Jom wangikan rumah dengan 4 tip mudah ini. Guna bahan-bahan yang ada di dapur ibu-ibu je. simple tapi berkesan. Jimat belanja dan yang penting tak menggunakan bahan kimia.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot ❤
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah ❤
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3.Wangikan Rumah ❤
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4.Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Pinggan mangkuk adalah antara produk yang wajib ada di ruang dapur. Kebiasaannya pinggan mangkuk ini akan dipakai untuk kegunaan harian. Pun begitu, pasti akan ada stok pinggan mangkuk tersimpan di ruang dapur untuk kegunaan pada masa-masa tertentu.
Tidak dinafikan, tujuan memiliki lebih banyak stok pinggan mangkuk ini bagi setiap wanita mempunyai pelbagai alasannya yang tersendiri. Paling biasa, hendak digunakan semasa menjamu dan merai kunjungan tetamu.
Hal ini, tentu sahaja memerlukan kaedah pengurusan dan storan pinggan mangkuk yang berkesan untuk memastikan ruang dapur terlihat kemas dan tidak padat dengan lambakan pinggan mangkuk tersebut. Ingin ketahui caranya, jom semak 5 kaedah yang praktikal.
1.Bahagikan mengikut set
Susun pinggan, mangkuk hidang , cawan dan sebagainya di dalam set yang sama. Cara ini sangat popular digunakan oleh ramai antara kita. Mudah untuk dicari kerana disusun di tempat yang sama set.
2.Susun di dalam almari kaca
Memilih untuk menyimpan koleksi pinggan mangkuk di dalam almari kaca juga bukan sahaja menjadikan ia nampak tersusun. Malah turut berfungsi sebagai salah satu elemen dekorasi yang cukup istimewa. Sebaiknya susunan pinggan mangkuk hendaklah dapat memperlihatkan ciri dan rekaan istimewa pinggan tersebut dengan mudah. Sekali gus menjadikan ruang dapur seakan galeri yang memukau.
3. Aturkan di rak terbuka
Peletakan pinggan mangkuk di susun rapi di bahagian rak terbuka juga satu idea yang ringkas dan menarik. Menggandakan impak dekorasi, pilihan pinggan mangkuk hendaklah disusun dengan kombinasi pelbagai warna yang menarik.
4. Simpan di dalam kabinet tertutup
Menyimpan pinggan mangkuk di dalam kabinet tertutup penuh umpamanya adalah cara yang paling ‘selamat’. Anda tidak perlu terlalu memberi perhatian pada cara susun atau sebagainya kerana pinggan mangkuk tersebut terlindung daripada pandangan. Apa yang penting pinggan mangkuk tersebut disimpan di dalam keadaan mudah dicapai dan sebaiknya disusun mengikut setnya.
5. Cawan digantung
Selain cawan disusun dan diletakkan secara biasa, ada baiknya gunakan kaedah yang berbeza dan menjimatkan ruang. Sebagai contoh memilih peletakan rod besi yang dilengkapi dengan penyangkut untuk menggantung cawan. Ia nampak begitu kemas dan tersusun rapi. Malah lebih mudah untuk dicapai jika ingin digunakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular rakaman video menunjukkan seorang anak kecil sedang duduk di ruang gerai seakan bilik kecil yang diperbuat daripada papan.
Rakaman tersebut dimuatnaik oleh ibunya, Deanna Erlyssa menerusi media tiktok.
“Saya saja share video tu untuk kenangan tapi tak sangka pula boleh viral. Saya nak tunjuk dekat mereka nanti sebab ikut saya dan suami pergi berniaga.
” Rupa-rupanya ramai orang yang kongsi cerita mereka pun dulu ikut mak ayah pergi berniaga sama macam anak saya sekarang.
“Apa-apa pun saya bersyukur dengan semua yang Allah dah aturkan. Dapat anak yang sihat dan baik juga satu anugerah dan nikmat Allah pinjamkan untuk kami sekeluarga,” ujar Deanna lagi.
Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, disebabkan tidak menghantar anaknya Nuramira Dylaina, 3, dan Amir Dylan yang baru berusia enam bulan ke rumah pengasuh, dia terpaksa membawa anak-anaknya pergi berniaga.
“Saya memang bawa dua-dua anak ikut pergi berniaga. Saya pernah cuba hantar di rumah pengasuh supaya lebih selamat tapi dia (Amira) tak nak duduk situ pula. Bila bawa berniaga ni risiko, dia main merata.
“Tapi ada baiknya juga sebab saya boleh pantau pergerakan dia sebab ada depan mata. Lagipun saya berniaga pukul 4 petang sampai 10 malam saja.
“Saya kesian tengok anak tak bebas bergerak sedangkan memang usia dia ni tengah seronok bermain. Jadi saya sediakan ruang kat bawah meja berniaga tu sebagai ruang bermain,” ujarnya.
Dia yang menetap di Taman Jasmin, Senawang, Negeri Sembilan ini berkata antara tujuannya membuat ruangan kecil khas di bawah meja berniaga tersebut adalah untuk mengelakkan anaknya bermain di sekitar kawasan gerainya yang terletak depan sebuah kedai mainan di Senawang.
Menurut Deanna lagi, dia dan suaminya, Amyzan Syafiqi, 28, sudah lama berniaga laksa tempurung, corndog, jagung susu serta kentang goreng di situ.
Malah, ujar Deanna lagi, ini bukanlah kali pertama mereka membawa anak ke tempat berniaga.
“Saya memang akan bawa dia dan adiknya pergi berniaga. Setiap kali nak pergi tempat berniaga, dia akan pilih siap-siap nak bawa mainan apa untuk main di bawah meja nanti.
“Biasanya dia akan bawa mainan dan pensil warna. Ikut mood dia nak main apa nanti. Dia memang selesa duduk bawah tu sebab suami dah sediakan kipas jadi memang tak panas pun.
“Dari segi keselamatan saya dah ambil kira juga. Sebelum anak nak keluar, saya akan suruh dia panggil sebab saya akan pantau dulu jadi tak ada masalah pun.
“Ramai yang puji anak saya baik sebab dia siap tolong berniaga. Dari dia kecil lagi kami dah bawa berniaga jadi memang dah terbiasa dengan rutin macam ni.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.