Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

Dalam satu temu bual bersama Astro AWANI, adik Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty menyifatkan Benjy merupakan seorang abang yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Dalam perkongsian tersebut, Inessa mendedahkan kehidupan sewaktu zaman persekolahan yang dilalui oleh arwah abangnya itu tidak sama dengan kanak-kanak lain seusianya.

“Balik Sekolah Tolong Mama Tukar Lampin & Suap Makan Kami.” Adik Kongsi Momen Bersama Benjy, Sifatkan Abang Yang Penuh Kasih Sayang!

“Kakak saya (Elza Irdalynna) lahir semasa abang (Benjy) berumur 9 tahun, saya pula lahir semasa abang saya berumur 12 tahun… mama dan abah sibuk bekerja semasa itu. Benjy tidak pernah melalui kehidupan kanak-kanak yang normal.

IKLAN

“Sejak dia berumur 9 tahun, setiap hari selepas balik sekolah, dia akan bantu mama untuk jaga kami seperti tolong salin lampin dan suap makan.

“Dia (Benjy) akan jaga kami seperti anak dia sendiri dan terus buat perkara sama sehingga kami besar,” katanya dalam nada sebak ketika ditemu bual Astro AWANI.

“Balik Sekolah Tolong Mama Tukar Lampin & Suap Makan Kami.” Adik Kongsi Momen Bersama Benjy, Sifatkan Abang Yang Penuh Kasih Sayang!

IKLAN

Menurut Inessa lagi, setiap manusia tidak sempurna dan tidak akan lari daripada melakukan kesilapan, sama seperti Allahyarham abangnya.

“Segala kesalahan yang ditafsirkan oleh undang-undang yang dilakukan dia, kami tidak boleh nafikan kasih sayang kami kepada dia.

“Balik Sekolah Tolong Mama Tukar Lampin & Suap Makan Kami.” Adik Kongsi Momen Bersama Benjy, Sifatkan Abang Yang Penuh Kasih Sayang!

IKLAN

“Elza dan saya sangat terhutang budi dengan dia atas apa yang dia buat, menjaga kami sejak kecil, tiada apa yang mampu mengubahnya,” kata Inessa yang akan mengenang abangnya sebagai seorang lelaki yang sarat dengan kasih sayang kepada keluarganya.

Allahyarham Benjy, 43, yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad akibat penyakit asma.

Sumber: Astro AWANI

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI