Ramai ibu bapa impikan anak yang pintar akademik. Sudah sediakan ruang belajar dan buku latihan anak tetap tidak menunjukkan kecemerlangan.

Pelbagai tip parenting carian di ‘google’ menjadi habuan ibu ayah ini yang mengharapkan anak-anak berjaya. Namun tetap tiada perubahan.

Menarik dengan perkongsian seorang guru mengenai cara merangsang anak muridnya menjadi seorang menjadi cemerlang. Mungkin boleh jadi panduan untuk mendidik anak-anak.

Ikuti perkongsian seorang guru ini.

Bacaan lanjut: Berapa Yang Perlu Anda Kena Simpan Sebulan? Ini 5 Tabung Kecemasan Yang Wajib Ada.

Cara bina Pelan Intervensi untuk bantu murid kuasai subjek

Ramai rakan yang bertanya saya pelan intervensi terbaik untuk bangunkan pengetahuan dan kebolehan murid.

1. Kenali punca masalah.

Kita akan jumpa beberapa masalah yang mungkin menjadi faktor utama murid tidak dapat kuasai kemahiran.
Cerita dari guru saya. Seorang cikgu Matematik Tambahan baru pindah. Hari pertama dia masuk ke sekolah berkenaan, benda yang dicari ialah peratusan markah murid. Daripada markah tersebut, dia memikirkan segala macam usaha untuk membantu, membina objektif dan kretiria kejayaan setiap kali PdPc. Dia Juga dapat mengesan punca masalah murid yang belum menguasai dan mula membina pelan intervensi.
Sebenarnya inilah kerja guru. Mencari jalan dengan cara yang betul dan smart, supaya ilmu yang kita sampaikan dapat dimanfaatkan untuk semua murid tanpa membazirkan peluang dan ruang yang ada.

2. Sediakan short list nama-nama Murid yang menjadi fokus utama.

Sebaiknya dalam jumlah yang minimum untuk satu pelan intervensi. Saya biasa gunakan 3-5 orang sahaja.

3. Merangka aktiviti, teknik, bahan pengajaran yang sesuai dengan keperluan anak-anak ini.

Di sinilah bermulanya inovasi. Bina teknik yang menarik dan bahan yang simple tetapi memudahkan tugas kita untuk pulihkan murid.
Banyak proses akan berlaku.. Try and error itu biasa, tapi percayalah setiap kali kita cuba, banyak penemuan baru yang kita jumpa. Seronok.

4. Ambil masa untuk bertemu murid fokus secara bersemuka.

Nyatakan hasrat untuk bimbing mereka, nak jadikan mereka menguasai subjek yang kita ajar. Biasanya bila saya jumpa secara personal murid-murid ini, mereka akan berterima kasih dan dari raut wajah mereka sangat menghargai usaha kita.

5. Masa itu emas, manfaatkan setiap ruang yang ada untuk bantu murid.

Waktu rehat saya ialah bersama dengan mereka. Santai-santai, sambil makan, sambil buat kerja lain mereka di sebelah.

6. Catat setiap pergerakan dan peningkatan yang berlaku.

Tak susah, tidak membebankan. Sekali kita mula, pasti kita akan sentiasa teruja untuk tahu perkembangan mereka.

IKLAN

7. Dokumentasikan setiap langkah, catatan dan pergerakan yang berlaku. Itulah pelan intervensi kita.

Cara bantu murid lemah

1. Syarat untuk berjaya bukan kerana pandai dan bijak, tapi kerana rajin dan usaha. Tak perlukan duitpun untuk push mereka, cukup dengan kata-kata semangat, puji-pujian dan tunjukkan bahawa kita hargai mereka.

2. Kita juga pernah menjadi sebahagian dari mereka. Pasti ada subjek yang kita tidak kuasai dan rasa susah. Masa tu kita hanya mengharapkan cikgu fahami kita, cikgu bantu kita, cikgu ajari kita dengan cara yang kita boleh terima dan kita akan rasa sedih bila disisihkan serta dianggap sebagai bebanan. Oleh itu lakukan seperti apa yang kita harapkan dari cikgu kita dulu.

3. Murid lemah adalah rezeki bagi saya. Kerana berusaha nak pulihkan mereka, saya cipta inovasi. Bila mereka dapat kuasai setelah berulang kali diajari , itulah nikmat paling besar yang Allah beri.

4. Tiada murid lemah, kita bukanlah sesiapa. Kerana ada mereka kita tahu sejauh mana kemampuan kita menguasai ilmu dan kemahiran pedagogi. Usah bangga dengan sijil dan DG yang kita miliki jika kemampuan kita belum betul-betul teruji.

IKLAN

5. Sentiasa beri harapan kepada anak-anak ini. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan
” Awak tidak pandai”
“Awak tidak mampu”
“Awak tiada Harapan”
Tukarkan kepada…
” Awak belum pandai.. Nanti cikgu usaha sampai awak dapat”
” Awak belum mampu.. Insya Allah cikgu akan bantu”
” Awak adalah harapan cikgu… Jadilah orang hebat untuk Cikgu”
Kata-kata kesannya lebih hebat daripada sentuhan dan pukulan. Jika murid menerima kata-kata yang negetif, luka di hatinya sukar sembuh dan parutnya di bawa mati.
Kata-kata semangat mampu membuatkan mereka ceria dan yakin untuk berusaha. Ingat.. Syarat berjaya bukan kerana pandai tetapi rajin usaha.

6. Kita cikgu, sangat dekat dengan murid. Apa yang kita beri, itulah yang mereka bawa untuk meneruskan kelangsungan hidup juga hingga ke dunia akhirat. Alang-alang memberi, berilah yang terbaik.
Sesungguhnya… Kita bukan sesiapa tanpa mereka.

Selamat beramal sahabat semua.. Kita ada tujuan yang sama. Bina ladang pahala untuk bekal akhirat.

Kredit: Aminah Mat Yusoff Yusoff

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club