Jika anda ingin membakar kek chiffon agar nampak cantik dan bahagian atas kek tidak terlihat hangus, ada trik yang boleh anda lakukan ketika membakar kek.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khatijah Mamat.
Ternyata kek yang dibakar nampak begitu cantik dan gebu sekali. Selain berkongsi tip, di sini turut disertakan resipi untuk dicuba.
Ini perkongsiannya.
KEK CHIFFON
Resepi
1. Telur 6 biji (asingkan putih dan kuning)
Ads
Bahagian A
1. 6 biji Telur kuning (pukul)
2. Masukkan minyak jagung ( 60 ml)
3. Masukkan santan yg dicampur perisa pandan (60 ml)
4. Masukkan tepung naik sendiri (1 cawan)
* pukul sebati bahan atas
Bahagian B
1. 6 biji telur putih (putar sampai berbuih)
2. Masukkan cream tartar (1 sudu kecil)
3. Masukkan gula 2/3 cawan, sedikit2 dalam 3 kali
* putar sehingga berkilat dan bila terbalik tak jatuh
Satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati…kacau manja-manja je…tuang dalam loyang
* loyang tak perlu sapu planta.
Ads
*Bakar suhu 170, 40 minit…bergantung oven masing-masing
* Dah bakar kek, agak-agak nampak kek macam dah coklat, letak kertas kat atas, supaya bahagian atas tak hangus
Ads
*Dah masak angkat terbalikkan loyang kek sehingga sejuk, baru boleh keluarkan kek
* Cara keluarkan kek dari loyang, guna tangan sahaja…tarik slow-slow dan sangat lemah lembut..sehingga kek lekang dari loyang..
Sumber : Khatijah Mamat via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Koleksi kereta Hot Wheels pastinya anak-anak kita ada memilikinya. Dek kerana harganya yang tidak terlalu mahal kita pula tidak terasa beban untuk membelikan setiap kali diminta oleh anak-anak. Sudahnya, bukan satu atau dua kereta Hot Wheels dimiliki malah kalau hendak di kira lebih daripada 10 koleksi.
Pun begitu itu tidak menjadi masalah lagi, yang geramnya bila anak-anak kita biarkan mainan Hot Wheels tersebut bersepah hingga sering juga kita terpijak semasa berjalan. Sakitnya hanya kita yang tahu!
Tidak mahu perkara yang sama terus terjadi, apa kata ibu-ibu lakukan seperti mana yang dihasilkan oleh Puan Meersha ini. Kreatif dengan menggunakan rak kasut untuk dijadikan rak kereta Hot Wheels yang praktikal.
Jom semak cara-cara membuatnya sebagaimana yang dikongsikan di akaun fbnya.
*UPDATE*
Ni saya sertakan cara-cara nak buat
Bahan-bahan :
– Rak kasut kayu..saya beli yang 4 tier (RM35 beli kat tesco..diy pun ada tapi 2 tier ke 3 tier je rasanya)
– Cable tie
Cara-cara:
1. Doublekan rak tu..susun bagi sama rata.
2. Pastu ikat guna cable tie..kalau nak skru pun boleh je.
3. Susun sampai abis rak yang ada..ikut la nak susun memanjang ke tepi atau memanjang ke bawah..saya buat memanjang ke bawah..tapi mesti double kan tau..kalau tak, tak muat nak letak kereta.
4. Ketat-ketatkan ikatan tu pastu potong cable yang lebih.
5. Dah siap. Drill letak kat dinding. Susun la kereta yang ada.
Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa. Jika sudah namanya menjadi seorang ibu atau ayah, pasti kita akan cuba untuk melakukan dan usahakan yang terbaik untuk kebahagiaan anak-anak tercinta.
Berkongsi kisah di facebook, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli berkongsi satu kiriman email yang menarik perhatiannya. Dimaklumkan kiriman email tersebut diterima daripada seorang ayah yang mahu anaknya didoakan agar diterima belajar di institusi pengajian tinggi awam setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM.
Namun apa yang lebih menyentuh hati adalah di mana anak tersebut kini sedang menghidapi penyakit ‘nephrotic syndrom’ (penapis buah pinggang gagal serap protien).
Ini perkongsian Dr Zulkifli di akaun fbnya.
KASIH SEORANG AYAH
Masih di pejabat, menyelesaikan beberapa tugasan, mesyuarat dan menyemak timbunan dokumen.
Saya banyak menerima emel daripada orang ramai, namun emel ini menarik perhatian saya. Seorang ayah mengirimkan emel kepada saya dan meminta saya mendoakan anakandanya disembuhkan daripada penyakit “nephrotic syndrome” dan diterima masuk ke UiTM Shah Alam.
Beliau juga ada mengepilkan keputusan SPM anakanda beliau. Subhanallah. Bijak orangnya.
Moga Allah SWT mengabulkan semua hasrat En. Raja Azman. Seorang ayah, pasti sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Biasanya lelaki yang bergelar ayah tidak semahir ibu dalam menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak. Tapi percayalah, dia sentiasa berusaha semampu mungkin untuk kebahagiaan anak-anaknya. Riak wajahnya mungkin tegas, tetapi siapa tahu berapa kali hatinya “menangis” untuk memastikan anak-anaknya berjaya. Emel ini membuktikan kasih seorang ayah.
Pakcik sentiasa doakan anakanda Raja Muhammad Ameir Nabil. Jangan lepaskan genggaman tangan ibu dan ayah, walaupun anakanda sudah jauh di puncak suatu hari nanti.
Umum maklum, untuk seseorang itu menurunkan berat badannya hatta 1kg sekali pun bukanlah perkara mudah. Tapi berbeza bagi pasangan suami isteri ini, Puan Rabiatul Adawiah Mohd Yusoff, 30 dan suaminya Encik Ahmad Jihad Ahmad Shafee, 30 yang dahulunya pernah mengalami masalah berat badan dan kini kembali kurus.
Atas sebab ini juga, kisahnya telah dikongsikan di dalam Majalah Keluarga terbitan Julai 2018 agar dapat memberi inspirasi kepada yang ingin menurunkan berat badan.
Ini Perkongsiannya
“Mula dulu saya sendiri tidak merasa saya gemuk sebab setiap kali tanya suami tentang perubahan fizikal saya, jawapannya sentiasa positif. Katanya saya cantik dan tak gemuk di matanya. Bila baju sendat untuk dipakai, suami akan belikan yang baharu. Jadi saya tidak merasa sebarang tekanan.
“Sampailah suatu hari saya beli penimbang digital, dan saya membayangkan berat saya mungkin dalam 90kg tapi selepas ditimbang berat badan saya 105kg. Melihat angkat tersebut memang saya sudah takut dan terus ajak suami untuk lakukan sesuatu untuk turunkan kembali berat badan.
“ Tidak dengan itu, sebenarnya kami berdua acap kali ditegur oleh ibu tentang berat badan yang bagai dipam-pam ni. Sebenarnya pertambahan berat badan ini bukannya mendadak. Seingat saya selepas melahirkan Ahmad Furqan empat tahun lalu, berat badan saya semakin bertambah dari tahun ke tahun.
“Manakala suami pula menampakkan perubahan berat badan selepas berkahwin lagi. Senang cakap, berat badan kami sama-sama naik. Mungkin sebab ini juga kami tidak rasa masalah dan gembira sahaja dengan keadaan itu,” ujar Rabiatul atau lebih mesra disapa Bie di awal bicaranya.
Perasaan dalam hati
Apabila diminta untuk berkongsi perasaan, nyata wanita berwajah manis ini juga punya perasaan rendah diri dan malu untuk bertemu dengan orang ramai. Apatah lagi jika terserempak dengan kawan-kawan lama.
“Pernah suatu ketika tu, saya dan suami pergi ke pusat membeli belah dan tiba-tiba saya ternampak kelibat kawan saya dari jauh. Sebelum terserempak saya cuba elakkan dari ternampak tapi terserempak juga.
“Dan sedihnya bila jumpa kawan tu boleh cakap, “Bie apasal kau gemuk sangat ni, ngerinya!” Saya dengar perkataan ngeri tu saya memang terpukul sangat,” cerita Bie lagi dengan panjang lebar.
Ubah 360 darjah
Baginya, kecantikan wanita itu selain pada raut wajah dan penampilan, berat badan juga memainkan peranan yang penting untuk tampil sempurna.
“Orang perempuan memanglah nak sentiasa cantik. Walaupun masa itu saya gemuk, saya juga teringin untuk nampak cantik. Namun apa yang saya perasan, belilah macam mana mahal sekali pun pakaian yang ada, tapi saya tetap nampak tidak menarik.
Memastikan berat badan terus dapat diturunkan, bukan sahaja aktiviti jasmani ditekankan malah dari sudut pengambilan makanan juga diubah 360 darjah. Jika dahulu tidak ambil pusing tentang pemakanan sihat, namun hari ini setiap makanan yang diambil dipastikan kalorinya terlebih dahulu.
“Kami memilih tentang makanan. Semuanya perlu makanan yang sihat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tiada lagi makanan bergoreng tapi beralih kepada masakan panggang dan kukus. Boleh katakan perubahan gaya pemakanan keluarga kami memang total 100% berubah.
sumber : Majalah Keluarga isu Julai 2018
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di