Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Dapat tawaran bidang perubatan, lebih memilih undang-undang
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Aiman merupakan anak arwah adiknya. Ketika arwah meninggal dunia, beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman baru berusia tiga tahun.
Sejak dari itu, beliau menggalas tanggungjawab untuk menjaga Aiman seiring dengan permintaan arwah adiknya. Sebagai penjaga yang sah, Sheikh Muszaphar bersyukur dapat melihat setiap kejayaan yang diraih oleh Aiman.
Ads
Tambah Sheikh Muszaphar yang berkongsi kisah di laman Instagramnya, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, Aiman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar berkata dia sentiasa berdoa dan memberi sokongan buat Aiman.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. Tambah warganet, kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab (الصلوات), diambil dari perkataan solat (الصلاة) yang bererti doa atau pujian. Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita perlu menjadikan amalan selawat ini sebagai sebahagian dalam kehidupan kita.
Kehebatan kesan selawat ini telah dialami sendiri oleh wanita ini. Sempena Maulidur Rasul, kita ikuti perkongsian wanita ini kebaikkan selawat dari kaca matanya.
Hebatnya kesan salawat
1. Sebelum tidur
Membaca salawat sebelum tidur, menyelesaikan banyak masalah kehidupan kita pada hari itu. Bangkit esok harinya dengan fikiran yang tenang, dada yang lapang, hati yang bersih.
Pernah terjadi satu peristiwa, saya dibelenggu dengan masalah yang agak berat. Malam dah larut tapi mata terkebil-kebil memikirkannya. Dada terasa sesak, kepala pula terasa berat dan tepu.
Allahu..
Tiba-tiba teringat Pesan Almarhum Ayah, jika tiada jalan penyelesaian pada sesuatu perkara, bersalawatlah..Pasti Allah melapangkan segala yang sempit, memudahkan apa yang susah, melancarkan apa yang tertangguh.
Yang penting salawat itu mesti ikhlas, jika tidak dapat perasaan ikhlas itu ulanglah sehingga kita mendapatkannya.
Betul bagai dikata, satu persatu Allah bagi penyelesaian . Masalah yang sebesar gunung seolah hilang dalam sekelip mata.
Subhanallah..Beban yang menyesakkan dada akhirnya terbang entah kemana.
Terima Kasih ya Allah.
2. Sebelum membuat pilihan
Dalam hidup ni terlalu banyak pilihan yang kita kena buat. Daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar urusan.
Memilih pasangan, memilih kerjaya, memilih course pengajian, memilih rumah, memilih kenderaan sehinggalah memilih makanan, pakaian dan barangan keperluan.
Islam mengajar kita tentang istikharah, meminta petunjuk Allah dalam membuat pilihan, salawat salah satu cara kita bergantung harap kepada Allah. Sangat mudah, ringan pada sebutan dan boleh kita lakukan walau dimanapun berada.
Sabtu lepas saya ke pasar senggarang untuk membeli keperluan. Takdir Allah, ada satu gerai menjual nenas, semuanya sudah siap dilonggokkan. Satu longgok 5 biji. Memang susah nak pilih sebab saiznya berbeza.
Sambil memilih saya bersalawat mudahan dapat buah yang elok dan manis.
Apa yang mengejutkan, saya bukan sahaja dapat buah yang baik tapi Mak cik yang jual tu bagi extra lagi satu biji. Subhanallah.. Pasti dan pasti jika dimulai dengan perkataan yang baik, hasilnya juga terbaik.
Cuba bayangkan sebelum memilih pasangan, memilih kerjaya, membuat keputusan yang besar dalam kehidupan, kita dahulukan dengan salawat, berharap sepenuhnya pada Allah SWT, tentu kita tidak akan kecewa dengan pilihan yang dilakukan.
3. Ingat kembali apa yang terlupa
Seringkali juga mendengar pensyarah saya bersalawat apabila terlupa sesuatu perkara.
Elok diamalkan apabila berada dalam dewan peperiksaan, mungkin dengan asbab ikhlas kita mengingati Rasulullah bersalawat kepada Baginda, Allah memudahkan segala urusan kita menjawab soalan.
4. Sebelum dan selepas doa.
Memang biasa kita amalkan, membaca salawat sebelum dan selepas doa.
5. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
Alangkah berkatnya setiap langkah, pekerjaan yang kita laksanakan setiap hari jika dimulai dengan salawat.
Kelebihan salawat ini adalah hak dan kurniaan Allah.
Selagi masih bernafas, lazimilah dengan salawat, jangan sekali-kali mengharapkan balasan dan kelebihannya semata-mata. Lakukan kerana kita sangat sayang pada Nabi Muhammad SAW juga mengharapkan redha Allah dan kasih dariNYA.
اللهُمَّ صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا.
Jodoh itu misteri dan setiap antara kita apabila berjodoh dengan seseorang mahukan ianya kekal hingga ke Jannah. Namun jika takdirnya ada juga hubungan suami isteri terkandas di tengah jalan, masing-masing ingin mencari haluan berbeza.
Meskipun begitu andai masih ada jodoh tidak mustahil hubungan yang terputus bertahun-tahun lamanya, bertaut semula. Inilah orang kata, jika jodoh masih kuat.
Hal yang sama terjadi kepada bekas personaliti TV Datuk Ras Adiba Radzi yang kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhamed Azam Ali buat kali kedua. Perkahwinan ini berlangsung di dalam majlis serba ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.
Jodoh Masih Kuat
Ras Adiba berkata tiada lain jodoh mereka masih kuat meskipun pernah bercerai sebelum ini.
Baginya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi.
“Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut.
“Tidak ada orang yang sempurna justeru kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi.
“Perkahwinan seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing,” katanya.
Rahsiakan Penceraian
Menurutnya lagi, dia perlu menghargai setiap saat yang dilalui sekarang ini dan harus bijak sesuaikan diri dengan pasangan dalam sesebuah perkahwinan.
“Kita tidak boleh mengubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri,” katanya.
Pasangan itu sudah berkenalan sejak 1986 sewaktu Ras Adiba masih bertugas di stesen TV3. Mereka kemudian berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.
Dia juga pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Neelofa yang kaya pun belek harga sebelum beli, normal bagi wanita. Ternyata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor juga seperti ibu-ibu yang lain. Sebelum beli sesuatu barang, akan belek-belek harga terlebih dahulu.
Melalui Insta Storynya, Neelofa berkongsi kehadirannya di majlis meraikan ulang tahun pertama jenama Kita&Co yang pertama. Kelihatan Neelofa membelek-belek harga sehelai seluar. Perlakuannya itu sama seperti ibu-ibu di luar sana yang turut mempunyai ‘kelakuan’ yang sama sebelum membeli apa-apa jua jenis barang.
Golongan ibu, sering kali dilihat sebagai pengguna yang bijak berbelanja. Salah satu ciri utama yang sering diperhatikan ialah kecenderungan mereka untuk membandingkan harga sebelum membuat sebarang pembelian.
Sama ada di pasar raya, kedai runcit, atau platform membeli-belah dalam talian, ibu-ibu selalunya memastikan mereka memperoleh nilai terbaik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Namun, adakah tabiat ini hanya sekadar kebiasaan atau sebenarnya suatu amalan yang bijak? Mengapa Ibu-Ibu Suka Membandingkan Harga?
Kewangan Keluarga yang Terkawal
Ibu-ibu biasanya memainkan peranan penting dalam mengurus kewangan keluarga. Dengan memastikan harga yang terbaik, mereka dapat mengelakkan perbelanjaan berlebihan dan memastikan bajet bulanan dapat diurus dengan baik. Lebih-lebih lagi, dengan kenaikan harga barang keperluan yang sering berlaku, perbandingan harga ini membantu mereka berjimat.
Pengetahuan Mendalam Tentang Pasaran
Melalui membandingkan harga, ibu-ibu menjadi lebih peka terhadap perubahan harga di pasaran. Mereka dapat mengesan bila harga barangan keperluan naik atau turun, dan ini memberi mereka peluang untuk membeli barangan tersebut pada waktu yang paling sesuai, misalnya ketika ada promosi atau diskaun.
Kepuasan Membeli-Belah
Ada juga unsur kepuasan psikologi dalam membandingkan harga. Bagi sesetengah ibu, mereka merasa lebih berpuas hati apabila mengetahui bahawa mereka telah berusaha untuk mendapatkan tawaran terbaik. Ini memberikan rasa kepuasan apabila barang yang dibeli bukan sahaja berkualiti tetapi juga pada harga yang lebih rendah berbanding biasa.
TEKNIK MEMBANDINGKAN HARGA YANG DIGUNAKAN
Ibu-ibu menggunakan pelbagai kaedah untuk membandingkan harga, termasuk:
*Melawat beberapa kedai sebelum membuat keputusan akhir. Ini terutamanya berlaku apabila membeli barangan besar seperti perabot atau peralatan elektrik.
*Menggunakan aplikasi perbandingan harga dalam talian. Banyak ibu kini memanfaatkan teknologi untuk membuat perbandingan harga dari pelbagai platform.
*Memantau iklan promosi dalam risalah, katalog, dan platform media sosial. Kadangkala, promosi yang baik hanya berlangsung dalam tempoh yang terhad, jadi ibu-ibu yang peka akan cepat bertindak.
Adakah Ini Suatu Amalan Bijak?
Pada dasarnya, membandingkan harga sebelum membeli merupakan satu amalan bijak yang membantu pengguna, terutamanya ibu-ibu, untuk berbelanja dengan lebih berhemah. Dengan ini, mereka dapat memastikan setiap perbelanjaan adalah berbaloi dan mengurangkan risiko pembaziran.
Selain itu, tabiat ini juga mendidik anak-anak tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik, kerana anak-anak akan melihat bagaimana ibu mereka berhati-hati dalam berbelanja dan menghargai nilai wang.
Amalan membandingkan harga sebelum membeli bukanlah sekadar kebiasaan semata-mata, tetapi satu strategi yang membantu ibu-ibu untuk berbelanja secara bijak.
Dalam dunia yang semakin mencabar dengan kenaikan kos sara hidup, ibu-ibu memainkan peranan penting dalam memastikan keluarga mereka dapat terus hidup selesa dengan kewangan yang terkawal. Jadi, bagi ibu-ibu yang suka ‘belek harga’ sebelum beli, teruskan usaha ini kerana ia sememangnya satu langkah yang bijak!