Bagi anak-anak kecil yang takut gelap, ibu bapa sering memasang lampu ketika mereka tidur bagi atasi masalah ketakutan terutamanya pada waktu malam.
Rutin ini boleh mengundang bahaya sekaligus mampu menjejaskan tahap kesihatan anak-anak untuk jangka panjang.Ia boleh mengakibatkan risiko penyakit kanser.
Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin.
Hormon Melatonin merupakan salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Bukan itu sahaja, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu dan otak tidak dapat berehat sepenuhnya.
Kesannya, anak-anak akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme tubuh.
Ads
Oleh itu, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu. Bukan saja dapat menjimatkan bil elektrik tapi baik untuk kesihatan.
Kebaikan tidur dalam gelap :
Baiki sel-sel yang rosak
Ads
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti leukemia dan kanser.
Jimatkan tenaga elektrik
Menutup lampu sebelum tidur pastinya mampu mengurangkan bil elektik di rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah untuk melepaskan insan yang disayangi kepada orang lain. lebih-lebih lagi sejak kecil sehinggalah dewasa, ditatang bagai minyak yang penuh. Namun, apabila tiba masanya semua ibu bapa harus berbuat demikian. Lebih-lebih lagi bila mana sampai jodoh si anak.
Kebiasaannya si ibu yang terlebih risau dan bimbang apabila memikirkan keadaan anaknya setelah berkahwin. Namun kisah ini terbalik apabila pengguna laman sosial ini yang mendedahkan screenshot perbualan bersama ayahnya.
Menurut Natasshia, sejak 3 minggu berkahwin ayahnya merupakan insan sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar menu apa yang ingin dimasak setiap hari.
Muat naik daripada gadis ini telah mendapat perhatian ramai, dan telah dikongsikan lebih 18 ribu ulang kicau (retweet) dan tanda suka (likes).
Sebelum ini juga, ayah Nastasshia telah memberikannya barang perkakas dapur kepadanya seperti lesung batu, papan pemotong kepadanya.
“Semua anak abah yang kahwin abah bagi lesung batu!”
Selepas memuat naik perkongsian tersebut, rata-rata ramai yang telah memberikan komen memuji sikap ayah gadis ini. Menurut ramai, ayahnya mungkin sangat rindukannya.
Tak kurang ada yang berkongsi pengalaman yang sama.
Sekarang ni macam-macam cara nak kurus! Yang mana rasa nak kurus dengan laju, sanggup ambil ubat yang tak tahu kesahihan kandungan yang betul sampai meninggalkan kesan pada diri mereka.
Malah, ada juga yang membuat secara ekstream, ikat perut dengan berlapar! Boleh pengsan dibuatnya tahan diri macam tu!
Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter @KKMPutrajaya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi kepada orang ramai mengenai ‘slimming set’ atau set menguruskan badan.
Kongsi KKM, set itu sangat berkesan dan dijamin selamat untuk diamalkan terutamanya buat mereka yang sedang berhajat ingin mendapatkan berat badan yang ideal.
Menariknya, slimming set tersebut mempunyai tiga program yang perlu diikuti iaitu makan tanpa berlapar, air untuk detok dan bakar lemak.
Dia cukup terkenal dengan sikapnya yang suka berlawak. Jenaka yang dilontarkan cukup bersahaja namun mengundang lucu dikalangan netizen. Berasal dari, Cebu, Filipina, Mark menceritakan kehidupannya terdahulu sebelum bergelar penyanyi.
“Kehidupan saya dari kecil hingga besar memang ada kena mengena dengan muzik. Ada yang bermain saksafon, trumpet dan sebagainya. Adakala mereka bermain muzik, keluarga kami amat mencintai muzik dan itu yang membuatkan saya sukakan bidang ini.
“Waktu umur 5-6 tahun ayah selalu dodoikan saya satu lagu Filipina yang bertajuk ‘Ombak’. Saya selalu menyanyi lagu itu hingga umur 8 tahun. Waktu itu ayah cakap saya boleh menyanyi dan membawa saya ke gereja dan di situ saya belajar banyak benda termasuk harmoni dan teknikal.
“Sampai umur 10 tahun, ayah bawa masuk pertandingan menyanyi dan memperoleh tempat ketiga. Ayah cakap ini sahaja dia mampu beri dan dia cakap kalau hantar ke sekolah belum tentu saya dapat belanja atau tidak. jadi ayah minta saya jaga suara dan bakat saya,”ujar Mark lagi yang bangga kerana dapat memenuhi impian ayahnya untuk melihat dia berjaya menjadi penyanyi.
keluarga yang saya tinggalkan
Cerita Mark lagi, ayahnya selalu memberikan kata-kata semangat untuk dia menjadi kuat.
“Ayah selalu cakap jangan menangis, dia tak nak tengok saya menangis dan suruh kuatkan diri. Pertama kali saya menaiki kapal terbang, saya menangis kerana walaupun dapat lihat bangunan yang cantik tetapi tak dapat lihat keluarga yang saya tinggalkan.
“Saya tidak tahu tentang Islam dan agama. Di Malaysia saya dapat lihat kepelbagaian agama. Saya peluk Islam kerana percaya dengan agama yang saya lihat hari-hari bermula pada kawan saya Zul yang baik orangnya.
“Saya pergi ke Perkim dan belajar tentang Islam. Isteri ajar saya tentang memberi salam tetapi adakala saya tersasul suka cakap terbalik Waalaikumsalam bukannya Assalamualaikum.
“Waktu pertama kali ke rumah mentua, dan ketika bersua muka di depan pintu saya bercakap waalaikumsalam. Memang kelakar bila diingatkan kembali, patutlah mereka tidak menjawab,”cerita Mark lagi.
Ibu terkejut dan menangis
Tersentuh hati melihat mendengar kisah penyanyi dan pelakon, Mark Adam tatkala bercerita penerimaan ibu bapanya ketika dia mahu memeluk Islam.
Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah kini sudah hampir 16 tahun menjadi saudara baru. Suami kepada Norazah Redzuan ini mengakui pada awalnya, ibunya agak terkejut sehingga menangis apabila mendapat tahu bahawa anaknya mahu memeluk Islam.
“Satu soalan yang ayah tanyakan pada saya, awak gembira tak?
“Saya cakap gembira. Lepas tu ayah cakap okay u pergi sana.” Cerita Mark yang berkongsi cerita tersebut menerusi rancangan Al-Hidayah.
‘Jenaka’ Tuhan dahsyat
Waktu pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci, akui Mark tidak sangka dalam hidupnya dia mampu berdiri di depan kaabah.
“Waktu di sana saya dapat pegang Kaabah dan cium, tapi ada kisah kelakar ketika itu. Waktu depan kaabah, saya selalu pegang kain tetapi waktu pegang kaabah saya cium dan menangis bila teringat semua benda. 15-20 minit di situ, saya berpusing untuk beredar dan nampak Shuib.
“Ketika nak ambil kain untuk lap hingus dan air mata, Shuib cakap itu bukan kain kepunyaan saya. Barulah saya sedar kain tersebut berwarna merah. Rupa-rupanya itu adalah kain seorang mak cik tengah menarik kainnya.
“Terus saya lepaskan. Shuib cakap, Mark awak pelawak kan, suka buat jenaka kan. Tengok ‘jenaka’ Tuhan, dahsyat kan. Memang kami gelak sampai menangis di situ,”ujar Mark lagi yang mengakui rindu untuk kembali lagi ke sana.
Mengulas mengenai keputusan isteri memakai hijab, Mark memberitahu banyak perubahan yang berlaku atas isterinya. Sejuk hatinya bila isteri kesayangan memakai tudung.
“Isteri yang ambil keputusan untuk berhijab. Dia sangat cantik pada pandangan mata saya. Memang saya tak ada cakap apa-apa dan itu adalah satu pilihan yang betul. Saya sangat suka dia bertudung. Sejuk hati apabila memandang isteri memakai tudung.
“Dalam dunia ini dua sahaja yang kita kena fikir, elok dan tak elok. Mana satu pilihan kita, Kenapa nak susah-susah, pilih yang elok lah supaya hidup kita menjadi elok. Kena kuatkan iman dan percaya. Kena teruskan usaha. Dugaan kena terima dan reda. Dugaan diberi kerana akan ada kebaikan selepas itu, ungkap Mark lagi.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.