perkongsian rakannya, Dr Shaiful Nizam.
Kita ikuti sikit rajutan Twitter yang ditulis oleh doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT), Dr Shaiful Nizam ni.
Menerusi perkongsian tersebut, Dr Shaiful ada menitipkan beberapa pesanan buat ibu bapa dalam soal keselamatan anak-anak.Semoga bermanfaat!
Bila sebut tentang peningkatan umur dari tahun ke tahun bukan sahaja bermakna bertambahnya angka semata-mata. Bahkan meningkatnya usia turut mematangkan diri kita dalam banyak hal.
Lebih-lebih lagi bila usia telah menginjak 40 tahun. Ada yang mengatakan bila masuk umur 40 tahun, saat itulah bermulanya kehidupan yang sebenar. Kebanyakkan antara kita melalui pelbagai ujian hidup ketika berusia 40 tahun. Antaranya diuji dengan kesihatan diri, ibu bapa semakin uzur, pasangan hidup ada yang sakit, atau berdepan dengan masalah anak-anak yang meningkat remaja dan pelbagai ujian yang berat.
Pun begitu, tidak kurang juga ada yang menyifatkan usia 40 tahun ini jika seseorang itu tidak berubah, sukar untuk dia berubah sampai bila-bila. Wallau ‘ahlam.
Sebagai orang yang bijak, kita sewajarnya memperbaiki diri dan amalan sepanjang hidup di dunia ini. Baki umur yang ada kita cuba sentiasa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia dan gandakan amalan sebagai tanda rasa syukur dengan usia yang dikurniakan Allah.
Ini sebagaimana Khairul Anuar Basri ada menitipkan doa khas yang perlu dihafal untuk kita yang berusia menginjak 40 tahun.
Doa Wajib Hafal Untuk Buat Kita Lebih Tahu Bersyukur!
Pagi ini saya nak ajar kat you all, doa wajib hafaz dan baca untuk semua yang berumur 40 tahun ke atas macam saya.
‘Rabbi auzi’nī an asykura ni’matakal lati an’amta ‘alaiyya wa ‘alā wālidaiyya wa an a’mala sōlihan tardhōhu wa aslihlī fī zurriyyati innī tubtu ilaika wa innī minal muslimīn’
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Cuba hafaz doa ini baik-baik. Amalkan setiap kali lepas solat.
Ada 3 benda yang kita minta sekaligus dalam doa ini :
-Minta jadi orang bersyukur dengan segala nikmat.
-Minta supaya tetap mengerjakan amalan soleh.
-Minta agar sifat kebaikan meresap masuk ke dalam diri anak-anak.
Masuk umur 40 tahun ni, kita dah sampai tahap kritikal dan sangat penting. Kita sudah tidak punya masa berbaki yang banyak. Bila-bila masa saja Allah akan panggil kita pulang mengadapNya.
Mula jadi orang bersyukur instead of merungut-rungut. Mula jadi orang yang tidak fikir yang lain kecuali untuk buat perkara-perkara yang baik saja.
Pesanlah kepada anak-anak untuk jadi orang yang baik-baik juga. Kerana kita tidak lama lagi akan meninggalkan mereka semua.
Doa anak yang soleh kepada kita adalah doa yang akan sampai kepada kita di alam barzakh.
Sedangkan terpisah buat sementara pun boleh terasa kehilangan, apatah lagi orang yang kita sayang pergi selamanya.
Itulah yang dirasai oleh anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim, Diyana Ridzuan apabila masdih tidak dapat menerima hakikat bahawa bapa kesayangannya itu sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
Diyana berkongsi di laman instagram miliknya luahan hatinya mengenang kembali segala memori bersama Allahyarham yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Khamis.
Dalam perkongsian tersebut, Diyana berkata dia terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan bapanya sebuha skuter elektrik (yang digunakan untuk orang sakit bergerak) seperti mana yang dihajatkan Allahyarham sebelum ini.
“Ayah, princess Diyana rindu ayah sangat-sangat. Nanti Nan jumpa ayah selalu okay? Ayah dah tak penat dah sekarang. Tiada dah ayah call Nana mengadu kaki ayah bengkak-bengkak, ayah sakit perut berak-berak, tiada yah (ayah) and i am happy for you.
“Tapi sorry yah. tak sempat belikan ayah scooter. Itu adalah permintaan terakhir dia sebab dia kata dia malu nak naik kerusi roda atau pakai tongkat” tulis Diyana di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu juga, Diyana berkata ayahnya merupakan punca kekuatan untuk dirinya terus bekerja lebih keras sebelum ini demi berbakti kepada Allahyarham.
“Punca kekuatan nana untuk terus bekerja lebih keras hilang yah. Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu tak berbaloi untuk Nana.
“Lepas ni Nana nak orderkan makanan untuk siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi-pagi? Siapa nak tolong orderkan nasi minang, ikan gulai dan sayur pucuk ubi masak lemak lagi?” luah Diyana lagi.
Allahyarham Ridzuan, 62, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis akibat serangan jantung di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang popular menerusi watak King dalam filem KL Gangster sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan pengacara, Didie Alias pada 1991 namun bercerai pada tahun 2002.
Hasil perkahwinan, Allahyarham dikurniakan lima orang anak iaitu Nur Dhaniyah, 30, Mohd Dhanial, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.