Bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, hari ini pelakon jelita Mira FIlzah selamat melangsungkan majlis khatam al-Quran di kediamanya di Bangi pagi tadi.
Bakal melangsungkan perkahwinan dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid, Mira berkata dia tidak mengadakan majlis berinai kerana tidak digalakkan keluarganya dan ia digantikan dengan majlis khatam al-Quran.
“Alhamdulillah, majlis secara sederhana ini berjalan lancar. Ia diadakan atas permintaan keluarga dan kehendak bersama. Keluarga tak menggalakkan membuat majlis berinai. Lagipun majlis khatam al-Quran lebih baik untuk diadakan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan,” katanya.
Ads
Dalam masa sama, Mira masih merahsiakan tarikh rasmi majlis pernikahannya dengan Wan Emir yang dijangka akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Pada majlis khatam al-Quran yang hanya dihadiri keluarga terdekat itu, Mira mengenakan persalinan jubah berwarna merah jambu.
Ads
Menurut Mira, majlis turut diadakan bersama adik bongsunya, Nur Aina Fadhilah yang akan melangsungkan pernikahan esok.
“Majlis ini adalah gabungan saya dan Aina kerana dia bakal melangsungkan pernikahan esok. Jadi kami mengambil peluang untuk adakan majlis ini serentak memandangkan kakak sulung yang menetap di New York dapat pulang ke Malaysia untuk menyaksikan majlis penting kami. Dia juga tidak boleh berada di sini dalam tempoh yang panjang kerana kekangan kerja,” katanya.
Ads
Terdahulu, Mira menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun mendedahkan sudah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya.
Manakala, pada 16 Julai lalu ketika ditemui media, Mira mengakui kini tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Sumber : Hmetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi orang Kluang, Johor anda pasti tahu gerai yang menjual jemput-jemput murah dan sedap. Tentunya di sebuah gerai yang terletak di Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Kluang, Johor.
Gerai ini telah diusahakan oleh seorang warga emas iaitu Pak Mail yang kini berusia 73 tahun.
Di sini, terdapat pelbagai jenis jemput-jemput yang dijual. Jemput-jemput yang sedap ini hanya dijual dengan harga 10 sen sebiji. Antara yang unik adalah jemput isi naga, nangka, nenas dan jagung yang dicampur sekali dan anda akan rasa terdapat potongan buah-buahan didalamnya.
Walaupun telah dilarang oleh anak-anaknya agar tidak meneruskan berniaga, namun kerana minat, Pak Mail tetap meneruskan perniagaan ini walaupun keuntungan yang diperolehi tidaklah begitu banyak.
Bercerita mengenai dirinya, Pak Mail sudah kematian isterinya sejak 23 tahun lalu dan kini bersendirian membesarkan 12 orang anak-anaknya.
“Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang mengetahui, macam orang gila jaga anak.” kata Pak Mail apabila ditanya mengenai anak-anaknya selepas kematian isteri.
Pak Mail tidak mendirikan rumahtangga selepas pemergian isterinya kerana memikirkan soal anak-anak yang ramai. Begitu besar pengorbanan seorang ayah dalam usaha membesarkan anak-anak.
Dia membuka gerai setiap hari tanpa cuti. Walaupun tidak memperolehi keuntungan yang banyak namun Pak Mail rajin dan minat dalam perniagaannya.
Selain jemput-jemput yang sedap dan digoreng panas-panas, gerai Pak Mail juga turut menjual pelbagai perisa jemput-jemput yang menjadikan gerai Pak Mail ini unik.
Berniaga sambil bersedekah antara ayat yang keluar dari mulut Pak Mail.
Pak Mail menjual kira-kira 2000 biji jemput-jemput sehari. Pada bulan Ramadhan pula, Pak Mail masih gigih membuka gerai dan memberikan jemput-jemput percuma kepada orang ramai. Dia telah melakukan perkara tersebut selama lima Ramadhan berturut-turut.
Semoga Pak Mail terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan amalan berniaga sambil bersedekah dan berkongsi rezeki bersama-sama.
Pastinya berita kematian berkaitan wabak covid-19 yang dilaporkan baru-baru ini mengejutkan dan membimbangkan kita semua.
Dan memetik laporan akhbar Berita Harian, Malaysia mencatat dua kematian akibat wabak COVID-19, iaitu pesakit dari kes ke-178 dan ke-358.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi kes ke-178, ialah seorang lelaki warga Malaysia yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Seri Petaling baru-baru ini. Beliau beliau tidak mempunyai sejarah sakit kronik dan kematiannya memang berpunca dari COVID-19.
Berikutan kejadian ini, Ustazah Asma’ Harun turut mencoretkan rasa hati dan saranan buat kita di akaun fbnya agar menggunakan dan memanfaatkan masa kuarantin di rumah dengan memperbanyakkan membaca al quran.
Ini perkongsiannya.
Allahu Akbar, Innalillahi wa inna ilaihi Raajiun. Moga arwah di kalangan para solihin.
Kematian yang membawa hiba seluruh negara. Kematian yang mengejutkan mereka yang masih lena, leka, santai dan mamai.
Ujian dan Musibah ini..
Bagi yang beriman, akan menguatkan keimanan.
Yang sabar, semakin tinggi kesabaran.
Yang bergantung padaNya menjadi semakin kuat tawakkalnya.
Yang solat semakin menambah kekhusyukannya.
Yang baca AlQuran dan zikrullah semakin merasai kemanisannya.
Yang bangun malam, semakin awal bangun dan berlama bersamaNya.
Yang berusaha makin kuat ikhtiarnya.
Yang kufur nikmat, yang tidak kenal tuhanNya, yang masih enggan kembali padaNya, yang masih berat untuk berzikir berdoa sujud padaNya, yang masih enggan taat dan tinggal laranganNya.. Maka semakin bertambah ketakutan, kemarahan, menyalahkan, mencaci maki, resah gelisah dan membenci.
Sahabat semua, kita di kelompok mana saat ini ?
Dalam apa jua keadaan, tetap teguhlah kita dengan kesabaran dan solat, yakinlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Qs Al Baqarah : 153)
Apapun berlaku biarlah kita hanya antara dua sahaja, iaitu antara syukur dan sabar, tiada yang ketiga. Kerana keduanya itu adalah sifat orang mukmin yang membuatkannya makin dekat dengan Allah dan makin baik dan belas kasih dengan manusia.
Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.” (Qs. Hud: 11)
Setiap subuh, baca Yaasin dan Addukhan.
Setiap malam, baca alMulk dan Assajadah.
Siangnya, bacalah alWaqiah dan Arrahman.
Baca dan hafal 10 ayat awal surah alKahfi.
Dalam tempoh kuarantin ni, cuba habiskan baca surah alBaqarah dan Ali Imran. Kepada siapa yang beriman pada hari kebangkitan iaitu alam Akhirat pasti akan baca dua surah ini.
Daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad)
Atau baca sahaja sebanyaknya alQuran atau mana surah yang mudah bagi yang tiada masa duduk dengan alQuran. Ketika bekerja dan jalankan tugas, maka basahkan sahaja lidah dengan mengulang mana² surah yang dah dihafal walaupun hanya alfatihah dan 3 qul.
Allahu Akbar.. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan pengampunanNya. Kembali dalam Husnul Khatimah.. .
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.