Penyanyi, Ayda Jebat jarang-jarang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang kini semakin membesar.
Namun perkongsian penyanyi itu di Instagramnya baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Menerusi entri itu, wajah si comel Aali Mateen yang kini berusia hampir sembilan bulan dikongsikan ibunya. Bahkan Ayda juga turut berkongsi perkembangan terkini anak keduanya itu.
“Good Morning from Dedek Aali. Gebu dek! Almost 9 months!
“Cepatnya masa berlalu. Tau tau kejap lagi dia dah pergi main paintball dengan Dadaa @nabilmahir
Ads
“Dedek Update:
• Dah ada 6 gigi • Favourite food : BROCCOLI & BANANA • Cuba nak jalan sendiri walaupun diri masih terhuyung hayang • Anak Dadaa • Diaper size XL
Ads
Malah wajah comel dan ceria Aali yang tampil mempromosikan lampin pakai buang menarik perhatian ramai. Memang comel dan gebu gebas.
Wargamaya juga meninggalkan pelbagai reaksi malah geram dengan tubuh badan semangat Aali Mateen.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali.
Biarpun kehidupan serba kekurangan dengan keadaan rumah yang tidak sempurna, namun keluarga ini cukup pembersih. Keadaan rumah dijaga rapi dan bersih. Itu yang dikongsikan oleh puan Natipah Abu. Menerusi laman facebooknya, sukarelawan terkenal dari utara ini menunjukkan keadaan pondok usang yang didiami oleh sepasang suami isteri dan empat orang anak ini bersih dan tenang walaupun keadaannya serba kekurangan
Menurutnya lagi, keluarga ini memerlukan RM7K bagi membina dapur yang selamat dan juga selesa. SEDEKAH JUMAAT :
BINA DAPUR ASNAF.
ANGGARAN KOS RM7K.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
“ Datanglah pada bila-bila masa pun, rumah ini memang sentiasa bersih dan kemas. Jadi mereka susah bukanlah kerana sikap … “
Inilah syurga pasangan muda yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur diantara 9 , 7 , 3 dan 1 tahun.
Kita setuju dengan pendapat komuniti setempat yang telah memanjangkan kisah keluarga ini kepada kita. Jarang sekali kita temui rumah yang dhaif sebersih ini.
Biarpun dapur cuma berlantaikan tanah .. namun dijaga bersih. Ada ruang basuhan di hujung dapur .. tetapi tiada sebarang bauan yang kurang menyenangkan pun.
Ruang ibu rumah , rumah batu dibuat sendiri seadanya dan hanya langsir menjadi pemisah bilik . Apa yang ada di dalam rumah ini juga pemberian orang. Diterima dengan besar hatinya oleh mereka suami-isteri.
Pasangan ini mengambil keputusan menyiapkan ruang dapur rumah mereka dengan bahan yang ada disekeliling seperti kayu batang pinang, zink terpakai, buluh dan lain-lain kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah yang mahal.
Mereka membuat keputusan berpindah ke rumah yang didirikan di atas tanah orang tua ini hampir setahun yang lalu.
Si suami baru saja dua minggu bekerja di sebuah kedai welding dengan gaji hari. Sebelum ini, beliau bekerja di sebuah kedai welding di bandar dan dibayar RM50 sehari. Tidak tahan berulang alik berjam-jam setiap hari dengan motosikal, beliau nekad berhenti kerja dan bekerja di kampung saja.
Bila ditanya tentang gaji di tempat baru … beliau menjawab dengan nada yang perlahan ..
“ Jujur saya cakap … saya takut nak tanya tentang gaji. Takut nanti taukeh tak mau terima saya pula …”
Hajat dipanjangkan utk kita membantu menyiapkan ruang dapur rumah pasangan ini termasuk pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik. Mujurlah tiada bil utk bekalan air bersih kerana datangnya dari bukit dan disalurkan ke kampung di bawah projek “ air muafakat “.
Atas sebab itu, maka Sedekah Jumaat kita hari ini kita niatkan untuk membina dan menyiapkan dapur rumah milik Encik Mohd Fitri Bin Md Kassim dan keluarga. InsyaAllah … kerja-kerja pembinaan akan bermula ahad ini.
Mudah-mudahan dengan berkat sedekah kita ini akan memberikan kediaman yang lebih selesa buat mereka anak beranak.
Kita permudahkan orang .. InshaAllah satu hari akan ada insan yang Allah S.W.T kirim untuk mempermudahkan kita kelak .
Jumaat yang barakah, salam dan selawat buat Junjungan Besar kita …
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memulakan sesuatu perkara yang baru kepada anak-anak tentunya memerlukan latihan dan galakan daripada kita sebagai ibu ayah.
Apatah lagi dalam menunaikan ibadah puasa yang memerlukan mereka menahan lapar dan dahaga untuk tempoh masa yang panjang.
Jadi apa kata praktiskan beberapa tip yang dikongsikan Saleha Idris ini.
1. Kebiasaannya dibuat untuk anak usia 5-9 tahun
2. Terangkan kepada anak tentang bulan Ramadan. Bulan Ramadan dah menjelang. Adik cuba puasa ya. Nanti kita tak boleh makan siang selama 30 hari. Beritahu jadual makan akan berubah. Kita makan dua kali sahaja. Sebelum Subuh dan waktu Maghrib.Perlu memberitahu untuk masukkan info di dalam minda mereka. Terangkan ini Latihan buat mereka. Ajar hormat orang puasa. Makan senyap dan bukan di depan khalayak.
3. Panggil mereka juga bersahur. Semasa sahur kita borak dan berbual. “ Adik puasa ke hari ni, ni adik sahur”. Walaupun mata dia kebil tak apa. Asalkan kita dah masukkan perkataan dalam minda dia.
4. Sebagai ibuayah yang menjadi role model pada anak anak. Anak anak akan perhatikan perbuatan ibuayah.Waktu Ramadan ini mereka akan lihat rutin kita berbeza. Sudah banyak habiskan masa membaca Al-Quran. Waktu tengahari ibu sudah tidak ke dapur tetapi ambil wuduk dan terus membuka AlQuran. Waktu malam dipenuhi dengan solat tarawih dan bermunajat. Anak anak akan tiru perbuatan ini. Percayalah, rumah yang dipenuhi AlQuran dan mengingati Tuhan. Jiwa anak lembut dan mudah dibentuk.
5. Sediakan makanan bernutrisi.Apa yang dimakan akan menjadi darah daging. Pilih makanan yang beri khasiat dan nutrisi.
Tidak penting penuhkan meja dengan hidangan banyak.
Cukup 1 atau 2 lauk sahaja. Ambil chia seed dapat simpan air dalam tubuh anak. JAdikan mereka tenaga.
6. Tidur awal dan nyenyak. Selepas tarawih boleh buka AlQuran lagi. Mengaji sebelum tidur. Makanan berkhasiat galakkan tidur dan tenaga baik. Boleh ambil minuman atau makanan seperti pisang, susu, dark Chocolate 70% drink OCOC. Bagus untuk dapat tidur nyenyak.
7. Kurang menonton televisyen dan rancangan yang melalaikan. Jika sebelum ni layan senatron 2 jam. Kurangkan 30 minit. Tanamkan matlamat untuk cuba khatam Quran.
8. Jika anak beritahu mereka lapar. Minta mereka tahan sedikit dahulu. Beri masa contoh lagi 10 minit. Jika tidak dapat juga dan melihat anak sudah tidak berdaya. Minta mereka minum air dahulu. Percayalah kelamaan mereka sendiri tidak selesa untuk makan. Kerana dalam kepala mereka sudah dipasak aku berpuasa ni. Untuk permulaan jika mereka tidak biasa.
9. Kurangkan aktiviti bermain yang guna banyak tenaga. Beri mereka rehat dan santai sahaja.
10. Boleh buat visualisasi. Minta anak Tarik nafas tahan dan hembus.
Buat relaksasi. Kemudian minta mereka bayangkan diri kuat semangat dan bertenaga.
11. Beri ganjaran. Setiap hari jika mereka dapat selesaikan puasa. Beri mereka ganjaran intrinsic (pujian dan penghargaan). Beri mereka ganjaran ekstrinsik. (Duit, masakan kegemaran) Ganjaran ekstrinsik adalah diberi pada awal untuk membentuk habitual behavior. Apabila perbuatan itu sudah boleh ditanam teruskan pasak kebaikan dalam minda.
Lima tahun bergelar suami isteri, pelbagai onak duri dan dugaan ditempuhi Datin Alyah dan suami, Dato Ramli M S. Jujur mengakui, kapal mana yang tidak dilambung dek ombak, namun yang penting kepercayaan dan saling bertolak ansur.
“Ada masanya kapal di laut akan dilambung ombak, begitu juga dengan perkahwinan kami. Ada masa tenang, ada masa bergelora. Itu lumrah. Gaduh tetap ada tetapi kami bukan jenis yang cepat terasa sebaliknya kami mengambil pendekatan ‘melupakan’.
“Kalau saya merajuk sekali pun, akan ‘sejuk’ sendiri sebab tiada yang nak pujuk,”seloroh pelantun lagu Kisah Hati tatkala bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya.
Ditanya mengenai karekter Datuk Ramli MS di rumah , akui Datin Alyah suaminya itu orang yang paling rajin memasak juadah untuk mereka sekeluarga seperti menu ikan bakar, asam pedas dan sebagainya.
“Dato jenis simple orangnya, tapi dia agak cerewet kalau bab makan sebab dia nak makanan yang masak di rumah dan dia memang rajin memasak.
“Kalau makanan yang kita beli di kedai apatah lagi bazaar, dia tidak suka. Kalau beli sekali pun, dia akan pergi tempat yang dia suka sahaja. Jadi, memang selalunya dia ambil tugas masak untuk kami sekeluarga. Cuma Dato dia ada sejenis perangai pelik apabila memasak.
“Selain tak suka orang ada di dapur ketika dia memasak, dia juga akan sukat terlebih dahulu setiap bahan yang akan di masak. Dah macam gaya chef memasak di dapur. Cerewetnya sampaikan saya tak larat nak melayan. Jadi saya biarkan dia masak sendiri. Yang penting saya dapat makan.
“Biasanya saya akan sediakan bahan-bahan dan suami akan memasak. Kalau suami jenis masak ikut sukatan, saya pula main campak-campak sahaja. Dato juga jenis pembersih orangnya dan tak boleh lihat ada sampah di dapur,”ujar Datin Alyah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelajar terjatuh dari bangunan sekolah di daerah Kinta dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di HRPB Ipoh. Pihak polis serta Jabatan Pendidikan sedang menjalankan siasatan lanjut.