Umum mengetahui Mawar Karim dan Fizo Omar yang dahulunya merupakan pasangan suami isteri namun mengambil keputusan berpisah kerana sudah tidak sehaluan.
Pun begitu, hubungan antara mereka tetap baik atas dasar anak dan sering bergilir-gilir menjaga anak tunggal mereka ini.
Baru-baru ini kecoh apabila Mawar karim memberi ‘pesanan’ buat bakal isteri kepada Fizo Omar supaya tidak menggunakan gelaran Mummy atau mama.
Mawar Karim mendoakan bekas suaminya itu supaya bertemu jodoh secepat mungkin.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Mawar menjawab pertanyaan pengikutnya yang mengajukan soalan berkaitan Fizo.
Ads
“Bagi Kak Mawar, tak marah kalau bapa Maryam nak kahwin. Lagi gembira dan cepat-cepat kahwin, lagi bagus. Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna.
“Kak Mawar tak sempurna, serba kekurangan. Kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua,” katanya.
Namun, Mawar mengingatkan kepada bakal isteri Fizo supaya tidak menggunakan panggilan ‘mummy’ atau ‘mama’.
Ads
“Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti, jangan panggil ‘mummy’ atau ‘mama’ sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar. Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang sebab dia begitu istimewa,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Mawar menafikan yang dia iri hati dengan membuat pesanan sedemikian. Sebaliknya panggilan Mommy dan mama itu sememangnya khas buatnya, banyak lagi panggilan lain yang boleh digunakan seperti ibu , bonda dan sebagainya.
Mawar dan Fizo sebelum ini berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Pasangan itu bercerai pada Julai 2019.
Sejak pendemik melanda dan lebih-lebih lagi menjelang Lebaran, adanya sekatan tidak boleh pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya bertemu orang tersayang. Pastinya pengumuman yang dibuat oleh pihak pemerintah membuatkan ramai rakyat berasa kecewa, marah dan bersedih hati.
Pun begitu, membaca satu perkongsian di facebook, Najibah Mustaffa ada berkongsi pandangannya dari sisi berbeza. Ini perkongsiannya dan sebaiknya kita cuba terima setiap ujian ini dan pastinya sambutan raya tahun ini akan menjadi satu lagi nostalgia dan memori yang akan disebut-sebut di masa akan datang.
Ini yang dikongsikan oleh Najibah.
PKP 3.0. Ramai yang marah dan geram dengan keputusan mengejut begini. Rentas negeri, rentas daerah, bahkan nak rentas pagar rumah jiran pun tak boleh. Allahu, sungguhlah ia ujian emosi, ujian sabar, ujian lidah dan jari jemari juga buat kita di hujung Ramadhan begini.
Saya pun sedih. Geram pun ada lah juga bab mengejut gini. Cumanya saya fikir. ‘Orang atas’ tentu tidak mahu buat keputusan tidak popular begini. Dikecam sana sini. Sampai ada rakyat sebut “takpe tak bagi aku balik raya. Nanti pilihanraya tunggu, aku tak bagi undi”. Ha lebih kurang macam itu.
Ia tentunya dibuat atas pelbagai pertimbangan, maslahah nyawa lebih besar daripada keinginan kita semua untuk bergembira di Aidilfitri. Kata orang, ibarat tarik rambut daripada tepung. Rambut tak putus, tepung tak bersepah. Ia kerja sukar.
Selalu dah dengar ceramah tentang akhir zaman. Keadaan manusia nanti macam mana. Terasa seperti ia permulaan kepada keadaan itu. Jadi nak marah, bergaduh, keadaan jadi serba tak kena. Entah bagaimana ye keadaan tahun tahun mendatang.
Bab raya ni. Saya cuma fikir begini untuk pujuk hati. Sudah berpuluh tahun Allah beri kita keseronokan berhari raya. Packing beg baju, balik kampung. Tempuh perjalanan jauh sambil dengar lagu raya. Bila terperangkap jammed tu. Dia menambahkan memori raya kita. Memang indah.
Tapi itulah. 2 tahun ini Allah uji kita begini. Bukan kita saja. Pandemik satu dunia. Jadi kita pujuk pujuk hati, duduk sekejap fikir yang baik dan besarkan syukur. Syukur ya Allah, kita masih sihat. Paling kurang ada pasangan dan anak-anak depan mata. Mak ayah dan adik beradik yang jauh dimata, kita rentas ke hati mereka dengan doa insyaallah. Ada saudara kita di luar sana Aidilfitri mereka di katil hospital, sedang bertarung nyawa.
Dan bila raya di rumah sendiri begini. Kita wujudkan suasana itu. Ajaklah pasangan dan anak-anak. Kemas rumah, pasang lagu raya. Lagu raya Dato’ Alif Syukri tengah trending katanya.
Ceritakan kepada anak-anak bagaimana sunnah Rasulullah saw menyambut Aidilfitri – pada ruang terbatas yang boleh kita lakukan.
Bawa jiwa emak-emak, sediakan juga menu raya. Raikan anak-anak yang gigih berpuasa. Biar mereka rasa gembira. Masak lebih pun tak apa. Boleh hantar ke rumah jiran. Sangkut dipagar boleh, jaga jarak sosial.
Malam malam pasang pelita ke, lampu liplap ke. Ajak anak isi kuih raya dalam balang. Walaupun nantinya kita anak beranak je yang ulang makan. Malam raya kita takbir sama-sama. Buat macam kita selalu buat tu bila balik kampung. Cuma bezanya kali ini ia berlaku di rumah kita.
Baju raya tu kita pakai je lah. Bergambar kenangan sekeluarga. Nanti nantinya ia akan jadi memori mahal.
“Dulu tahun 2021 semua kita raya di rumah masing masing je”.
Ada perkara di luar kawalan kita. Dan ketika itu kita pilih untuk buat apa yang kita boleh.
Terjumpa satu quote yang beri semangat juga kepada saya.
“If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow”.
Bab sabar, redha ini pun dalam alQuran banyak ayat yang memotivasikan. Insyaallah, kita mulakannya sekali lagi. Sama sama. Kita yakin satu perkara, buat sama sama dan berjemaah ini ada kekuatan padanya. Insyaallah.
Dan dalam munajat kita di hari hari akhir Ramadhan ini. Doakan juga frontliners agar mereka terus kuat. Katil ICU pun dah sampai tahap maksimum tu. Mereka penat lama dah. Dan mereka pun ada keluarga. Raya nanti pun mesti ramai frontliner kena kerja. Kan?
Barangkali asbab doa doa kita yang bersatu. Allah beri jaluran rasa yang kuat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan sebaiknya. Aamin.
Catatan selepas Subuh. Dan status ini pun barangkali tidak popular. Cuma berkongsi isi hati dengan niat menguatkan rasa.
Anda selalu alami masalah sakit kat tekak? Macam mana nak kurangkan sakit ni sebelum berjumpa doktor? Jom cuba langkah ini dulu.
5 Cara Hilangkan Sakit Tekak
1. Kumur air garam. Ambil sedikit garam, campur dengan segelas air suam. Kajian Randomised controlled trial RCT yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0% (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan ‘non-bacterial pharyngitis’ pada tekak. Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2019.
2. Makan aiskrim. Kenapa aiskrim dapat kurangkan sakit tekak? ‘Soothing effect’ dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
3. Lozenges. Ini pun boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan di farmasi terdekat. Ia dapat mengurangkan rasa sakit pada tekak.
4. Gargle. Ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Biasanya saya akan nasihatkan pesakit untuk menggunakan sebelum dan selepas makan.
5. Ubat. Antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati ada tanda jangkitan bakteria. Memandangkan kebanyakan masalah sakit tekak adalah akibat jangkitan virus, penggunaan antibiotik sebenarnya jarang dilakukan.
Semoga info kali ini berguna untuk kalian. Jemput #share dan #kongsi kepada orang yang anda sayang.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak Sumbangan Rangkaian Jalan Raya, Mantan Menteri Kerja Raya, Tun Dr S Samy Vellu Meninggal Dunia.
Belasungkawa Tun Dr S Samy Vellu. Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita duka dengan pemergian Tun Dr S Samy Vellu negarawan yang juga mantan Menteri Kerja Raya dan bekas presien MIC (Malaysian Indian Congress ).
Samy Vellu yang berusia 86 tahun meninggal dunia di kediamannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur kira-kira jam 7 pagi Khamis.
Berita kematian mendiang dikongsikan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menerusi hantaran Facebook beliau pagi tadi.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PM UCAP TAKZIAH
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bekas Presiden MIC, Tun Dr S Samy Vellu pada pagi ini.
Menerusi posting di facebook miliknya, beliau menyifatkan mandiang banyak memainkan peranan dalam pembangunan rangkaian infrastruktur jalan raya di negara ini.
“Pagi ini saya menerima berita sedih tentang pemergian Tun S Samy Vellu, mantan Presiden MIC dan bekas menteri Kabinet yang paling lama berkhidmat bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008.
“Mendiang juga menjadi Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari 1989 hingga 1995. Mendiang banyak memainkan peranan dalam pembangunan rangkaian jalan raya dalam negara,”
“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Jasa beliau akan terus dikenang,
PENGHORMATAN TERAKHIR
Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Kerja Raya, Tun Dr S Samy Vellu yang meninggal dunia pagi tadi, boleh hadir ke kediamannya selepas jam 2 petang ini.
Bekas setiausaha yang mewakili keluarga Samy Vellu, Datuk E Sivabalan, berkata mendiang akan dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dekat Jalan Kuari, Cheras esok.
“Urusan pengebumian sedang dibuat untuk mendiang Tun Dr Samy Vellu yang meninggal dunia pagi tadi.
Menurut Datuk E Sivabalan, mereka yang ingin memberi penghormatan boleh berbuat demikian selepas jam 2 petang hari ini di kediaman Tun Samy Vellu di No.19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur,
SUMBANGAN
1. Menerajui MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010.
2. Mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun pada 1959 apabila dia menyertai MIC cawangan Batu Caves.
3.Antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.
4. Menteri Kerja Raya daripada 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula 1974 hingga 2008.
5. Pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran persekutuan di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi dari 1978 hingga 2008.
6. Mewujudkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Universiti AIMST dan Kolej Tafe.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...