Umumnya terdapat pelbagai jenis mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran. Tetapi ada beberapa variasi mainan murah tertentu berperanan dalam membantu kanak-kanak belajar dan berkembang.
Ini diantara jenis mainan yang mak ayah perlu belikan untuk anak-anak di rumah. Wajib ada!
1. Blok dan mainan binaan
Pemainan blok dipercayai dapat merangsang pertumbuhan otak dalam semua aspek perkembangan. Malah ada kajian membuktikan kanak-kanak yang bermain blok secara kerap ketika berusia 3, 4 dan 5 tahun akan lebih baik dalam pelajaran matematik, khususnya algebra apabila berada di sekolah menengah.
Terdapat banyak pilihan blok dan set pembinaan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan, termasuklah blok kayu dan lego.
2. Mainan kanak-kanak susun gambar dan mainan penyelesaian masalah
Jigsaw puzzle atau susun gambar, sama seperti permainan blok dan lego, turut menyokong perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai cara.
Ads
Semasa kanak-kanak menyelesaikan game susun gambar, mereka sebenarnya sedang menggunakan:
* Kemahiran menyelesaikan masalah
* Koordinasi tangan-mata
* Kemahiran motor halus
* Pengecaman bentuk
* Ingatan
* Kemahiran kesedaran spatial dan banyak lagi
Kanak-kanak pada usia 2-3 tahun boleh melakukan yang terbaik dengan susun gambar 4-12 keping. Manakala kanak-kanak prasekolah akan seronok menyelesaikan puzzle yang lebih kompleks antara 12-20 keping atau lebih.
3. Playdough, slime & bola
Apabila anak bermain sebarang mainan budak melibatkan penggunaan kedua-dua belah tangan, ia meningkatkan koordinasi antara tangan serta mata dan kemahiran lain seperti menggenggam dan memegang.
Bermain playdough atau tanah liat, slime atau bola merupakan antara contoh mainan kanak-kanak yang melibatkan penggunaan kedua belah tangan.
Ads
4. Pretend play
Pretend play atau role play, merupakan permainan dramatik yang mempunyai manfaat kognitif, sosial dan emosi yang terbaik.
Melalui permainan seperti ini, contohnya bermain masak-masak, doktor atau guru, anak akan mula menerokai apa yang disukai, diminati dan menjelajahi dunia di sekeliling mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada anak untuk belajar sesuatu perkara baharu berkaitan kehidupan.
Mainan kanak-kanak yang menyokong permainan ini termasuk perabot saiz kanak-kanak, pakaian dan solekan, anak patung dan pakaiannya, makanan plastik, mesin tunai, alat permainan pengangkutan dan sebarang barangan kreatif membolehkan anak ‘berlakon’ (pretend).
Ads
5. Kit seni & kraf
Seni dan kraf merupakan antara mainan yang digemari kanak-kanak. Berikan anak kertas, pensel warna, krayon dan gunting yang selamat untuk mereka.
Lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila berjaya menghasilkan potongan bentuk unik. Berikan sokongan dan percayalah ia akan terus meningkatkan motivasi mereka untuk lebih berimaginasi dan menjadi kreatif.
6. Mainan muzikal
Seperti lagu, muzik juga memainkan peranan penting dalam kehidupan anak yang membolehkan mereka membesar dan mengembangkan ingatan sambil meningkatkan kemahiran sosial.
Hadiahkan anak drum mainan dan lihatlah mereka berseronok mengetuk dan ketawa. Xylophones turut merupakan antara mainan muzikal yang disukai kebanyakan kanak-kanak.
7. Basikal, kasut beroda & skipping rope, antara mainan budak berfaedah
Jangan biarkan anak terkurung di rumah! Manfaatkan cuaca yang baik pada waktu petang (atau pagi) dan bawa mereka ke taman permainan dengan aktiviti seperti di atas. Selain baik untuk fizikal ia juga baik untuk mengimbangkan badan dan kemahiran berfikir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika anda memandu kereta automatik pasti akan perasan ada satu button ‘shift lock’ pada gear kereta.
Namun bukan semua tahu apa fungsi button tersebut. Lebih-lebih kaum wanita yang tidak suka ambil tahu bab kereta. Sebaliknya hanya mengambil tahu bab asas sahaja.
Sebenarnya Button shift lock ini dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu. Shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi anda daripada P.
Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang anda kena letakkan gear pada N, contohnya seperti kereta perlu ditunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan.
Begini cara guna:
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke dan ubah ke N
4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock yaa.
5. Lepaskan break tangan dan biarkan free.
6. Kemudian baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.
Sumber : Wan Tan Automotive
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Habuk memang menjadi masalah utama bagi setiap kediaman. Jika habuk dibiarkan boleh menyebabkan kerengsaan mata, batuk, bersin, demam alergi atau serangan asma.
Bagi mereka yang mementingkan kebersihan, sudah pastinya akan memastikan persekitaran rumah dalam keadaan bersih.
Salah satu kawasan berkumpulnya habuk adalah pada bilah-bilah kipas. Apabila habuk yang berkumpul ia akan menyebabkan putarannya menjadi semakin perlahan.
Tips kali ini menyediakan alat bantu untuk membersihkan kipas hanya 57 saat sahaja. DIY sendiri untuk membuat alat bantu membersihkan kipas. Selepas ini anda tidak perlu lagi menggunakan tangga atau penyapu!
DIY alat cuci kipas siling
Bahan-bahan Yang Dilakukan :
Penyapu bulu ayam
Penyampung paip pvc
Paip pvc
Kayu
Langkah-Langkah :
1. Sediakan dua batang penyapu bulu ayam macam gambar di bawah ini.
2. Potongkan pada bahagian pemegang penyapu bulu ayam seperti yang dilakukan ini.
3. Pasang atau cantumkan penyambung paip pvc bersama paip pvc yang lain.
4. Masukkan 2 dua batang penyambung bulu ayam tersebut pada penyambung paip pvc itu. Ia akan menjadi roda bulu ayam seperti gambar di bawah ini.
5. Sambungkan kayu yang panjang dan lekatkan dengan salotape untuk dijadikan pemegang.
6. Ini adalah hasil akhir yang telah siap.
7. Dan sekarang anda boleh mula mencuci kipas syiling rumah dengan mudah tanpa penyapu atau tangga. Paling best seminit sahaja bersih kipas.
Mendengar pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan kebenaran rentas negeri, pastinya ramai antara kita teruja untuk pulang ke kampung hingga ada yang menitiskan air mata dek kerana sudah lama menanti pengumuman keramat daripada pihak kerajaan berkenaan isu ini.
Dengan keputusan tersebut, tibalah masanya Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan terutama balik kampung berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.
Walau kita gembira dengan pengumuman tersebut, SOP jangan dilupa dan memetik laporan di Harian Metro, Polis mengingatkan orang ramai yang belum divaksin supaya jangan cuba menggunakan kad vaksinasi palsu kerana boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya tidak menafikan cubaan itu mungkin akan ada namun sekiranya ditahan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut akta itu.
“Kita mempunyai empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasar raya, kedai makan dan hentian lebuh raya untuk memastikan mereka sudah lengkap dua divaksin.
“Selain itu, kita akan tambah pasukan pemantau di peringkat balai dan kita ada sembilan balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan masing-masing akan tubuhkan pasukan pemantau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu penutupan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Alor Setar Utara di sini, tengah malam tadi.
Hadir sama, Timbalannya, Superintendan Mohd Redzuan Salleh.
Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, tiga SJR iaitu Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan dan Plaza Tol Hutan Kampung ditutup sepenuhnya pada 12 tengah malam tadi.
Beliau berkata, semua 240 anggota yang terbabit ketika penugasan pasukan pemantau Covid-19 termasuk SJR akan pulang ke unit masing-masing.
“Walaupun SJR dan penugasan itu sudah tamat namun tugas polis tidak terhenti di sini malah pemantauan akan berterusan termasuk pemeriksaan mengejut (snap check) akan dilakukan,” katanya.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya menjangkakan jumlah pengguna jalan raya yang pulang ke kampung dan memasuki daerah Kota Setar akan bertambah pada hujung minggu ini termasuk yang hendak ke Langkawi melalui Kuala Kedah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk kita melancong ke Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520