Setelah pengumuman sekatan perjalanan dilonggarkan semula, rata-rata mengambil peluang dengan memilih destinasi impian masing-masing setelah dua tahun ‘berkurung’ di negara sendiri.
Bagaimanapun, jangan terlalu teruja sehingga terlupa mengenai keselamatan diri. Sentiasa waspada terhadap sebarang ancaman termasuk apabila anda memuatnaik sebarang gambar berkaitan percutian.
Dah menjadi lumrah zaman media sosial masa kini, kebiasaannya ada sesetengah orang yang akan berkongsi gambar tiket penerbangan bersama pasport yang menandakan bahawa dirinya akan berangkat ke luar negara.
Mungkin ia hanya dianggap sebagai gambar yang biasa sahaja. Tetapi tanpa disedari, ia boleh memberikan kesan buruk kepada individu tersebut seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Jason Ho memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mendedahkan tiket penerbangan di media sosial.
Ads
Hal ini kerana, maklumat peribadi anda mungkin akan terdedah dan menjadi sasaran individu yang tidak bertanggungjawab.
“Ia sangat berbahaya untuk privasi anda,” kata Jason.
Jason Ho yang juga seorang penceramah motivasi berkata dengan menyiarkan gambar sedemikian, anda boleh ‘menyalurkan’ maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor pasport, tarikh luput pasport, empat digit terakhir kad kredit anda, tarikh, e-mel dan nombor telefon bimbit.
Ads
Menurutnya lagi, dengan hanya menggunakan maklumat pada pas masuk, individu yang berniat jahat boleh membuat pelarasan pada pilihan dalam penerbangan atau yang paling teruk, membatalkan penerbangan anda .
Dia turut mengulas mengenai perkara tersebut setelah melihat satu video yang dimuatnaik oleh seorang influencer.
Ads
Ia memaparkan tiket penerbangan bersama pasport.
Jason berkata video tersebut telah pun dipadam dan dia telah menghantar mesej secara peribadi kepada influencer itu untuk memberi amaran kepadanya agar lebih berhati-hati.
Umum ibu bapa pening kepala bila melihat anak-anak mula buat hal. Pelbagai kerenah yang dipaparkan oleh mereka.
Hakikatnyqla, dalam tempoh tumbesaran ia perkara normal untuk kanak-kanak.
Sebagaimana perkongsian ini.
Growth Minset penting untuk anak
Antara tanda anak yang ada “Growth Mindset”
Growth mindset adalah gaya pemikiran tanpa batasan yang sentiasa belajar dan cepat berkembang.
Ini tanda-tandanya :
1 – Dia suka bertanya
Setiap benda kalau boleh dia tahu. Pantang lalu depan mata, mesti dia nak tanya. Kenapa awan biru, rumput hijau. Bahkan sampai macam mana adik keluar dari perut mama tu pun dia tanya.
Anak yang ada growth mindset ni memang tinggi nafsu “belajar” dia. Jangan malas jawab soalannya ya, terbantut dia nak belajar nanti.
2 – Dia susah nak takut
Walau kita dah kata itu bahaya, tak boleh buat. Tetap dia nak buat juga. Bukan sebab dia tak tahu tu bahaya, tapi sebabnya dia tak “rasa” pengalaman tu lagi.
Anak begini dia kalau dah pasang azam nak tahu sesuatu perkara, dia akan buat juga. Larang la macam mana pun, kalau dapat peluang mesti dia buat juga.
3 – Dia suka experimen
Pantang nampak benda pelik atau baru sikit. Mesti di bedahnya nak tengok apa isi dalamnya. Yang selalu jadi mangsa ialah alat mainan dia sendiri.
Baru beli dah rosak. Bukan anak tu ganas tapi anak jenis yang suka “explore” benda-benda baru ni.
Kalau tak nak rosak kena la layan dia bedah dan experimen dengan cara yang betul supaya tak rosak.
4 – Dia tak boleh sabar
Selalunya anak yang ada growth mindset ni susah nak bersabar. Contohnya kalau dia dah tanya soalan, dia nak jawapan segera. Selagi tak dapat selagi tu dia duk tanya.
Lagi satu, kalau kita dah cakap awal dengan dia nak pergi bercuti. Setiap hari dia akan duk tanya, “bila nak pergi”
Dengan anak begini tak boleh cakap awal-awal sebab nanti otak dia tak boleh berhenti berfikir selagi dia tak pergi.
5 – Dia bijak dan kreatif
Hah habis periuk, senduk dan tudung saji jadi bahan experimentasi dia. Semua benda dia nak main.
Anak begini senang nak bermain, apa sahaja yang ada di sekeliling dia boleh jadi mainan. Imaginasi tanpa batasan betul.
Tu yang tudung saji kadang jadi spaceship di baling sana sini konon terbang la. Sabar jela, huh!
Walau banyak keletah anak-anak, syukur alhamdulillah. Anak sihat fizikal dan paling utama sangat sihat mindanya.
Umumnya bila lintah sekadar menghisap darah pada bahagian luar tubuh, tidaklah bahaya. Namun apa yang ditakuti jika lintah tersebut masuk pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh yang akhirnya boleh menyebabkan kekurangan darah dan membawa maut. Bimbang ini terjadi pada musim banjir ini, dek kerana anak-anak memang suka bermain air malah ada yang seronok berenang-renang di kawasan banjir sepertimana yang dipaparkan ada satu kes di Rantau Panjang yang hampir sama jalan ceritanya. Semoga jadikan ini pengajaran dan agar kita lebih berhati-hati menjaga keselamatan anak-anak di musim banjir ini.
Ini paparan beritanya.
“DOKTOR kata kalau saya terlambat, anak mungkin mengalami pendarahan yang teruk dan boleh membawa maut,” Siti Hariaty Bee Ismail, 36.
Siti Hariaty, ibu kepada Nur Adriana Bee Zulkarnain, 4, yang mengalami pendarahan dipercayai selepas digigit lintah ketika bermain banjir di rumahnya di Kampung Gual Sitok di Rantau Panjang. Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas ternampak kesan darah pada seluar anaknya semalam.
“Pada mulanya saya sangka ia hanya luka biasa tetapi selepas diperiksa, saya terkejut apabila melihat darah keluar dengan banyak (pada kemaluan) dan mula mengesyaki lintah masuk di bahagian itu.
“Apa yang saya pelik, dia langsung tidak menangis dan tidak berasa sakit tetapi saya perasan sejak dua hari lalu Nur Adriana kelihatan pucat mungkin kerana kehilangan darah yang banyak.
“Saya syak mungkin lintah itu masuk ketika anak bermain air banjir berhampiran rumah pada Ahad lalu.
“Saya kemudiannya meminta bantuan jiran supaya menghubungi bomba untuk membawanya ke klinik berdekatan kerana rumah sudah terperangkap dengan banjir,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, pihak klinik kemudiannya mengarahkannya untuk terus membawa Nur Adriana ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan segera.
“Pemeriksaan di hospital mendapati hanya terdapat kesan gigitan di bahagian punggung dan Nur Adriana dibenarkan pulang ke rumah pada 2 petang hari ini. “Saya bersyukur anak selamat. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini untuk elak kejadian sama berulang,” katanya.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”
Ringkas sahaja rangkap ayat ini tapi penuh dengan erti. Dah jadi asam garam dalam perhubungan ada baik, ada gaduhnya. Apa yang penting, perlu ada persefahaman dan sifat sabar agar perkara yang tidak diingini boleh berlaku.
Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim hadir bersama di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi Isnin bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak mereka selepas rujuk semula.
Pasangan ini mengesahkan mereka pernah bercerai talak satu pada 27 Mac lalu, namun rujuk semula ketika masih dalam edah pada 9 April lalu.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim ditemui Harian Metro berkata, perceraian bukan perkara yang main-main. Katanya, tiada siapa pun pasangan berkahwin yang inginkan perceraian.
“Alhamdulillah, kuasa Allah pada bulan puasa pula dan doa memang mudah dimakbulkan. Lagi pula, setiap malam kita berdoa. Jadi, memang nampaklah ini semua jalan Allah, takdir Allah itu memang cantik.
“Dia bolak-balikkan hati kami dan dapat berbaik semula pada bulan yang baik (Ramadan). Jadi, benda ini memang keajaibanlah. Benda ini (jodoh) memang kerja Allah,” katanya.
Linda berkata, dia dan Beego juga mengambil pendekatan duduk berbincang berdua untuk memahami hati masing-masing dan diikuti anak-anak juga.
Katanya, dalam perbincangan dibuat itu hanya sesama mereka dan tidak membabitkan orang lain langsung termasuk keluarga.
“Saya mengetepikan semua orang di sekeliling dan menyelesaikan masalah secara kami berdua saja. Ia penting kerana, dalam hal membabitkan rumah tangga ini sebenarnya hanya kita suami dan isteri saja yang tahu.
“Jadi, kalau nak buat keputusan itu biar antara kita berdua saja demi diri masing-masing, anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, anak-anak memang menjadi kekuatan kami. Insya-Allah, kami harap ikatan yang disambung ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Saya buang ego diri dan betul-betul bersihkan hati dengan bermuhasabah diri untuk perkahwinan ini. Saya dan Beego, berjanji akan memperbaiki kelemahan diri kami demi ikatan perhubungan ini dan anak-anak yang masih kecil,” katanya.
Dalam pada itu, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah menyifatkan tidak semua pasangan berkahwin berhadapan masalah hingga ke mahkamah gagal menyelamatkan semula rumah tangga yang pernah dibina mereka walaupun sudah bercerai ketika itu dan amat bersyukur dirinya dan isteri juga pelakon, Linda Hashim, 39, masih diberi peluang ‘berjodoh’ lagi oleh Allah.
“Alhamdulillah, kami antara pasangan yang pergi ke mahkamah dan dapat berbaik lagi. Saya akui memang ada lafaz (cerai), tapi kami dapat disatukan semula dan ini semua Allah Taala punya kuasa dan doa-doa daripada keluarga.
“Saya juga mengharapkan sekiranya pasangan-pasangan yang sekarang ini banyaklah terkait dengan masalah rumah tangga, cuba selesaikan dan berbaik-baik serta berdoa.
“Mungkin, kalau ada orang ketiga pun, kalian boleh hidup gembira bersama. Cuba doa yang baik-baiklah. Tapi, saya tak mengharapkan perkara itu (orang ketiga) untuk diri saya,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga dakwaan mengatakan Beego sering menerima kiriman mesej daripada seseorang, katanya masalah rumah tangga dengan isteri, Linda memang tiada langsung berkait kehadiran wanita lain.
“Punca hubungan saya dan isteri bermasalah sebelum ini adalah tiada persefahaman dan komunikasi. Antara kami banyak memendam rasa perkara-perkara kurang disenangi selama hampir 10 tahun berkahwin dan tidak pernah meluahkannya.
“Lama-kelamaan, rasa yang dipendam itu terbuku dihati dan ia amat menyakitkan. Namun, cubalah cari jalan penyelesaian positif dan profesional kerana sudah mengenali hati budi masing-masing. Usaha dan cuba selamatkan dulu,” katanya.
Beego berkata, insya Allah kalau ada jalan penyelesaian itu mesti dapat keputusan positifnya. Tapi, kalau tak ada sekurang-kurangnya kalian sudah usaha dan cuba sebagaimana yang kami lakukan apabila masalah dihadapi berakhir ke mahkamah juga sebelum ini.
Terdahulu, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.