Kalau bab-bab menghias rumah ini, ibu-ibu yang paling teruja. Apa sahaja tip atau info yang diberikan pasti cuba dipraktikkan di rumah sendiri. Lagi lagi kalau yang melibatkan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.
Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai dekorasi bajet ini yang meraih perhatian ramai kerana ia lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.
Ini antara langkah ringkas yang dikongsikan:
Deko Bajet RM5 jer untuk buat batang langsir DIY ???
Balut pvc dgn balance wallpaper Gantung langsir 4 tahun lps..
Bole la wat tipu2..
Ini bahan yang diperlukan
Ads
Balut PVC dengan menggunakan lebihan wallpaper…
Inilah hasilnya. Mudah kan!
Ads
Saya buat macam ni..
Idea tersebut mendapat respon daripada warganet yang memuji dekorasi bajet ini kerana ia boleh dijadikan cara mudah untuk memasang langsir. Selain itu, ada juga yang turut berkongsi idea lain.
Daim YusufBenda yg lekat tu, sebenarnya ada yg kuat tp korg aje salah beli. Main kaut aje pastu gi bayar kt kaunter. Dkt packaging dia dh tulis had limit berat. Ada yg sampai 10kg+ tapi mahal sikit rasanya. Gam dia pun kena pastikan betul2 cair terus lekat. Benda ni nampak aje simple, tp baik kau paku aje. Senang ??
Mariani Alikt umah guna paip pvc & paku clip dia… senang, jimat… bila nk cuci langsir, longgarkan je clip.. siap… kukuh pon kukuh…
Jila AbdullahI memang buat cara ni pun tapi rod langsir tu i beli ikea punya. Yang pelekat tu, i beli brand Command yg besar sekali tu. Boleh tahan berapa kg tah, lupa, and pakai tiga untuk length rod dalam 2m. Tapi pakai langsir ringan je la. So far, so good. Sebab Command tu boleh tanggal bila-bila, tinggal beli double tape dia je. Tak tinggalakan bekas pun kat dinding.
Farah Nurdiana AhmadRumah mak saya pakai PVC JK..senang sangat nak buka langsir..pastu paku kiri kanan..
Roha HayzzaMak aku guna pvc hahah pstu letak kulit telor hujung pvc, nmpk orii lahhh hahahhaa die pi spray telor tu jadi putih sama wrna ngn pvc tu, xde la nmpk batang paip.
Myda N’asmidaSy pun guna hook ni untuk langsir sliding door. Pasang awal puasa aritu setakat ni bertahan lg …
Fy FydaDekat rumah memang pakai ni tp lubangkan pastu skru.. Baru kukuh
Baru-baru ini pengasas kosmetik Noir, Eriyca Baiduri yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu berkongsi momen indah menerusi laman sosialnya yang beliau menerima hadiah dari suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang lebih biasa dipanggil Tuan Penasihat (TP)
Kereta mewah model Mercedes Benz Gen-Z itu dihadiahkan kepada Madammu sebagai tanda penghargaan dan penguat semangat sempena menjalani rawatan In-vitro fertile (ivf) selepas 8 tahun berkahwin mereka.
Madammu menyatakan, sebelum ini madammu kurang untuk berkongsi mengenai kereta miliknya Namun momen yang indah ini Madammu sangat terharu atas layanan TP dengan baik yang membuatkan Madammu lebih bersemangat untuk ikhtiar dalam mendapatkan zuriat pertama beliau.
“Madammu ni jarang nak share pasal video kereta, tapi Madammu share yang ini sebab terharu TP belikan Madammu untuk pregnancy gift. TP order 10 bulan lepas, dengan harapan masa dapat kereta ni Madammu dah pregnant.
“Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Banyak dugaan sepanjang proses IVF Madammu. Banyak proses, kadang-kadang Madammu sampai give up! Lagi-lagi lepas kena remove fallopian tube pula.” Tulisnya.
Bagaimanapun Madammu menyifatkan rasa bersyukur dan sangat bahagia kerana masih ada suami dan anak-anak masih ada disisi sebagai tanda penguat sepanjang manjalani rawatan IVF meskipun banyak cabarannya.
“Madammu sedih bila TP asyik sebut ‘bila nak bau baby ni’. Lepastu dia pujuk Madammu semula. Tak apa lah! Gift Kereta ni untuk semangat Madammu dalam meneruskan rawatan IVF journey. Terima kasih Tp selalu buat yang terbaik untuk Madammu.
“Madammu tak perlukan harta benda untuk membahagiakan diri ni, cukuplah suami dan anak-anak disisi. Tanpa gift ni pun Madammu tetap akan meneruskan IVF.” Tulisnya lagi.
Perkongsian melalui Instagramnya mendapat perhatian umum, mencecah 900 000 tontonan. Rata-rata juga pengikutnya turut menitipkan mendoakan agar proses IVF Madammu Berjaya dan hajat untuk menimbang zuriat sendiri dimakbulkan.
Sumber : MH dan Instagram Eriyca baiduri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pembelian rumah adalah suatu pelaburan yang cukup menguntungkan dan tidak hairanlah ramai juga anak gadis membeli rumah sebelum berkahwin untuk dijadikan aset untuk jangka masa panjang.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan status harta yang dimiliki oleh seorang perempuan sebelum berkahwin andai meninggal dunia, adakah harta tersebut akan menjadi hak milik sepenuhnya kepada suami atau perlu juga dibahagikan kepada waris yang lainnya.
Memahami situasi ini, jom kita baca penjelasan daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semoga dapat memberi pencerahan sepenuhnya tentang perkara tersebut.
Soalan
Assalamualaikum Dato’ Mufti. Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin, adakah selepas kematian isteri, suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan-bulan, bahkan tak tahu pun kewujudan rumah tersebut?
Jawapan
Waalaikumussalam. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT atas segala nikmat diberikan serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka. Harta pusaka atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya. Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP[1], harta-harta itu termasuklah:
-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
-Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
-Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
-Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
-Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
Berdasarkan pembahagian kategori harta di atas, rumah yang dibeli isteri sebelum berkahwin dan berterusan menjadi hak milik isteri selepas berkahwin merupakan harta yang dikategorikan sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan kepada ahli waris yang mempunyai perkaitan atau disebut sebab perwarisan.
Antara ahli waris utama yang mempunyai bahagian harta pusaka ialah suami, anak-anak (lelaki dan perempuan) dan ibu bapa. Jika kesemua ahli waris ini ada dan masih hidup, maka harta si mati akan dibahagikan keseluruhannya kepada mereka selepas ditolak kos pengurusan jenazah si mati, hutang-piutang dan wasiat yang ditinggalkan.
(Lihat: al-Mughni al-Muḥtaj, 4/7)
Sementelahan itu, rumah yang dibeli isteri di atas tidaklah menjadi hak milik penuh si suami. Sebaliknya akan dibahagikan berdasarkan ketetapan Syarak. Sebagai contoh, jika kita mengandaikan kesemua ahli waris seperti suami, seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan dan ibu bapa si mati masih ada.
Suami, ibu dan bapa si mati akan dapat bahagian masing-masing terlebih dahulu. Kemudian, keseluruhan baki harta (BH) akan diberikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah anak lelaki dua kali ganda anak perempuan.
Pembahagiannya seperti berikut:
Jika si mati hanya mempunyai aset sebuah rumah sahaja dan nilai harga semasa rumah tersebut ialah RM700,000 contohnya. Maka, suami hanya dapat 9/36 bahagian rumah sahaja, berjumlah kira-kira RM175,000. Selebihnya diberikan kepada ahli waris seperti yang tertera pada jadual di atas.
Situasi akan berbeza jika sebelum isteri meninggal dunia, isteri sudah menjual atau menukar hak pemilikan rumah kepada orang lain. Kesannya, rumah tersebut tidak tergolong di bawah harta pusaka lagi dan ahli waris tidak layak menuntut harta tersebut.
Kesimpulannya, suami mempunyai hak terhadap aset rumah si mati sebanyak 1/4 bahagian sahaja. Pembelian rumah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin tidak memberi kesan terhadap kelayakan suami mendapat bahagian harta pusaka rumah tersebut melainkan rumah tersebut sudah dipindah milik kepada orang lain.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Walaupun lambakan produk di pasaran, tetapi bukan semua daripada kita sesuai menggunakannya secara bebas. Adakalanya produk ini buat muka jadi lebih teruk malah kulit wajah naik berjerawat.
Mungkin kurang sesuai dengan jenis muka kita atau mungkin juga bahan yang digunakan kurang serasi dan mesra dengan jenis kulit kita. Memilih produk berbentuk organik memang disyorkan namun selalunya produk dengan bahan organik ini harga boleh tahan juga.
Jadi, nak selamat dan berkesan dan paling penting tak gunakan kos, ada baiknya kita cuba petua alami untuk cantikkan kulit wajah. Sambil-sambil memasak, lebihan barang-barang dapur ini boleh anda gunakan ke muka. Senang jer!
Ikuti 5 langkah ini. Usahakan cantik seluruh wajah.
#Langkah 1 -Naikkan Seri Muka
Basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga. Kemudian bilaslah dengan air selama 10 minit. Untuk kulit yang berpanau atau bintik putih, ambil halia dan tumbuk, kemudian letakkan pada kawasan berpanau.
#Langkah 2 -Licin Dan Merahkan Wajah
Ambil tomato dan lecek halus. Letak pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Bilas dan amalkan 3 kali seminggu.
#Langkah 3 -Hilangkan Parut
Tumbuk kulit kayu manis hingga lumat dengan sedikit air. Bancuhkan bersama bedak sejuk dan ratakan pada parut. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga parut beransur hilang.
#Langkah 4 -Tegangkan Kulit Muka
Ambil timun dan sagat halus kemudian masukkan sedikit tepung ubi kayu. Bancuh agar jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Cukup hanya mampu melekat dengan baik pada wajah. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih dan amalkan petua ini.
#Langkah 5 -Merahkan Bibir
Sapu madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu dan insyallah bibir akan mekar dan merah dengan asli.
Wanita Lebih Cantik Jika?
Tak Merokok
Merokok memang bawa kesan pada kesihatan. Wanita kalau boleh jangan merokok kerana ada kesannya pada kulit. Nak kulit cantik dan sihat selalu ada baiknya jangan merokok.
Makan Banyak Buah
Buah memang banyak kelebihannya. Menurut pakar motivasi, amalkan makan buat ketika sebelum makan adalah yang sepatutnya dilakukan oleh kita. Menikmati buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Nak perut cantik? Jadi makanlah buah sebagai appertizer, bukan selepas makan!
Pilih Air Kosong
Seeloknya, minumlah air kosong sahaja selepas mengambil makanan dan elakkan air manis yang tidak menyihatkan. Jika boleh, contohilah Nabi kita yang tidak minum selepas makan. Itu lebih baik!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.