Guna Asam Keping Ni Buat Mandi Nak Hilangkan Kecacingan Anak, Petua Turun Temurun Yang Ramai Tak Tahu.
Apabila adanya cacing dalam tubuh boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan anak.
Alasannya, cacing yang ada di dalam tubuh akan menyerap zat makanan anak yang ada dalam sel-sel darah dan usus.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Biasanya anak yang mengalami masalah cacing ini dikatakan terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih atau sistem sanitasi yang kurang efektif.
Contohnya tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar, atau bermain pasir tanpa pantauan. Makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.
Selain mendapatkan nasihat doktor untuk mengawal kecacingan ini, boleh juga mencuba petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu.
Sebagaimana perkongsian ini.
Ads
PETUA HILANGKAN CACING PADA KANAK-KANAK
Nak share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut
1. Asam keping
2. Garam
3. Air
BEGINI CARANYA
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
Ads
Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
as
Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Norma
Ads
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Beberapa minggu lagi kita akan menyambut Ramadan dan seterusnya bakal meraikan Syawal. Bagi yang memilih baju kebaya tahun ni tentu dah kena pastikan badan kembali langsing serta perut macam anak dara. Solusinya ada jika kita ketahui petua yang betul.
Perkongsian oleh Zana Mokhtar boleh jadikan panduan bagi yang mencuba petua untuk kurus dan kempiskan perut.
Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni . Tapi kena konsisten setiap hari la ye.
In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.
Bahan bahan dia tak ada la susah mana nak sediakan . Janji cukup bahan.
Bahan-bahan
1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau. 1 inci halia di slice nipis nipis. Madu ( ikut suka)
Cara dia kan macam gini:
1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye. 2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye. 3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum. 4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan. 4. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah .
Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau. Moga petua ni dapat manfaat kengkawan lain yang nak kurus tu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan biasa-biasa aje jika anak mengadu kawan minta belanja makanan atau minta duit sekolahnya. Biasanya situasi ini dialami oleh anak yang baru memasuki darjah satu. Kini walaupun sudah memasuki bukan kedua, tentunya ada anak yang mengadu sebegini.
Hari ini, perkongsian yang dipaparkan oleh guru ini Mohd Fadli Salleh ada benarnya. Ibu bapa jangan anggpa ia perkara biasa dengan mengatakan ia perkara biasa. Menurut guru sekolah rendah ini, situasi ini jika dibiarkan boleh menjadi pencetus kepada kes buli di sekolah.
Beliau turut berkongsi apa tindakan yang perlu dilakukan oleh anak kita apabila berlaku situasi sebegini.
Kes murid minta duit kawan, ambil makanan, minum air kawan, ambil pensel dan barang gini banyak berlaku terutamanya murid tahap 1.
Bagaimana nak atasi masalah seperti ini?
Wajib lapor pada guru Pertama sekali, mesti laporkan pada guru kelas. Wajib laporkan agar guru tahu. Kadangkala cikgu tak tahu hal ini berlaku.
Ibubapa pula tak nak report risau guru akan kata mereka ni terlampau manjakan anak atau segelintir ibubapa rasa benda ni biasa.
“Biasalah, budak-budak.”
Tak tuan-tuan, hal ini bukan biasa. Hal ini mesti dimaklumkan pada guru agar guru boleh ambil tindakan. Murid yang suka meminta itu perlu dinasihatkan. Malah mungkin akan ada amaran jika berterusan.
Guru pula perlu ambil perhatian tentang aduan sebegini. Sekali imbas nampak remeh, namun kesannya besar pada murid yang dibuli dan pembuli akan terus membuli.
Ya, hal seperti ini sebenarnya sejenis buli juga.
Pesan pada anak kena tegas
Langkah kedua, kena pesan pada anak-anak agar bertegas pada tempatnya.
“Tak boleh, ini duit saya!”
“Jangan ambil makanan saya lagi.”
“Jangan ambil pensel saya!”
Kata pada anak, biarlah hilang kawan yang suka ambil kesempatan. Carilah kawan lain yang lebih baik dari itu. Tidak rugi hilang kawan yang suka ambil kesempatan ini.
Kanak-kanak ni cukup kalah dengan ayat,
“Kau tak beri aku tak nak kawan.”
Mereka ini begitu takut kehilangan kawan. Ayat begitu sangat banyak dijadikan senjata oleh pembuli cilik. Sayangkan hubungan itu, maka anak kita terus diambil kesempatan.
Dah sampai masa kita didik anak memilih kawan yang betul. Dah sampai masa kita ajar anak menolak dan menjaga hak mereka. Dah sampai masa kita ajar anak kita tidak lagi boleh diperguna.
Bersedekah
Dan langkah terakhir adalah langkah paling murni dan terpuji.
Bersedekah.
Buat bekal makanan lebih, bagitahu anak,
“Nanti adik kongsi dengan kawan yang selalu ambil makanan adik tu ya. Mungkin keluarga dia miskin. Ni mama buatkan lebih dah. Bagi kat kawan satu, adik satu.”
Kalau rajin, cuba siasat kawan anak kita tu. Mungkin dia anak yatim. Mungkin keluarga dia miskin. Sesekali kirim duit lebih pada anak suruh belanja kawan itu jika mereka benar-benar tidak mampu.
Itulah yang paling terpuji dan murni.
Guru beri amaran sehingga lapor pada ibu bapa
Namun jika kawan anak itu memang anak orang berada, tapi memang sikap dia yang suka meminta-minta, laporkan pada cikgu.
Lapor sekali tak jalan, lapor dua kali. Dah lapor dua kali anak kita masih dibuli, masih diambil makanan dan duit, lapor pula tiga kali.
Lapor dan terus lapor sehingga tindakan yang sepatutnya diambil guru.
Aku pernah handle kes begini. Budak yang membuli itu tidak makan saman.
Aku bagi nasihat dengan lembut tak jalan. Aku bagi amaran pun tak jalan. Suruh ganti duit sampai ke sudah tak ganti walau pembuli tu bawa duit RM4 sehari. Sehingga lebih RM30 hutang tak berbayar.
Akhirnya aku hubungi ibubapa pembuli dan maklumkan sikap anak mereka. Ibubapa murid tersebut mengganti duit kawan anaknya dan meminta maaf.
Mereka didik pula anak mereka di rumah dan selepas itu kejadian ini tidak lagi berulang.
Sebab itu lapor pada guru penting. Jangan ambil tindakan terus hubungi mak ayah pembuli dan maklumkan sendiri.
Akan jadi pergaduhan antara ibubapa pula nanti. Akan jadi bermasam muka.
Jika guru yang laporkan, InsyaAllah ibubapa boleh terima.
Semoga sedikit perkongsian aku kali ini memberi manfaat kepada ibubapa yang sering dalam dilema bila kes ini berlaku pada anak-anak mereka.
Adat berumah tangga, ada pasang dan surutnya. Tak terlepas daripada ujian, rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle turut tempias dalam kemelut ini.
Memetik laporan daripada Berita Harian, pasangan suami isteri ini difahamkan tiba di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bagi sebutan kes hadanah atau hak penjagaan untuk kedua orang anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.
Bagi yang belum tahu, hadanah adalah permohonan mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum boleh menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan dalam tempoh perkahwinan atau selepas penceraian.
Difahamkan lagi, sebutan kes ini berjalan dengan lancar dan nampak seperti ada sinar untuk kembali berdamai.
“Alhamdulillah, sebutan hari ini berjalan dengan baik. Saya cuma mendoakan yang terbaik dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian”.
Menurut Diana juga, ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu keadilan untuk kedua orang cahaya matanya.
“Sekarang ini hak penjagaan interim masih lagi di bawah Diana dan hakim sudah memberikan lanjutan hak penjagaan hingga 30 Mei depan”.
Walaubagaimanapun, dari sudut lain, Farid dikatakan masih cuba untuk berusaha menyelamatkan keluarganya dan memanjatkan kesyukurannya kerana dapat berjumpa isterinya walaupun dari jauh.
“Saya tengah dalam proses untuk memikirkan jalan terbaik bagi mencapai pendamaian. Pendamaian yang saya maksudkan adalah pendamaian untuk kembali semula dengan isteri saya dan berikan anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali”.
Untuk penjelasan Farid Kamil yang lebih lanjut boleh tonton video di bawah ini.
Sebuah kisah menyentuh hati tentang kesusahan seorang sahabat yang terpaksa meminjam wang demi kelengkapan sekolah anak-anak. Keperitan hidup kadangkala membuatkan seseorang berada dalam dilema,...