Apabila berpeluang duduk di rumah waktu PKP, pasti ramai yang tak melepaskan peluang bersama famili dalam membuat macam-macam aktiviti kan.
Inilah masanya untuk mengeratkan lagi hubungan, kalau sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
Demikian juga dengan aktres cantik manis, Fasha Sandha. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, isteri kesayangan Aidil Aziz ini memuat naik video dia mendekorasi bilik anak-anaknya.
Project PKP 2.0 Alhamdulillah bangga dapat buat sendiri semuanya 😂 😍 Penat tapi berbaloi… Dapat siapkan bilik anak2 dan bilik kucing2. Now masa untuk fokus pada pengambaran drama terbaru. ❤️
Ads
Jom siapa yang dirumah tapi takde idea nak buat apa, boleh ikut kami. 💜 #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha
Selain bilik anak, Fasha juga turut menghias bilik kucing yang dipeliharanya. Menurut ibu kepada 3 cahaya mata ini, dia gembira dapat menyiapkan bilik anak dan kucing sebelum kembali aktif di set penggambaran.
Ads
Rata-rata warganet berkongsi pandangan mengenai perkongsian Fasha itu.
adrianahalinda2011Sama kita dear..br siap repaint bilik sendiri, potong pokok luar and cat dinding pagar, buat bilik kucing…bgs jugak pkp kan..many diy things we can do 😍
masrinasaadthank you mommy ya.. surely mommy n kids puas hati❤️
Jadi suri rumah bukanlah mudah, ada cabaran dan pengorbanan yang perlu dilaksanakan. Tiada waktu cuti khusus, 24 jam masanya di rumah akan dihabiskan dengan membuat pelbagai kerja seperti memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian dan macam-macam lagi dari seawal pagi hingga lewat malam.
Rutin sebegitu sudah dilalui bertahun-tahun lamanya tanpa jemu, malah setiap kerja yang dilakukan dibuat tanpa bergaji, semua demi keluarga tercinta.
Namun semua kerja dan tanggungjawab ini pastinya boleh mendatangkan tekanan yang kuat jika tidak disokong atau dibantu oleh suami dan anak-anak.
Berkongsi tentang stress seorang wanita bergelar suri rumah, Parenting Influencer Pn Wawa Shauqi berkongsi infonya.
Semoga dengan perkongsian ini sekurang-kurangnya dapatlah daripada pihak suami atau anak-anak lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh seorang isteri dan ibu. Ini sekali gus, dapat membantu menguatkan emosi wanita yang sedang berjuang dalam mengurus rumah tangga.
BETUL KE JADI SURIRUMAH NI STRESS?
Jadi surirumah ke, ibu bekerja ke, ayah bekerja ke, masing-masing ada cabaran tersendiri.
Bagaimanapun, bila keluar data begini, dari study yang legit, pasti ada sebab di sebaliknya.
Nota ni adalah dari nota Konvensyen Suri 2 tahun lepas. Info ni dikongsi oleh psikologis Akif Basri.
Antara Top 10 Penyebab Surirumah Lebih Stres adalah:
1️⃣ Menjalani rutin yang sama setiap hari
2️⃣ Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain
3️⃣ Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah je
4️⃣ Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak
5️⃣ Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
6️⃣ Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dah la kerja tak bergaji.
7️⃣ Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak anak-anak yang mencabar.
8️⃣ Tekanan masyarakat.
“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”
“Dok rumah habiskan beras laki.”
“Korang ni golongan yang taknak memajukan diri.”
9️⃣ Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.
🔟 Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.
Nombor 1-3 tu, ramai dah merasa waktu pandemik melanda dengan dasyat 2 tahun ni kan!
Faktor yang menggandakan lagi stres ni bila :
– Bekerja sambilan dari rumah
– Anak masih kecil
– Anak rapat-rapat
– Anak istimewa
– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
– Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan
Sesungguhnya, tak mudah jadi surirumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tau cabarannya.
Janganlah perkecilkan mereka ni. Sesungguhnya kerjaya mereka ni mulia.
Siapa je sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan takde gaji?
Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan.
Hargailah mereka.
Sesekali, pegang bahu dan cakap kat mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife.”
Itu pun dah cukup beri mereka kekuatan.
Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.
Pengacara terkenal, Dayah Bakar sejak dahulu rajin berkongsi video tentang kehidupannya buat tatapan para pengikut di laman Instagramnya.
isteri kesayangan Kapten Hanif sebelum ini menetap dia Australia mengikut suaminya yang bertugas di sana sebelum pasangan ini kembali semula ke tanah air.
Gelagat anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri sering menjadi tatapan peminat dan rata-rata terhibur sementelah kaletahnya cukup mencuit hati.
Terbaru, Dayah berkongsi gaya anaknya itu yang suka meletakkan tangan dekat belakang.Dia memuatnaik gambar suaminya yang lengkap memakai uniform. Kelihatan begitu segak Dan cara si kecil ini berdiri memang sama dan saling tak ubah seperti babanya. Sungguh comel gaya tersebut sehinggakan ramai yang kagum dan terhibur.
‘ Like father like son ‘, itulah ungkapan yang diberikan oleh warganet kepada dua beranak ini. Begitupun ramai yang mengatakan Fahri lebih mirip wajah ibunya.
Baru sahaja mahu menarik nafas lega apabila majlis kenduri kahwin baru sahaja selesai, namun wanita ini terpaksa berdepan dengan satu episod sedih dalam hidupnya apabila lelaki yang baru sahaja bergelar suami padanya dijemput ilahi.
Ketika inai masih merah di jari, masih terniang-niang saat lafaz diakadkan, wanita bernama Azimah Zahari ini diuji dengan kehilangan suaminya akibat terbabit dengan nahas yang berpunca dari lubang jalan di Kampung Lubuk Kawah sekitar jam 10 malam.
Azimah dan pasangannya baru sahaja disatukan pada 4 Februari yang lalu.
Menceritakan detik kejadian, selepas tamat waktu bekerja, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Jengka 12 namun mereka menaiki kenderaan yang berasingan.
“Selalunya kami pergi dan balik kerja bersama, sama ada naik motosikal atau kereta. Tapi pada hari kejadian, kami naik berasingan. Suami naik motosikal sebab katanya nak ‘service’ motosikal.”
Menurut Azimah, kereta yang dipandu olehnya sedikit ketinggalan daripada suaminya kerana keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit. Ketika melepasi lokasi nahas,dia membuat pusingan u-turn apabila melihat warna motosikal yang terbabas seperti dikenali.
“Selepas melepasi tempat suami terjatuh, tapi saya pusing semula sebab saya kenal dengan warna motosikal itu dan memang tak sangka, suami saya terjatuh terlanggar lubang. Itulah yang diberitahu kepada saya oleh orang awam.”
Menurutnya, suaminya Hairul Hafizi dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui di lokasi. Hanya selepas beberapa minit dikejarkan ke pusat perubatan, alangkah terkejutnya Azimah apaila diberitahu oleh pihak doktor yang suaminya gagal diselamatkan.
“Bila tiba di hospital, saya terus mendaftarkan nama suami tetapi selepas lima atau sepuluh minit selepas itu, doktor panggil saya dan maklumkan yang suami sudah meninggal dunia.”
“Saya betul-betul terkejut, tergamam.. Macam tak percaya benda ini boleh berlaku.”
“Ada juga saya rasa ralat sangat. Kalau saya tahu akan berlaku macam ini, saya takkan benarkan suami naik motosikal.”
“Itulah laluan kami untuk balik kerja. Jalan tu selalu ada air dan saya perasan memang ada lubang.”
Azimah berharap kejadian yang berlaku kepada arwah suaminya itu tidak berulang.
“Janganlah jadi pada orang lain pula. Sebelum ini, ada juga dengar orang patah tangan, kaki.. Cuma nyawa je tak melayang lagi.
“Sekarang berlaku pada suami saya. Jadi saya minta dan berharap, pihak berkaitan dapat membaiki atau selenggara sekerap jalan itu.”
Memetik dari laporan akhbar Sinar Harian, tinjauan mendapati laluan di lokasi kejadian telah pun diturap.