Tidak hanya mahukan keuntungan semata-mata, pemilik Albel Balloons Enterprise, Nurliza Suhandi dan suaminya, Muhammad Amir Shaari tetap menjaga malah bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan menggunakan belon yang biodegradable setiap kali memberi perkhidmatan belon hiasannya kepada pelanggan.
Perniagaan dekorasi belon dan ‘ Surprise Delivery Service’ yang diusahakan oleh pasangan suami isteri ini bermula secara part time sahaja akhirnya membuahkan hasil. Apa lagi bila hasil kreativiti pertama dekorasi balloon arch ( belon gerbang) untuk majlis hari jadi anak buah mendapat perhatian ramai.
“Pada awalnya, kami cuma terlibat secara ‘part- time’ setiap hujung minggu pada tahun 2015. Pelanggan yang terawal yang support sudah semestinya dikalangan saudara mara dan kawan-kawan sahaja. Saya Ketika itu masih bekerja sebagai Engineer di Kuala Lumpur.
“Dekorasi yang kami lakukan ketika itu adalah sempena majlis hari jadi, perasmian, dan juga untuk dekorasi booth jualan. Dekorasi kami memang mesti ada element belon. Sebab kami minat dan rasa mudah untuk dijadikan bisnes.
“Dekorasi kami yang pertama adalah dekorasi balloon arch ( belon gerbang) untuk majlis hari jadi anak buah. Selepas melahirkan anak pertama, pada 2016, barulah saya full time buat bisnes ini dan daftarkan perniagaan kami dengan nama Albel Balloons Enterprise, hasil gabungan nama kami bersama,” katanya berkongsi.
Perlu banyak belajar dan rujukan untuk berjaya
Tambah Pn Nurliza lagi, sejak awal lagi dia menjadikan Youtube sebagai gurunya dalam menghias selain memperbanyakkan rujukan melalui pelbagai sumber di internet termasuklah Instagram, Pinterest dan sebagainya.
“Jujurnya kami banyak belajar dari Youtube untuk buat pelbagai dekorasi dan dapatkan idea pada awal penglibatan. Dari segi idea untuk dekor pula, kami akan tanya pelanggan terlebih dahulu apa rekaan yang menjadi kesukaannya dan kami akan sediakan ‘mock-up’.
Selain itu, kami juga dapatkan idea dari pelbagai sumber di internet seperti di Instagram dan Pinterest untuk dekorasi-dekorasi belon yang trending. Sebab boleh dikatakan hampir kesemua rekaan dan dekorasi belon di sana sangat cantik, menarik dan ada pelbagai variasi. Di sinilah kami banyak belajar,” katanya lagi berkongsi.
“Balloonviral” dapat perhatian
Bermula secara kecil-kecilan kini nama Albel Balloons Enterprise semakin menempa nama dalam bidang ini. Antara servis yang ditawarkan bukan sahaja dekorasi belon untuk majlis bahkan turut sama melebarkan sayap dengan bisnes ‘surprise delivery’ yang dinamakan “balloonviral”.
“Surprise delivery kami tetap gunakan element balloon seperti Helium Balloon Delivery, Hot Air Balloon Delivery, Balloon Bouquet Delivery, Balloon Mosaics dan semestinya Balloon decor.
“Paling menarik kesemua servis ini ditawarkan pada harga cukup berbaloi untuk semua iaitu bermula dengan harga RM70 hingga RM2500 mengikut pakej yang disediakan,” katanya lagi.
Kata Pn Nurliza lagi, dia lebih dahulu mengutamakan kemahuan dan citarasa pelanggannya dan kemudiannya barulah disuntik elemen tambahan bagi mencantikkan lagi sesebuah dekorasi dalam perkhidmatannya.
“Kebanyakan customer sudah ada design yang mereka mahukan. Especially for balloon decoration, tema mereka dah ada, jadi kami akan cadangkan dari segi warna dan element yang boleh dimasukkan,” katanya lagi.
Tetap jaga alam sekitar
Bagi mengembangkan lagi sayap perniagaan ini, Albel Balloons Enterprise dalam perancangan untuk mengeluarkan beberapa lagi produk yang kreatif malah menawarkan perkhidmatan yang lebih eksklusif untuk pelanggan.
Prihatin dengan penggunaan produk belon ini, dengan rasa tanggungjawab kata Pn Nurliza, produk yang ditawarkannya sentiasa menggunakan belon yang ‘biodegradable’.
“Dalam usaha untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, kami sentiasa menggunakan belon yang biodegradable. Selain itu, kami juga merancang untuk menjalankan program-program CSR yang pernah kami lakukan sebelum ini,” katanya lagi.
Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan Albel Balloons Enterprise dengan dekorasi belon kreatif untuk pelbagai majlis, lawati Instagram/ TikTok, @balloonviral;@aray.bv atau terus hubungi talian 0182907976/011-62742128 untuk menempah.