Setiap orang pasti ada kenangan atau momen yang paling indah atau diingati sehingga kini. Ada momen mencuit hati, indah dan tak kurang juga yang sedih. Bagi pelakon cantik manis, Anzalna Nasir, dia berkongsi kenangan ketika zaman kanak-kanaknya menerusi laman instagramnya. Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, ketika zaman remaja dia banyak berpindah randah ekoran komitmen ibu bapanya. Menurutnya lagi, selain Kanada, dia juga pernah menetap di Australia dan United Kingdom. Throwback pictures. Merata kami membesar. Dari Johor, Canada, Melaka, Perak, Australia, Kuala Lumpur last sekali UK tapi cuma mama, abah and @nazirahnasir97 saja pindah sana 2 tahun.
Bila tengok balik gambar-gambar dulu, kelakar dan rindu rasa macam nak masuk dalam gambar! Banyak sangat kenangan manis. #LilAnzalna
Memandangkan raya tahun ini kita tidak dapat beraya di kampung bersama ibu ayah, jadi perlulah kita sendiri sediakan apa sepatutnya untuk meraikan Syawal. Umpamanya jika sebelum-sebelum ini orang tua kita yang sediakan juadah tradisi raya, kali ini nampak gayanya kita sendirilah perlu buat seadanya. Paling tidak bolehlah buat ketupat palas agar mood raya tetap terasa walau meraikannya di bandar bersama keluarga kecil kita.
Jika kita lihat cara membuat ketupat palas yang dikongsikan oleh Puan Rusmani Hamzah, tidaklah rumit sangat dan kita boleh faham sebab siap dengan video tutorial. Jadi bolehlah dicuba!
Ini yang dikongsikan oleh Puan Rusmani Hamzah.
Raya dah nak dekat.. Jom kita pakat buat ketupat palas..
Ketupat lemak
Bahan-bahannya
Daun palas
1 kg beras pulut basuh dan rendam 1½ jam atau 2 jam
400 ml santan pekat
1½ sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
(campurkan garam dan gula dalam santan kacau sebati.. Ketepikan
Cara-caranya..
1. Tos kan beras pulut.
2. Sebelum kukus pasti pengukus tu dilapik dengan jaring.. Bila letak beras pulut.. Buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut..
3. Masak air untuk mengukus hingga didih.. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit..
4. Siap kukus tuang dalam besen.. pulut masih panas-panas buboh santan tadi. Gaul hingga sebati.. gaul makan masa lebih kurang 3 minit.. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.
5. Kukus pula kali ke dua selama 20 minit
6. Tuang pulut dalam besen pula.. gaul rata.. Dalam masa 3 minit..
7. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas.
8. Lepas siap bungkus boleh difrozenkan ataupon nak kukus terus untuk dimakan .
Ketupat serunding
Bahan-bahannya:
Daun palas
Serunding daging
1 kg beras pulut basuh dn rendam 1½ jam atau 2 jam
400 ml santan pekat
1½ sudu besar garam halus
200 gram gula
(campurkan garam dgn santan kacau sebati.. Ketepikan
Cara caranya..
1. Tos kan beras pulut.
2. Sebelum kukus pasti pengukus tu dilapik dengan jaring.. Bila letak beras pulut.. Buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut..
3.Masak air untuk mengukus hingga didih.. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit..
4. Siap kukus tuang dalam besen.. pulut masih panas-panas masukkan santan tadi.. gaul hingga sebati.. gaul tu makan masa lebih kurang 3 minit.. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut..
5. Kukus pula kali kedua selama 20 minit
6. Tuang pulut dalam besen pula.. Pulut masih panas-panas masukkan gula.. gaul rata.. Dalam masa 3 minit..
7. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus bersama serunding..
8. Lepas siap bungkus boleh difrozen.. Simpan dalam peti beku ataupun nak kukus terus untuk makan.
9. Lepas bungkus.. Jika nak makan terus.. mesti kukus 20 minit..
Subhanallah! meremang rasanya bila membaca kisah yang dikongsikan oleh Heliza Helmi yang mengikuti misi kemanusiaan baru-baru ini.
Biarpun tahu nyawa ibarat dihujung tanduk, namun srikandi Islam ini yang tidak sedikit pun ada rasa gentar dalam jiwanya untuk berbuat bakti di jalan Allah.
Semoga perkongsian ini mampu membuka mata dan hati supaya kita menjadi hamba yang bersyukur serta sentiasa mendoakan supaya suadara Islam kita disana mencapai keadilan kelak.
Menurut Heliza, dia dan rombongan hampir syahid dibedil peluru ketika dalam misi kemanusiaan tersebut. Biarpun sedar keadaan di sana cukup bahaya, tapi penyanyi dan sukarelawan cekal ini tetap nekad untuk turun ke bumi bergolak bagi menghulurkan bantuan.
Dalam satu temubual bual bersempena hari wanita bersama Suria Fm, Heliza telah menceritakan detik cemas ketika melakukan aktiviti sukarelawan di bumi Palestin, apabila secara tiba-tiba mereka mendapat panggilan supaya beredar dari kawsan yang dilawati kerana satu peluru akan dilancarkan ke arah mereka.
“Ketika kami mahu salurkan bantuan kemanusiaan, kami dikhabarkan akan ada sebuah roket peluru berpandu bakal meletupkan objek yang bergerak. Dan objek bergerak itu sebenarnya adalah kami kerana ketika itu berada di dalam van.
“Masya-Allah, kami takut ketika itu dan benar niat kami mahu mati syahid tetapi apabila terperangkap dalam situasi sebegitu, mahu atau tidak kami perlu cuba selamatkan diri. Masuk sahaja ke dalam van dan pemandu van memecut laju. Dijadikan cerita dalam perjalanan tersebut, van kami diberhentikan oleh seorang pemuda.
“Katanya kami perlu keluar dari kawasan itu kerana ia tidak lagi selamat. Lokasi itu telah dihujani bom, bermandi darah dan sebagainya. Syukur kerana Allah SWT masih lanjutkan usia kami. Mungkin juga kerana niat kami mahu membantu dan semoga Allah menggunakan kami untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Ujar Heliza lagi, mereka menyorok dalam liang lahad dan terus tawakal pada Allah. Akuinya, jika sampai masa sudah ada tempat untuk disemadikan. Mereka hanya berserah kepada Allah kerana jika mereka terus lari menggunakan kenderaan mudah untuk mereka menjadi sasaran peluru.
Selain itu, Heliza turut berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati.
“Setiap misi yang saya sertai memberi pengalaman yang berbeza. Salah satunya ketika menyertai misi kemanusiaan bersama NGO Aman Palestin di Syria. Ketika itu kami berada di kem Yarmouk berjumpa dengan pelarian Gaza.
“Saya sempat bertanya kepada seorang lelaki warga emas, apa yang dimakannya jika bantuan makanan tidak sampai ke sana. Jawabnya, “Apa yang kambing makan itulah yang kami makan.”
“Lebih memilukan, mereka mengambil kotak yang kami isi dengan pek makanan lalu mereka akan koyak menjadi cebisan-cebisan kecil kemudian direbus dengan air hujan lalu disuap kepada anak-anak kecil untuk mengalas perut.
‘Dan apa yang membuatkan kami (peserta misi kemanusiaan) berasa kagum dan hebat dengan sikap mereka adalah, walaupun dalam keadaan seperti itu mereka berkata, “Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami.”
Kisah sepenuhnya dikongsikan ketika temu bual bersama Heliza yang dimuat naik di dalam sebuah video.
Sempena Minggu Bunga Suria ini, Kami bawakan Heliza Helmi untuk berkongsikan tentang kisahnya pergi ke bumi Palestin bersama Issey, Fizi Ali dan juga Ain Sufia. Semoga kita semua dapat ilmu daripada pengisian Heliza Helmi. #suriafm #suriamalaysia #segalanya
Setiap ibu bapa punya hak dan cara tersendiri Dalam bab anak, demikian pandangan Datuk Seri Siti Nurhaliza berkenaan perkongsian wajah anak kepada umum atau tidak.
Menurut penyanyi tersohor tanah air ini lagi, setiap keputusan yang diambil nya mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.
“Kalau boleh saya tak mahu mengulas isu ini. Tapi bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.
“Saya yakin setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri. Semua orang ada pilihan,” katanya lagi ketika diminta mengulas mengenai segelintir selebriti yang membuat keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum.
Tambah pelantun lagu Lip Lap Raya itu, sebagai orang luar sepatutnya tidak perlu mempertikaikan keputusan atau hak orang lain.
“Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dipertikaikan,” katanya lagi.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.