Tidak dinafikan untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan.

Malah pakar kekeluargaan telah membuktikan kunci kebahagian sesebuah perkahwinan terletak pada tangan seorang suami yang bijak mengendali emosi.

Menerusi perkongsian Aminah Mat Yusoff bahawa suami harus menghargai isteri dengan membelai, ucapan penghargaan, jaga perasaan marah dan mendoakan hidup bahagia.

Berikut perkongsian ini.

Bahagia Isteri Itu Simple. Salah Satunya Belai Sambil Tiup Ubun-Ubun Kepalanya. Sweet!

Syurga untuk isteri

1. Doakan isteri, tiuplah ubun-ubun kepalanya.. Demi Allah pasti senyum sampai ke pipi.

Biar isteri dengar, tak payah sembunyi-sembunyi. Kebaikan yang jelas dan nyata itu lebih mudah difahami. Isteri tahu dia disayangi dan dihargai. Bahagia isteri itu simple, sihat hati dan emosinya in sha Allah seluruh jasadnya akan sejahtera.

Doa yang terbaik dari seorang suami ialah ayat 74 dari surah Al-Furqan :

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤ – 74)

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:

IKLAN

Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Jadikanlah isteri kita wanita dambaan syurga.

Isteri yang baik mungkin lemah, tapi dialah pengubat, penguat seorang suami.

2. Bantu isteri jadi lebih baik

Bahagia Isteri Itu Simple. Salah Satunya Belai Sambil Tiup Ubun-Ubun Kepalanya. Sweet!

Kurangkan cari silap isteri. Banyakkan ucapan penghargaan. Paling simple ucapkan Terima kasih setiap kali isteri masak, jaga anak, kemas rumah. Selalu sebut kebaikan isteri di hadapan anak-anak supaya dia dihormati dan disayangi.

Marah isteri sembunyi-sembunyi sebab menegur secara terangan di hadapan anak-anak atau keluarga boleh menjatuhkan maruah walaupun suami tidak berniat begitu.

Isteri menyintai kita tanpa syarat. Banyak korbankan keinginannya kerana nak hidup bersama kita. Orang katanya suaminya gelap, montel, tak hensem tapi bila hatinya sudah suka dia tak pandang semua tu. Dia hanya lihat kebaikan dan ketulusan hati seorang suami

IKLAN

3. Marah isteri jangan sampai membenci

Gaduh suami isteri tu biasa. Masam muka, selisih pendapat, merajuk, tak tegur sapa adalah lumrah kehidupan. Seperti carik-carik bulu ayam.. Terpisah sekejap kemudian bercantum semula.

Ada suami marah isteri sungguh-sungguh sehingga timbul rasa benci. Hilang keberkatan seorang isteri kerana suami tak redha. Terhalang ibadah dan amal isteri kerana suami kecil hati dan kecewa.

Jika kita suami mithali, jangan ada sekelumit bencipun padanya, jangan sumpah seranah dia, jangan kita membelakanginya bila dah tak cantik macam dulu-dulu.

Santuni isteri dan anak-anak adalah ibadah. Jangan ambil mudah soal kehidupan rumahtangga. Ada suami serah kepada isteri bulat2 tentang urusan anak, makan minum, pakaian dan kemas rumah. Ramai isteri kemurungan kerana terlalu stress dengan hidupnya.

Ingat satu perkara….

Isteri bukan pembantu kita tetapi dia adalah sebahagian dari kita.

Hilang isteri, hidup kita takkan sempurna lagi.

IKLAN

3. Jangan ungkit Kesilapan lalu isteri

Hidup nie takkan sunyi dari silap dan salah sebab tu Allah sangat suka hambaNYA yang melazimi istighfar.

Kita manusia, sifatnya berbolak balik. Bila hati suka, semua nampak baik. Tapi bila hati dah benci yang cantikpun nampak buruk.

Orang pandang isteri kita cantik tapi kita nampak isteri orang yang lebih cantik, isteri sendiri langsung tidak menarik.

Bila marah tak sengaja kita ungkit-ungkit kekurangan dan Kesilapan yang lalu seolah tiada lagi ruang untuk isteri jadi baik.

Kesian isteri…

Ingatlah kebaikan mereka, pengabdian diri mereka, Ketaatan mereka. Sanggup jaga sakit demam kita. Ramai isteri yang menangis bila mendoakan suami.

Hati wanita seperti kaca, mudah tercalar, mudah retak. Bila hati sakit dia akan menangis tapi peliknya, dia tetap bersabar dan menerima kita walaupun hati retak seribu.

Doa isteri untuk suami tidak terhijab. Lambat atau cepat Allah makbulkan. Cuba dengar baik-baik doanya… Pasti boleh mengalir air mata keinsafan kerana takkan ada isteri yang meminta yang buruk untuk suami.

.

Sumber: Aminah Mat Yusoff 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI