Jika sudah berkahwin lama, bahasa rindu tentu semakin kurang, kasih sayang pula semakin sunyi. Namun, hakikatnya semua pasangan yang berkahwin ingin kebahagian sehingga ke hujung nyawa.

Namun siapa sangka, kecurangan tetap ada menerjah sehingga berlaku keretakan rumahtangga. Benar, kita tidak mampu menolak ketentuan -Nya, namun Allah melantik kita sebagai khalifah di muka bumi dan sudah tentu kita adalah insan yang terpilih. Jadi tidak salah kita ikhtiar untuk memastikan hubungan rumahtangga harmoni dan bahagia.

Justeru, melalui perkongsian Ted Aziz , beliau berkongsi petua bagaimana untuk menjadikan sebuah perkahwinan yang sudah lama menjadi semakin intim.

“Bahasa Rindu Semakin Kurang, Sunyi Pula Kasih Sayang.” Ikuti Cara Nak Refresh Balik Hubungan Suami Isteri Supaya Kembali Sweet!

Suami Isteri & Bahasa Rindu

Bila dah lama kahwin, sebahagian besar rumahtangga jadi hambar. Bebanan mencari duit, karenah anak2 & urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar. Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin. Jemu menghadap muka.

Keluar makan pun hilang romantik kerana perangai anak2. Pergi bercuti pun hal yang sama. Maka bermula episod gelap dalam rumahtangga. Ini dipanggil simptom ” Bersama dalam sunyi”. Sunyi dari kasih sayang.

“Bahasa Rindu Semakin Kurang, Sunyi Pula Kasih Sayang.” Ikuti Cara Nak Refresh Balik Hubungan Suami Isteri Supaya Kembali Sweet!

IKLAN

Tiada lagi kata-kata manis seperti dulu

Tiada lagi kata2 manis seperti dulu.Sedangkan bahasa rindu ini penting. 
“Smart abg hari ni”
Cantiknya awak hari ni”
“Apa khabar awak hari nie?
“Saya doakan awak dipermudahkan urusan kerja hari ni”
“Awak bz ker? Saja call. Rindu”
Terima kasih awak. Bawak saya keluar makan”
“Tq sebab masakkan utk abg hari nie”

Ini sebahagian contoh bahasa rindu. Kadang2 ia wujud dalam usikan gurauan manja dan nakal suami isteri. Ada banyak lagi. Jangan sarkastik pada kepentingannya. Bila isteri atau suami ucap rasa seperti ‘annoying’ tapi jika ia keluar dari mulut couple terasa romantis pula.

Jangan abaikan bahasa rindu ini pada suami isteri. Ia adalah oksigen yang memugar kembali kasih sayang dalam rumahtangga. Jangan biar awek cendol menunjukkan romantis mereka. Masih banyak “isteri2 cendol’ & “suami2 cendol” di luar sana. Tak perlu ucap dalam FB. Say it to my face bak kata Tun M.

IKLAN

Bimbanglah kita jika bahasa rindu ini datang dari rakan sepejabat. Dari rakan group whatsap apatah lagi ex dulu2. Ini amat merbahaya. Ia ibarat api dalam sekam.

Kenapa berlaku curang atau main kayu tiga? Sebahagiannya bermula dari bahasa rindu yang membuat diri ketagih kasih sayang yang tidak didapati di rumah.

“Bahasa Rindu Semakin Kurang, Sunyi Pula Kasih Sayang.” Ikuti Cara Nak Refresh Balik Hubungan Suami Isteri Supaya Kembali Sweet!

Benar curang itu lebih mudah kerana ia tiada komitmen. Tak perlu bayar bil, tak serabut karenah anak, tak perlu tukar pampers, tak perlu lipat baju, tak perlu pergi kedai beli beras dan tak perlu komitmen. Hanya bermain laras bahasa yang akhirnya membawa pelaku terperosok dalam skandal yang tiada jalan pulang.

IKLAN

Putarkan bahasa rindu dalam rumahtangga

“Bahasa Rindu Semakin Kurang, Sunyi Pula Kasih Sayang.” Ikuti Cara Nak Refresh Balik Hubungan Suami Isteri Supaya Kembali Sweet!

Maka, putarlah bahasa rindu ini dalam rumahtangga. Ia adal h cerminan kasih sayang. Sibuk kerja, pening dengan anak, jerih cari duit itu benda biasa. Ia bukan halangan. Ia hanya tembok2 kecil yang boleh direntas jika suami isteri mempunyai daya lompatan yang baik iaitu kasih sayang.

Kadang2 bahasa rindu boleh datang dari melakukan kerja rumah bersama, saling menghormati minat pasangan dan menjadikan hubungan suami isteri suatu persahabatan di mana banyak perkara boleh dilakukan bersama.

Ada orang tanya saya ” Macam mana nak jadikan rumahtangga saya romantik macam dulu?

Saya katakan ” Buatlah apa yang anda buat ketika dulu2 tu. Jangan buat yang anda buat sekarang! Sebab itulah romantiknya dah hilang

Azizul Asri Ahmad Tajuddin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI