Macam mana nak simpan kuetiau dan mi kuning supaya tahan lebih lama dalam peti ais? Kalau salah cara, ini akan membuatkan kuetiau patah dan hancur ketika dimasak. Tak cantik pula bila nak dihidangkan kepada keluarga dan tetamu.
Nak simpan macam mana? Jom ikuti panduan ini.
1. Selepas beli, jika terus disimpan dalam peti sejuk, mee atau kuetiau akan patah semasa nak basuh.
2. Keluarkan daripada bungkusan. Jangan basuh tapi leraikan letak di dalam bekas yang kering dan bertutup.
3. Kemudian, letakkan sedikit minyak masak ke dalam bekas berisi mi kuning dan kuetiau tersebut.
Ads
4. Simpan bekas berisi mee dan kue tiaw ke dalam peti sejuk.
5. Sebelum guna, pastikan basuh terlebih dahulu. Mi dan kuetiau akan lerai serta tak putus ketika dimasak.
Antara cara lain boleh dicuba adalah:
Ads
– Rebus sekejap dan simpan di dalam peti sejuk. Cara ini boleh membuatkan mee dan kuey teow tahan selama seminggu.
– Sekiranya kuetiau menjadi keras selepas dikeluarkan dari peti ais, boleh masukkan ke dalam microwave selama 3 minit. Biarkan sehingga betul-betul sejuk. Cuci dan toskan airnya sebelum dimasak.
– Taburkan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan melekat ketika simpan di dalam peti sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak menyerap bau barang lain seperti bawang dan cili.
Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarahkan tutup sementara bermula hari ini hingga esok susulan penularan jangkitan Covid-19.
Sumber daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN) memaklumkan senarai sekolah ditutup 2 hari iaitu pada 26 dan 27 april 2021) akibat pengesanan jangkitan covid19 di sekolah seperti dilaporkan pada 25 april 2021
Ia membabitkan 19 sekolah di daerah Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana dan 15 di Klang.
Baki 27 sekolah lagi daripada daerah Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Dalam pada itu, rata-rata didapati ibu bapa melahirkan rasa kerisauan peningkatan penutupan sekolah di Selangor.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya, Nor Diana Othman berkata, semua murid dan guru sekolah terbabit tidak dibenarkan hadir ke sekolah pada tarikh tersebut.
“Terdapat seorang pelajar SMK Taman Seraya telah dijangkiti wabak tersebut… Pihak KKM akan membuat penilaian dan menentukan sama ada tempoh penutupan akan dilanjutkan atau sebaliknya,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara adalah sebanyak 2,690 kes dengan Selangor terus mencatat jumlah tertinggi iaitu 751 kes.
Kasih tulus pelawak Achey bersama isteri Nor Hasanah Yahaya kepada Nur Tiara Zinnirah Nasir tiada tandingannya.
Masih ingat lagi tak, kira-kira 6 tahun lalu, peminat mendoakan terbaik buat Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, dan isteri Nor Hasanah Yahaya apabila ibu bapa setelah mereka sepakat mengambil anak angkat perempuan pada Mei 2018 selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, Achey melalui prosedur pengambilan anak angkat secara sah dari segi undang-undang dan membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kini, Tiara sudah berusia 6 tahun dan merupakan permata hati buat Achey dan isteri. Namun siapa sangka ejak kebelakangan ini, nama Tiarasemakin dikenali. Ramai yang suka melihat gelagat Tiara yang sangat bersahaja.
Baru-baru ini, populariti meningkat naik apabila telah membuat live dengan menjual candy. Dalam tempoh 2 jam, 3000 botol candy telah berjaya dijual. Ramai yang menyokong perniagaan Tiara ini dan purata 21juta like direkodkan sepanjang live itu berlangsung.
Kisah sebuah keluarga ini bukan sekadar kisah kejayaan seorang selebriti, tetapi juga kisah seorang bapa yang menyayangi dan menghargai kehadiran anak dalam hidupnya.
Malah perkongsian Achey menyentuh hati tentang bagaimana kehadiran anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah, telah membawa sinar baharu dalam hidupnya.
Setiap detik bersama Tiara mengajar Achey erti cinta, kasih sayang, dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Lebih manis, Achey turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Papa Millennial dengan kisah inspirasinya dan padangannya sebagai bapa dalam mendidik anak.
Tiara bukan sahaja memberi kegembiraan dan tawa dalam hidup Achey, tetapi juga menjadi sumber inspirasi yang mendalam untuknya terus berjuang dan berjaya. Kejayaan dan rezeki dalam hidup Achey dilihat semakin bertambah seiring dengan kehadiran anak perempuannya ini.
Setiap langkah kecil Tiara, setiap senyuman, menjadi dorongan kuat bagi Achey untuk terus bekerja keras demi masa depan yang lebih cerah buat keluarganya.
Achey mengakui Tiara bukan sahaja mengubah cara hidupnya tetapi mengubah rezeki mereka sekeluarga. Malah dia tidak menyangka puteri kesayangannya itu telah menambat hati rakyat Malaysia pada usia yang muda. Malah Achey juga tidak menyangka sepanjang dia bergelar artis selama 14 tahun, Tiara hanya mengambil masa 6 tahun sahaja untuk dikenali ramai.
“Enam tahun yang lalu, kehadirannya bukan sahaja mengubah cara hidup kami, tetapi juga membawa rezeki dari sudut yang berbeza. Dalam tempoh enam tahun ini, dia telah memecahkan rekod saya dalam industri selama 14 tahun. Popularitinya mengatasi saya.”
“Pada mulanya, dia tidak begitu dikenali. Namun, selepas satu video pada Hari Raya, namanya melonjak naik, dan sejak itu dia terus popular sehingga kini. Saya sendiri tidak tahu bagaimana keajaiban ini berlaku, tetapi saya percaya ia adalah anugerah dari Allah.
“Kehadiran Tiara membawa kegembiraan yang luar biasa kepada kami, dan kami sangat bersyukur dapat mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Tiara.”
Kisah ini benar-benar penuh dengan emosi kerana menggambarkan betapa besarnya kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Achey, walaupun melalui pelbagai cabaran hidup, mampu mengubah segala kesulitan menjadi peluang demi anak tercintanya.
Kegigihan, cinta dan ketulusan yang dipaparkan Achey dalam video ini memberi inspirasi kepada kita semua tentang pentingnya keluarga dan tanggungjawab.
Sumber: Hak Milik Majalah Pa&Ma
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagaimana cara agar anak minat belajar meningkat? Tentu ibu bapa mencari tipnya. Ikuti cara seperti berikut. Boleh cuba!
Tip Ibu Bapa
1 – Ruang Belajar
Menghias ruang belajar anak sangat penting untuk menarik perhatian anak. Menghias/menyusun ruang belajar yang baik dan tepat, akan mendorong minat belajar anak menjadi lebih baik.
Rasa nyaman itu penting, disaat anak sedang cenderung malas belajar, disinilah peranan ibubapa untuk membangkitkan mood belajar seorang anak.
Salah satunya adalah dengan cara menghias dan menyusun ruang belajar anak supaya lebih nyaman dan menyeronokkan.
2 – Pemilihan Warna
Pemilihan warna yang sesuai amatlah membantu membangkitkan mood belajar anak-anak. Warna ruang belajar yang suram hanya menghilangkan Mood belajar anak seterusnya anak akan mula bosan dan hilang fokus belajar.
Warna dinding dan perabot boleh dipilih menggunakan warna-warna ceria. Lihat sahaja di google banyak contoh-contoh warna ceria mahupun ruang belajar yang menarik.
3 – Wangian membangkitkan ‘mood’ belajar
Siapa yang tidak suka wangi-wangian?? Semua orang pun sukakan. Begitu juga anak-anak. Manusia dikurniakan 5 deria iaitu melihat, mendengar, gerak, bau dan rasa.
Pilih wangian yang menyegarkan dan menenangkan akan mambangkitkan mood belajar anak-anak dirumah. Ini namanya kita merangsang deria bau secara terancang.
4 – Luangkan masa bersama
Usaha luangkan masa bersama anak ketika dia belajar. “Macammana nak teman, saya sibuk kerja” , “Saya nak teman tapi saya tak pandai nak ajar dia”
Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada sepanjang masa anak belajar. Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada ilmu setinggi Diploma, Ijazah, Master dan Phd. Cukuplah Ada bersama mereka sesekali sewaktu mereka belajar sudah memadai buat anak.
Apa faedahnya teman anak :
Dapat bantu anak dalam pelajaran (bila tahu).Dapat beri semangat dan sokongan pada anak.Anak akan rasa dia diberi perhatian oleh ibubapa.Dapat tunjukkan betapa kita juga minat belajar dan anak akan belajar nilai tersebut.Anak akan belajar dalam keadaan emosi yang baik.
Sumber: mohdrizalrais.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.