Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan.
INI BEBERAPA TIPS MENCAPAI BAHAGIA
1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
Ads
3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
4) Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.
5) Isteri bukan pembantu rumah
Ads
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taatdengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.
6) Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
7) Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.
Ads
8) Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.
9) Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.
10) Ciuman khas
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isterianda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya
– Sumber : Blog akuislam.com via FB Kahwin Muda Itu Indah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Istilah ibu bapa ‘derhaka’ mungkin kedengaran agak janggal dan sedikit kasar pada halwa telinga. Selalunya yang biasa kita dengar, anak derhaka kerana ungkapan ini cukup popular digunakan sebagai merujuk anak yang bersikap kurang ajar atau biadab terhadap orang tuanya.
Walaupun label itu tidak wajar diberikan kepada insan yang melahirkan dan membesarkan anak-anak namun ibu bapa juga seperti insan yang lain, tidak kalis dosa. Sebenarnya ibu bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.
Ibu Bapa Derhaka
Berikut dikongsikan tanda-tanda ibu bapa derhaka. Moga bermanfaat.
Tak Sedar Lakukan Dosa Pada Anak-anak
1. TIDAK MENGAJAR ANAK MENGENALI ALLAH SWT
2. TIDAK MEMBERI HAK PENDIDIKAN
3. MENGABAIKAN KEPERLUAN TUMBESARAN
4. MENDAHULUKAN KEHENDAK DIRI BERBANDING KEPERLUAN ANAK
5. MENGELAK MENJAGA ANAK KERANA MERASAKAN MEREKA BEBAN
6. WUJUD SECARA FIZIKAL TETAPI TIDAK SECARA EMOSI
7. MEMUKUL, MENGHERDIK, MEMBERI GELARAN BURUK & APA JUA KEKASARAN YANG DILAKUKAN TERHADAP ANAK
8.MENGEJEK & MEMALUKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN
9. TIDAK BANDING DENGAN ANAK LAIN
Benar tiada ibu bapa yang sempurna tetapi cubalah menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memperbaiki diri demi tumbesaran anak yang sihat. Didikan yang baik pasti akan melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Kenapa saya tidak boleh kedekut dengan isteri. Persoalan yang harus encik suami kena ambil tahu, cewah! Hakikatnya kebahagiaan rumahtangga adalah kunci kepada hubungan kasih sayang suami isteri kekal sehingga akhir hayat. Biarpun datang onak duri yang melanda, pastinya ia tetap kukuh dan utuh!
Namun, kesibukan kerja dan tanggungjawab kepada keluarga, kadang kala, membuatkan encik suami alpa akan sikap romantisnya sebelum berkahwin (ingat balik apa kisah cinta anda dulu-dulu, cewah!).
Moga perkongsian DrTaufiq Razif ini jadi inspirasi buat encik-encik suami supaya jangan kedekut dengan isteri. Jangan rampas hormon dopamine isteri anda tau. Cewah!
Kelemahan terbesar saya adalah saya terlalu fokus kerja sampai saya terlepas pandang dan KURANG PERASAN dengan apa yang isteri saya dah buat untuk saya dan anak-anak.
Bila saya KURANG PERASAN, KURANG MEMUJI dan KURANG MENGHARGAI sebenarnya saya sedang RAMPAS HORMON DOPAMINE isteri saya.
Padahal hormon dopamine ni sangat la penting untuk naikkan balik semangat dan motivasi dalaman isteri saya!
Hormon dopamine ni akan meningkat kalau saya selalu menghargai dan puji isteri saya kerana benda ni semua adalah ‘social reward’ pada otak isteri saya.
Tapi..
Inilah kelemahan terbesar saya, saya kurang menghargai dan memuji!
Tu la kenapa saya selalu bagi isteri saya ‘shopping’. Paling saya suka sebenarnya kalau isteri saya ‘online shopping’ je sebab perasaan teruja menunggu barang sampai dan membuka bungkusan ( anticipating the reward ) tu la yang akan membuatkan dopamine isteri saya makin cepat meningkat!
Tak percaya cuba korang tengok mimik muka isteri korang masa dia baru buka bungkusan atau parcel yang sampai tu. Berbunga bunga dan berseri wajahnya kan? Tu lah tanda dia sedang BAHAGIA
p/s : Ni la cara saya tutup kelemahan saya yang selalu sibuk dan kurang memuji dan menghargai. Apa pun, saya akan tetap cuba baiki diri. Doakan saya!
Sempena Hari Bapa yang diraikan semalam, Fara Fauzana yang juga penyampai radio popular Hot FM telah membuat kejutan untuk tiga rakan gandingannya itu dengan menyediakan ucapan penuh bermakna dari anak-anak kepada KJ, Johan dan juga AG.
Menerusi rakaman disiarkan dalam segmen Bekpes Hot kendalian pagi tadi, naluri seorang bapa jelas kelihatan apabila KJ sebak dan akhirnya, mengalirkan air mata selepas mendengar ucapan penuh kasih sayang anak-anaknya hingga menjadi bahan usikan penyampai lain.
“We love you Papa, kita kan dah sambut father’s day semalam. We love you much Papa,” luah anak mantan Menteri Kesihatan itu.
Seorang lagi anak KJ berkata, “Knock, knock… who’s there?”
“Huppy… Huppy who?
“Happy Father’s Day, Papa… I love you,” kata seorang lagi anaknya.
Sebaik mendengar kiriman ucapan dua anaknya, KJ tidak dapat menahan air mata, sambil mengesatnya dan tersenyum.
AG dan Johan yang kebetulan meraikan ulang tahun kelahiran, minggu ini tersentuh dengan ucapan yang dilayangkan anak-anak mereka.
Selain ucapan selamat hari lahir yang jatuh pada hari ini, kelima-lima anak AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat turut menyifatkan bapa mereka itu sebagai seorang adiwira.
“Selamat Hari Bapa, Daddy. Saya sangat menyayangi anda. Apapun yang berlaku, anda adalah ‘superhero’ saya.
“Selamat Hari Lahir,” kata salah seorang anaknya.
Bagi anak-anak Johan, mereka meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang bapa yang bertanggungjawab dan terbaik buat mereka.
“Sodiq nak ucap terima kasih kerana selama ini menyokong Sodiq. Sodi nak doakan papa, murahkan rezeki papa.
“Terima kasih kerana menjadi seorang papa yang terbaik selama ini,” ungkap Sodiq atau nama sebenarnya, Ahmad Sodiq Hanania.
Teruja dengan hadiah tidak disangka-sangka, ketiga-tiga penyampai radio berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Fara atas kejutan cukup bemakna.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di