Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat, “Eh? Berapa lama eh boleh tahan botol susu ni? Takkanlah selama-lamanya pula?”
Mahal macam mana pun botol susu, tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut dan terlalu berkira untuk membeli botol susu anak demi kesihatan mereka.
Adalah bahaya menggunakan botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak.
Jangka Hayat Botol Susu
Jika botol susu mempunyai Bisfenol A (BPA), jangka hayat penggunaannya hanya sekitar 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang jenis BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang.
Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.
Kesan BPA Terhadap Kesihatan & Bayi
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:
Ads
1. Baligh awal
2. Kanser payudara
3. Kanser prostat
4. Penyakit jantung
5. Obesiti
6. Kencing manis
Ads
7. Boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon.
Botol susu perlu ditukar segera sekiranya:
Kesan calar pada botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
Sterilizer
Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan.
Ads
Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
Warna botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol.
Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan.
Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu semua. Buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang.
Sumber: Maya Darwish
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian berkenaan harta pusaka ini wajar untuk kita renung-renungkan bersama agar dapat memberi peringatan bukan sahaja untuk diri kita malah untuk adik beradik kita juga. Diharapkan melalui pembacaan ini dapat sedikit sebanyak menginsafkan diri dan insiden perebutan harta pusaka tidak terjadi di dalam ahli keluarga kita.
Untuk itu, jom baca perkongsian ini.
Pesan kat adik-beradik…Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…beli rumah, beli tanah, beli aset…
Bagi ada harta dengan nama sendiri. Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti…jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan pikir, jangan berharap…jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
Jangan…
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut…walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti…tup-tip bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat “hak” kita…
Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita…yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka.
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…
Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan…tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama “harta pusaka”…
Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula..
Jangan buat main ubat tahan sakit. Memang bila makan, akan rasa sakit hilang. Namun kesannya bahaya untuk kesihatan. Oleh itu, tidak boleh makan sebarangan tanpa nasihat doktor.
Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad.
BAHAYA UBAT PENAHAN SAKIT
“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih”
Wa alaikumus salam.
Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua.
Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan saja boleh didapati di klinik tetapi di mana-mana farmasi secara over the counter.
.
Lebih-lebih lagi pesakit migraine, gout dan arthritis yang biasa menggunakannya untuk meredakan rasa sakit kepala, sakit sendi, dan sakit-sakit badan. Pil-pil ini memberikan kelegaan setelah diambil beberapa minit saja. Walau bagaimanapun, ubat-ubat tahan sakit ini boleh memberikan kemudaratan pada perut.
.
Pada peringkat awal ia akan menyebabkan individu tersebut akan berasa kurang selesa, dan kembung perut. Lama kelamaan lapisan dalam perut menjadi bengkak (gastritis), kemudian menjadi luka (gastric ulcer) yang boleh menyebabkan pendarahan sehingga muntah darah. Walaupun ubat tahan sakit diberikan secara suntikan dan tidak memasuki perut, ia boleh menyebabkan masalah yang sama terutama wargatua yang berumur 60 tahun ke atas.
.
Ramai pesakit yang masih muda mengalami masalah kerosakan buah pinggang kerana mengambil dan memakan ubat tahan sakit secara tidak terkawal atau mengambil ubat-ubat yang dibeli dari toko-toko jamu yang mengandungi racun terkawal.
.
Ini kerana ubat penahan sakit terutamanya jenis NSAIDs menyebabkan saluran darah menjadi kecut dan ini menyebabkan pengaliran darah yang berkurangan ke buah pinggang.
.
Saya menasihatkan agar anda lebih berhati-hati ketika menggunakan ubat tahan sakit supaya tidak menggunakannnya secara berlebihan.
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isu doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekaligus melihat aurat wanita lain bukanlah isu biasa yang harus diperkatakan. Namun masih ramai daripada kita yang keliru berkenaan isu ini.
Tak kurang juga yang masih was-was walaupun ketika sudah berada di bilik bersalin.
Atas keprihatinan dan beberapa berkenaan kemusykilan ini, Mufti Wilayah Perseketuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri terpanggil untuk berkongsi ilmu ini di twitternya. Ini yang harus wanita tahu.
Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?
Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hājah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam…dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat…
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin darapada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206). Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127).
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram, boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: …
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103).
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak jua.
Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Begitu yang dijelaskan oleh beliau. Moga kekeliruan ini buat wanita rasa lebih tenang untuk melalui proses melahirkan bayi mereka. Kalau rasa kurang selesa dan bimbang risiko bertemu dengan doktor lelaki, ada baiknya kumpul duit dan pergilah ke mana-mana hospital bersalin terpilih.
Anda boleh memilih untuk sendiri untuk bersalin dengan aman dan paling penting boleh demand doktor perempuan. Ikut pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera anda.
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.